CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datang Nak Merogol, Bunuh Dan Campak Mayat Dua Beradik Dalam Perigi

9-9-2021 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2270| Komen: 8

Description: Jawa Timur: Dua beradik ditemukan maut dalam perigi selepas bertengkar dengan seorang lelaki yang datang ke rumah mereka di Wedoro, Sidoarjo.
Jawa Timur: Dua beradik ditemukan maut dalam perigi selepas bertengkar dengan seorang lelaki yang datang ke rumah mereka di Wedoro, Sidoarjo.

Lapor CNN Indonesia, mangsa dikenali sebagai DV, 20 dan DC, 12, dan beberapa barang berharga turut hilang di rumah tersebut.


Ketua Polis Sidoarjo, Kusumo Wahyu Bintoro berkata, kejadian berlaku ketika suspek berusia 25 tahun datang ke rumah mangsa dengan motif untuk melakukan pemerkosaan.


Foto: CNN Indonesia

Katanya, suspek bertemu DC dan mereka berdua sempat bersembang sebelum DV tiba.

Jelasnya, kehadiran suspek membuatkan DV tidak senang sehingga mereka berkelahi.


“Ketika bertengkar, suspek tiba-tiba mencekik leher mangsa. Melihat abangnya dicekik, DC terus mengambil pisau di dapur untuk mengugut suspek supaya menghentikan tindakan kasar itu.

“Namun, suspek merampas pisau tersebut dan menikam mangsa sehingga maut. Malah, dia juga mencekik abang mangsa sehingga mati,” katanya.

Pelaku kemudian mencampak kedua-dua mangsa yang sudah tidak bernyawa ke perigi di belakang rumah supaya tidak dihidu orang lain.

Namun, selepas kejadian itu, dia berpatah semula ke rumah mangsa dan mengambil sejumlah barang berharga termasuk kereta milik ibu bapa mangsa, komputer riba dan telefon bimbit.

“Motifnya, kesal cinta bertepuk sebelah tangan dan mencuri barang mangsa. Pelaku melarikan diri selepas mengambil kereta ibu bapa mangsa yang diletakkan di bahagian garaj,” jelasnya. -CARI

Sumber: Utusan Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 9-9-2021 11:12 AM
DC tu budak perempuan umur 12 tahun.. Jadi pembunuh haramjadah ni adalah PEDO.. Semoga kena liwat dlm penjara sehari 200 kali.
Quote zarulnazmi 9-9-2021 12:47 PM
SEMOGA DIHUKUM MATI
Quote Adrif 9-9-2021 01:27 PM
sarah82 replied at 9-9-2021 11:12 AM
DC tu budak perempuan umur 12 tahun.. Jadi pembunuh haramjadah ni adalah PEDO.. Semoga kena liwat dl ...

baru kelmarin rasanya berita budak lelaki 10 tahun kena cabul ramai-ramai dalam van tu

ni budak perempuan 12 tahun pulak. dah serupa baca cerita dari India kesnya. pedo berleluasa
Quote edayildiz 9-9-2021 01:31 PM
kejam

Quote sarah82 9-9-2021 01:43 PM
Adrif replied at 9-9-2021 01:27 PM
baru kelmarin rasanya berita budak lelaki 10 tahun kena cabul ramai-ramai dalam van tu

ni budak ...

Betul.. Semakin ramai pedo sekarang ni
Quote nononcrux 9-9-2021 02:30 PM
motif memang nak buat jenayah la ni..berang dgn abg 2 2 dibunuh..
Quote any42 9-9-2021 03:49 PM
bdk tu bru 12 tahun kot jijik btul setan ni. semoga mati dlm penjara
Quote nakkomenjugak 9-9-2021 08:56 PM
asal ramai sangat pedo bermaharajalela ni??
kalau iol ni memang kasi bunuh terus.
The lowest scum in the earth is people who abuse children.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052761 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top