CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Riena Diana Berjaya Beli Kereta, "Tak Mewah Tapi Saya Gembira"

7-9-2021 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12203| Komen: 71

Description: Hampir tiga tahun menyimpan angan-angan, akhirnya impian pelakon Riena Diana untuk memiliki kereta pertama tercapai.
Hampir tiga tahun menyimpan angan-angan, akhirnya impian pelakon Riena Diana untuk memiliki kereta pertama tercapai.

Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 24, meluahkan rasa syukur kerana usaha dan kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil apabila dia berjaya memiliki sebuah kereta jenama Mazda CX5, baru-baru ini.



Foto: IG
"Saya memang dah lama nak beli kereta sejak awal bergelar pelakon kira-kira lima tahun lalu... tapi masa itu saya cuba buat loan macam-macam kereta termasuklah Myvi tapi tak lepas.

"Alhamdulillah tahun ini saya dah mampu beli kereta sendiri, selepas bertanya dengan sahabat saya, Uyaina Arshad dia cadangkan kereta sama dengannya, jadi itu sebab saya ambil kereta jenama ini!

"Sebelum ini ada juga tengok-tengok beberapa jenama kereta lain, tapi setelah difikir-fikirkan kereta ini paling sesuai untuk kegunaan harian," katanya kepada mStar.

Menerusi Instagram, penyampai radio Hot FM ini berkongsi kegembiraannya memiliki kereta pertama semasa ulang tahun kelahiran ke-24 yang disambut pada 3 September lalu.



"Belanja sikit hadiah hari jadi saya... Alhamdulillah di usia 24 tahun saya dapat capai satu pencapaian dalam hidup. Lain orang lain perjalanan hidup.

"Bukanlah mewah mana tapi ini sudah lebih menggembirakan. Lebih banyak akan datang InsyaAllah. Selepas ini apa pula ya?" tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sementara itu, Riena berkata meskipun ini bukan jenama kereta impiannya, namun dia tetap bersyukur kerana dapat memiliki kenderaan yang boleh dijadikan pengangkutan untuk mencari rezeki dan kegunaan keluarga.



"Kalau ikutkan kereta idaman saya ialah Range Rover. Tapi belum ada rezeki... dapat Mazda pun Alhamdulillah seronok sangat. Kalau orang lain mungkin beli kereta lebih mewah tapi saya memilih untuk ukur baju di badan sendiri.

"Saya pun kira baru lagi bekerja, tak tahu apa akan jadi lepas ni... sebaiknya simpan duit untuk hal yang lebih penting. Jadi tak apa la simpan dulu angan-angan nak pakai kereta mewah, kita beli apa yang mampu dulu!" ujarnya.

Mengimbau kenangan di awal-awal pembabitannya sebagai pelakon, Riena berkata dia meminjam kereta bapa saudaranya untuk kegunaan harian.



"Sebelum ini saya pinjam kereta Myvi pakcik saya, kalau nak cerita memang banyak kenangan dengan kereta itu. Setahun saya guna kereta yang tak ada aircond... dah baiki banyak kali pun tetap buat hal.

"Mahu tak mahu terpaksa juga pakai ulang alik kerja, pergi set penggambaran... berpanas ke sana-sini. Apabila ada rezeki lebih sikit ni kita beli la sendiri kereta yang lebih selesa.




"Saya suka kereta besar macam ni sebab senang nak angkut barang pergi lokasi penggambaran. Lebih selesa, Alhamdulillah sekarang dah tak perlu nak berpanas dalam kereta dah," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boojaat 7-9-2021 04:20 PM
Yg ni logic sikit dr yg beli merc
Quote prettyuglybabe 7-9-2021 04:25 PM
mewahnya mazda
Quote cheezel 7-9-2021 04:30 PM
masyuknya retis
Quote red_velvet 7-9-2021 04:32 PM
Nampak genuine lah Lepas 5 tahun  berlakon baru mampu Beli kereta pertama... Dia pun tak delah ketersenduan diangin lalu .. Alhamdulillah tahniah dik .. Lepas ni aim Beli rumah pulak ya!
Quote msdummy.2018 7-9-2021 04:34 PM
Ni lailer tuh kan?
Quote ezacbee 7-9-2021 04:37 PM
Aku penah naik grab CX5, best tapi seat belakang sempit. Depan cam luas lak.

Janji penah naik, xpayah beli
Quote LadyCarefree 7-9-2021 05:00 PM
Xbaik betul tp xtaulah kenapa bila tgk dia ni mcm xsuka sbb aura fake kuat. Maafkan saya.
Quote twins 7-9-2021 05:00 PM
aku pun berkenan kereta ni... 150k kalau tak silap OTR
dia punya metalic red perrgghhhhh.... cunnn gilerrrrr
tapi tak mampu nak beli...   drive jer la kereta buruk aku ni..
jadi lah.... janji boleh pi kerja...
Quote Kurex 7-9-2021 05:06 PM
Beli kereta pun nak jadikan cerita. Lain la si who are yous ni beli kereta dgn jual badan
Quote kukukatablog 7-9-2021 05:10 PM
aku tengok proton x50 tu pon dah cantik bagi aku
Quote dudaberhias 7-9-2021 05:15 PM
Menguapppp, takde gosip lain ke dekkk... Cuba cerita pasal hun haqeem ke yang herlok tu... Keta nak buat apa bukannya boleh keluar naik keta ko punnnn untuk ko cerita time2 pkp ni... Soo hun haqeem punya video pekat melikat macam bancuhan cucur dan pancake tu betul ke dia? Patut la lailerr hari2 call jakfer yach, takut dia buat benda entah haper2. Sekali ambikk kauuu, di bancuh tepung ubi babas dalam bilik atas katil.
Quote MeghanK 7-9-2021 05:19 PM
cx5 keter orang tua la dik tapi teniah la tak mewah tapi 100k+ jua yach
Quote Guccibamboo 7-9-2021 05:20 PM
Kwn iols brape org problem pakai Mazda ni....kete tetibe brenti tepi jalan
Quote mawarkhayalan99 7-9-2021 05:25 PM
tak mewah bagi dia tapi mewah bagi kita hukhukhuk
Quote Rogue98 7-9-2021 05:29 PM
Dpd Mazda baik lah beli X50.
Quote trexxxxxi 7-9-2021 05:37 PM
Whoayus?
Meol tak tengok tibi

RD tu mesti mahai beli...
Quote Suchi 7-9-2021 05:38 PM
Kira dorang ni beli cash ke hutang?

Quote raxief 7-9-2021 05:40 PM
seksi baju dia
Quote Izumieza 7-9-2021 05:41 PM
Aku pun berkenan kereta ni, tapi... mampu tengok je lah dulu buat masa sekarang. In shaa Allah one day ..

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.053176 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top