CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penggal Kepala Suami Sebab Menantu Sediakan Sarapan

7-9-2021 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2548| Komen: 18

Description: Seorang wanita warga emas didakwa memenggal kepala suaminya semasa perbalahan mengenai sarapan, lapor media asing.
Seorang wanita warga emas didakwa memenggal kepala suaminya semasa perbalahan mengenai sarapan, lapor media asing.

Margaret Wanjiru, 65, didakwa membunuh Ndung'u Mugachia yang berusia 99 tahun, kira-kira pukul 7.30 pagi Ahad, di kampung Kagumo-ini, selatan Kenya.


Menurut polis, insiden berlaku selepas suspek bertengkar dengan menantu perempuannya, yang menyediakan sarapan untuk suaminya.

Pegawai polis di bandar Kandara, Catherine Ringera berkata: "Suami tampil membela menantu perempuan dan ketika itulah perbalahan tercetus."


Foto: Daily Star

Memetik akhbar Kenya, Daily Nation, suspek kemudian bergegas mencari sebilah parang sebelum memotong telinga kanan suaminya dan mengelar leher mangsa.


Menantu perempuan suspek, Betty Mumbi berkata: “Dia bangun dan mulai menghina suami dan melibatkan saya kerana saya menyediakan sarapan untuk suaminya.

"Suaminya berusaha menenangkannya, tetapi sia-sia. Dia mengambil parang dan mengelar leher suaminya.

"Saya cuba menyelamatkannya, tetapi saya juga diserang," katanya.

Pasangan itu berkahwin selama 52 tahun dan mempunyai enam anak.

Suspek mendakwa tidak mahu suaminya diberikan wang atau makanan, dan pasangan itu sering bertengkar mengenai isu tanah dan dakwaan hubungan sulit. -CARI

Sumber: Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 7-9-2021 04:03 PM
kesian atok tu..sempat tak mkn..mental
Quote Meiizu 7-9-2021 04:08 PM
Cemburu leeertuu
Quote nononcrux 7-9-2021 04:11 PM
tua tua pon cemburu aduhai
Quote Fly_over 7-9-2021 04:12 PM
pehhh saiko gila nenek g potong telinga atok… cmne la dia punya amok tu kan…
Quote twins 7-9-2021 04:25 PM
dah umur 99 tahun pun nak cemburu laggi....?
apa ler atuk tu boleh buat kalau umur dah mcm tu.... adehhhhh...
Quote sukacactus 7-9-2021 04:26 PM
Ngeri aihhh!!
Apa brutal sgt ni nek oiii
Quote cucutokwan89 7-9-2021 04:29 PM
Last skl bila kena duk dlm jel, tanah sekangkang kucing pun x dpt
Quote NBM 7-9-2021 04:36 PM
jauh betul beza umur dgn laki dia. 99-65 = 34 tahun jauhnya. Ni mesti kes kena kawin paksa mmg benci kt laki dia sejak azali lagi ni. Tu sebb salah sikit pun kena sembelih dah.
Quote mclaren 7-9-2021 04:38 PM
Mak ai brutal nya nenek ni    
Quote Kurex 7-9-2021 05:07 PM
Wel wel! wel wel! Wel wel!
Quote kerunai 7-9-2021 05:13 PM
bila terlalu banyak baca majalah feminisme inilah jadinya ...
Quote JohnyEnglish 7-9-2021 05:16 PM
Susah payah atuk jaga kesihatan smpai mampu idup 99 thn.ujung2...
Quote eyansss 7-9-2021 08:09 PM
Suspek mendakwa tidak mahu suaminya diberikan wang atau makanan, dan pasangan itu sering bertengkar mengenai isu tanah dan dakwaan hubungan sulit
menantu melawan cakap la ni...  sebab dah kata jangan bagi makan...
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 09:07 PM
dah 99 dah punnnnn atok nyaaa
mendeeee la nak jelessss
silakan ke jail yach
Quote MissYouSayang 7-9-2021 09:12 PM
Bini atuk ni dulu gengster ke??
Quote gideoncross 8-9-2021 12:19 AM

Laki dh 99 thun pun jeles gila lgi, msti 99 thun tu dh lmah & x brdaya.
Quote gideoncross 8-9-2021 12:20 AM
NBM replied at 7-9-2021 04:36 PM
jauh betul beza umur dgn laki dia. 99-65 = 34 tahun jauhnya. Ni mesti kes kena kawin paksa mmg benci ...

Btul jugak, yg ni acceptable.
Quote gideoncross 8-9-2021 12:21 AM
sukacactus replied at 7-9-2021 04:26 PM
Ngeri aihhh!!
Apa brutal sgt ni nek oiii

Mungkin kes cmburu ataupn x suka tngok prmpuan lain dkat dgn laki.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.066301 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top