CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertukar Bagasi , Lelaki Terkejut Bawa Balik Pingat Emas Olimpik Tokyo

25-8-2021 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7320| Komen: 50

Description: Penyanyi rock tanah air, Amy Search menyelar tindakan sesetengah individu tidak bertanggungjawab yang sesuka hati menggunakan hasil karya seninya tanpa keizinan.
Seorang pelancong Amerika Syarikat secara tidak sengaja terambil pingat emas Sukan Olimpik milik seorang atlet di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, minggu lalu.



Kredit foto: TikTok

Mark Ernst memuat naik rakaman video itu dalam TikTok semasa mengambil bagasi penumpang di kaunter pengambilan barangan di lapangan terbang itu.

“Saya baru pulang dari lapangan terbang dan mula menyedari terambil bagasi yang salah.

“Saya tidak berniat mengambil beg itu langsung dan atlet itu mungkin terambil beg pakaian saya. Saya masih terkejut dengan kejadian ini dan tidak mahu dituduh mencuri,” katanya.


Beg pakaian berwarna hitam itu tertera jenama Kirkland dan mempunyai tanda nama berwarna hijau dengan jenama papan luncur salji 686 dengan kemungkinan pemilik pingat itu merupakan atlet papan selaju.



Selain pingat, beg itu turut mengandungi sepasang kasut sukan berwarna putih dan biru serta pakaian lelaki.

Lelaki itu cuba menghubungi beberapa atlet, namun, usahanya gagal.

Dia juga memaklumkan perkara itu kepada pihak lapangan terbang, namun, selepas lima hari memuat naik video tersebut, dia belum berjaya menyerahkan pingat emas itu kepada atlet sebenar.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 25-8-2021 05:52 PM
Nasib ada pingat didalamnya masih boleh cuba cari pemilik asal
Quote nakkomenjugak 25-8-2021 05:53 PM
atlet tu pulak bukak2 je beg
laaaa sepentot sape pulak ni
gituuuu
Quote depresio 25-8-2021 09:05 PM
Sbb tu aku elak beli luggage hitam untuk travel
Luggage aku n family mmg warna warni..
Terang2 pulak kaler
Quote edayildiz 25-8-2021 09:12 PM
nsb baik skrg sng blh viral..i pernah tertukar beg..bukak beg nk amik baju nk basuh..bkk2 jmpa mknn..ada oat ..cadbury..tertukar sbb beg sama..tp bkn tertukar kt airport..tertukar masa tgh tgu ayah i dtg jemput nk balik umah dr asrama
Quote Punat_button 25-8-2021 09:25 PM
orang yang tersalah ambil beg kat epot ni sama lahanat dengan pencuri selipar kat masjid.

moga neraka lah tempat mu dek. menyusahkan orang betul.

Quote becir 25-8-2021 09:26 PM
Sticker yang diaorg lekat time check in kan ada nama passenger..lenkali check lepas ambik, especially sapa2 beg kaler hitam.
Quote ninja9 25-8-2021 09:32 PM
edayildiz replied at 25-8-2021 09:12 PM
nsb baik skrg sng blh viral..i pernah tertukar beg..bukak beg nk amik baju nk basuh..bkk2 jmpa mknn. ...

Jadi.. apa kejadian pas tu.. cari owner dan tuakr bag?

Quote shiraloveyou 25-8-2021 09:42 PM
Takkan la takde tag nama langsung?mabuk dlm flight ke sampai tak kenal beg sendiri?xkan tak lock bag sampai boleh bukak beg org lain?
Quote sukacactus 25-8-2021 09:44 PM
Dapat gak pegang gold medal, olympic plak tu
Quote rosmahisham 25-8-2021 09:59 PM
depresio replied at 25-8-2021 09:05 PM
Sbb tu aku elak beli luggage hitam untuk travel
Luggage aku n family mmg warna warni..
Terang2 pul ...

Sama la aku pon beli warna striking semua..pink kuning purple hi hi org nk kata kg.com,sakai ke ada aku kesahhh?? Klu ikut rombongan cik kiah ofis aku..lg la siap bg  ribbon sorang 1 hi hi nk kenal luggage group!
Quote uda 25-8-2021 10:08 PM
rosmahisham replied at 25-8-2021 09:59 PM
Sama la aku pon beli warna striking semua..pink kuning purple hi hi org nk kata kg.com,sakai ke ad ...

I pakaikan baju/ sampul beg disamping luggage tag. So dr jauh dah kenal my luggage sampai. So far belim jumpanlagi org yg pakai sampul beg yg sama
Quote budaktua 25-8-2021 10:45 PM
tk tulis acara kt medal tu ya..?


masa aku dpt medal kt sukan sekolah  dulu, ada tulis acara....
Quote misuke 25-8-2021 10:45 PM
Lama jugak tu. Idak ke tuan beg tu rasa nak cari. Gold medal kot
Quote Normabaru 25-8-2021 10:48 PM
sukacactus: Dapat gak pegang gold medal, olympic plak tu


Skali tgk pingat sparepart...mampus xtahu siapa smpi sudahhh.hahahaha
Quote hyie 25-8-2021 11:12 PM
untunglah, dapat merasa pakai pingat emas olimpik lagi!
Quote epal21 25-8-2021 11:16 PM
Kesiannya pemilik sebenar medal tu. Iols pun selalunya tak kunci hand luggage dlm flight sebab senang kot nak ambil apa2.
Quote dani-rox 25-8-2021 11:51 PM
naik bas ekspress bodo tu pon ada org bole TERsalah ambik beg org lain, wpun ko letak tag nama la, ikat ribbon la kunun nak bezakan drpd beg2 org lain.
ai pernah kena ya... mujur ai duduk tepi tingkap belah kiri yg atas ruang simpan luggage dan nampak sendiri cemana budak jantan dlm belasan tahun gitu angkat beg luggage ai yg comel, pastu susun2 dlm keta. Ai cepat2 turun dari bas, jerit 'eh tu beg saya lah!' jegilkan mata kat budak tu dgn makpak dia sekali. mintak maap pun tidak. bayangkan kalo ai dok kat sebelah kanan dan tak perasan org ambik beg ai. cemana nak cari, bukan mcm naik kapal terbang ada details penumpang bagai.
sejak dari hari itu la ai tak pernah simpan beg kat bawah bas ekspress - biarlah ai basah ketiak pikul beg naik atas
Quote Decaffeinated 25-8-2021 11:59 PM
Macam mana serupa pun beg mesti ada kesan2 kotor atau calar yg kita kenal. Plus kat luggage tag tu pun ada tulis nama. Aku pernah travel dan perasan ada 4-5 biji luggage identical dgn aku punya. OK ja takde la pulak tersalah rembat.
Quote Decaffeinated 26-8-2021 12:05 AM
Normabaru replied at 25-8-2021 10:48 PM
Skali tgk pingat sparepart...mampus xtahu siapa smpi sudahhh.hahahaha


Possible. Tak lojik lah olympics gold medal bubuh dalam checked in luggage. Lagi satu kepelikan mustahil airlines tak boleh trace siapa gold medallist on that plane. Ini boleh sampai 5 hari masih tak ada orang claim. Macam2 lah cara orang nak menipu demi content. Siapa bodoh silalah percaya.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.181979 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top