CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peguam Syura, Lan Solo Dan Isteri Mahu Bincang Selesai Luar Mahkamah Kes Saman Siti Nordiana

18-8-2021 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21057| Komen: 120

Description: Lima sekawan yang berdepan saman fitnah penyanyi Siti Nordiana kini menggunakan khidmat pasukan guaman berbeza bagi berdepan proses undang-undang yang sedang berlangsung.
Lima sekawan yang berdepan saman fitnah penyanyi Siti Nordiana kini menggunakan khidmat pasukan guaman berbeza bagi berdepan proses undang-undang yang sedang berlangsung.

Menurut peguam Muhammad Hafiz Hood, dia bersama Alan Razak hanya bertindak mewakili tiga daripada mereka iaitu Syura Badron, Lan Solo dan isterinya, Sheila Hassim.

Bercakap tentang perkembangan kes berkenaan, Hafiz memberitahu mereka sudah memfailkan memorandum kehadiran di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin selain dalam proses melengkapkan penyataan pembelaan terhadap tuntutan Siti Nordiana.


Kredit foto: mStar Online


"Pihak kami sudah memfailkan memorandum kehadiran di mahkamah pada Isnin, 16 Ogos. Kami juga dalam proses memfailkan penyataan pembelaan terhadap penyataan tuntutan Nana.


"Insya-Allah akan difailkan selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu bermula Selasa," kata Hafiz ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Sebelum ini, peguam Siti Nordiana iaitu Abang Azlan Abang Ariffin berkata, kelima-lima defendan masih tidak diwakili oleh peguam serta tiada kehadiran dan pernyataan pembelaan yang difailkan oleh mereka.

Bagaimanapun, Alan tampil menjelaskan selaku peguam dia boleh memfailkan memorandum kehadiran pada bila-bila masa bermula daripada 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini.


Kredit foto: mStar


Tambah Alan, pengurusan kes yang telah diadakan pada 10 Ogos ini adalah satu tarikh masih belum matang untuk memorandum kehadiran difailkan bagi pihak anak guamnya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata tiada sebarang perkembangan lain yang dapat dikongsikan buat masa kini memandangkan mereka belum memfailkan penyataan pembelaan.

Hafiz bagaimanapun memberitahu kemungkinan kedua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah selepas selepas proses memfailkan kesemua penyataan.

"Buat masa sekarang, tiada perkembangan lain yang boleh dikongsikan. Bila kami dah selesai failkan penyataan pembelaan itu, barulah kami akan maklumkan apa intipati penyataan tersebut.

"Mungkin pihak kami dan peguam yang mewakili Nana akan berbincang mengenai kebarangkalian untuk mediasi di luar mahkamah selepas pihak Nana memberi jawapan kepada penyataan pembelaan," ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 3 Ogos lalu, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata kelima-lima individu terbabit dituntut membuat permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 setiap seorang.


Kredit foto: mStar

Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi penyataan tuntutan tersebut.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu. -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 18-8-2021 12:52 PM
Kan dh kata..setel luar je kot kalau kt dalam mmg kalah
Quote NazRysha 18-8-2021 01:09 PM
makadek replied at 18-8-2021 12:52 PM
Kan dh kata..setel luar je kot kalau kt dalam mmg kalah

Tahu tak pa
Buat mediasi ja la
Quote woven11 18-8-2021 01:10 PM
Buat permohonan maaf live cepat nak tengok
Quote salmon-suki 18-8-2021 01:23 PM
Hakhak..geng2 mcm ni xlayak dijadikan kawan..so,lps ni boleh laa kurangkn berkawan dgn geng2 makan xnak bayar ni{:smile
Quote TabletSusu 18-8-2021 01:24 PM
yg lagi 2 org tu.. xde peguam ke?
Quote matjerk 18-8-2021 01:27 PM
Ooooo lawyer pun rambut blonde mcm anak2 acik telekung tu
Quote asfaz 18-8-2021 01:36 PM
Muka Alan Razak tu dah iras muka Lan
Quote blue^panther 18-8-2021 01:39 PM
Yang lagi 2 ketul tu hire lawyer, pakai lawyer yg pernah menang kes anju dulu......


IMG_20210818_120618.jpg
Quote teen_angelJB 18-8-2021 01:40 PM
Si alan ni mmg suka sengeh cmtu kan..
Bukan senyum tau..sengehh
Quote Shanne16 18-8-2021 01:45 PM
settel luar pun kena bayar lawyer
Quote rarageng 18-8-2021 01:53 PM
Lawyer Nana kene masukkan clause 3 sekawan ni x blh mention nama nana di mana2...cam kes fasha & nora...lau x si zuraidah ngan bini lan confirm xkn abisnye perli memerli nana
Quote TeropongThaico 18-8-2021 02:09 PM
Takde penyakit cari penyakit. Malu dpt, duit terbang klo x kat nana pun kat loya. Masa ni patut lbh hati2 income ssh nak cari oo
Quote Miss.Rara 18-8-2021 02:13 PM
peguam ke tu?

takda rupa peguam pun
Quote awex^returns 18-8-2021 02:31 PM
kesimpulan dari kes ni kelima2 orang tersebut adalah bodoh lagi bangang
pengajaran dia ko nak mengumpat nak mengata tak reti nak guna telegram ke whatsapp ke
yang gatal bijj nak buat live dah kenapa
nampak kat situ ko memang berniat jahat
pastu nak acah2 teraniaya

kalau derang minta maaf pun harap lepas ni nana jangan kawan lagi ngan orang macam ni
sejenis tak boleh dibuat kawan
ni baru betul kawan makan kawan
Quote Dolmat 18-8-2021 02:34 PM
Mahap bertanya.. dalam etika makhamah boleh ke peguam masuk court dengan rambut yg bercolorful? Mahap TANYAAAA jgn lah saman pulok ya...
Quote Fortiori02 18-8-2021 02:40 PM
awex^returns replied at 18-8-2021 02:31 PM
kesimpulan dari kes ni kelima2 orang tersebut adalah bodoh lagi bangang
pengajaran dia ko nak mengu ...

Haha kann...
Quote smeetasmitten 18-8-2021 02:47 PM
Dolmat replied at 18-8-2021 02:34 PM
Mahap bertanya.. dalam etika makhamah boleh ke peguam masuk court dengan rambut yg bercolorful? Maha ...

Alan ni pernah buktikan tak ada undang2  bertulis yg melarang dia berambut begitu
Quote Guccibamboo 18-8-2021 02:47 PM
Syukur....rezeki lawyer atas kebodohan2 manusia
Quote Fortiori02 18-8-2021 02:48 PM
Edited by Fortiori02 at 18-8-2021 02:49 PM
Dolmat replied at 18-8-2021 02:34 PM
Mahap bertanya.. dalam etika makhamah boleh ke peguam masuk court dengan rambut yg bercolorful? Maha ...


Setau iols kalau ikut etika penampilan gi mahkamah x leh, tp gantung kat hakim gak la. Ada hakim yg strict pasal penampilan, ada yg tak kesah. Kaler rambut perang sikit2 ok la mcm yg ramai kwn2 loyer iols buat.

Cuma iols penah appear 1 court ngn alan ni, iols pasan dia bila dlm court akan ikat rambut. And bahagian yg kaler2 tu akan tertutup ngn rambut itam sikit2, so hakim tak perasan sgt rasanya. Pas kuar court baru dia akan gerbangkan semula rambut dia tu

Tp alan ni ok je orgnya, ramah.

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.173689 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top