CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Izara Aishah Lebih Selesa Beli, Tak Terfikir Nak Jual Tudung

18-8-2021 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3312| Komen: 19

Description: Penampilan terbaharu pelakon Izara Aishah mengenakan hijab dengan sempurna menerima pujian daripada peminat dan netizen di laman sosial.
Penampilan terbaharu pelakon Izara Aishah mengenakan hijab dengan sempurna menerima pujian daripada peminat dan netizen di laman sosial.

Berterima kasih atas sokongan yang diberikan, Izara, 28, berkata penghijrahannya itu bukanlah alasan untuk dia tidak menjaga penampilan dan kecantikan seperti kebiasaan.




Foto: IG

"Nak berhijrah ke nak melawa? Nak dua-dua! Haha jangan serius sangat.

"Terima kasih kepada yang bagi kata semangat, yang selalu positif dan sangka baik," katanya menerusi laman Twitter.

Pada Rabu, pelakon filem Kau Yang Satu ini turut berkongsi hadis menyebut mengenai Allah menyukai umatnya yang menjaga kebersihan dan kecantikan.





Namun, ia haruslah berpada-pada dan jangan menimbulkan rasa riyak.

"Boleh ambil gambar cantik-cantik buat diri happy, janji jangan eksyen (menunjuk-menunjuk secara berlebihan),” tulisnya pada ruangan kapsyen.



Meskipun sudah tampil dengan imej muslimah, Izara berkata dia tidak terfikir menjadi seorang usahawan tudung kerana lebih selesa membeli.

"Jual tudung bukan pilihan saya. Maaf. Saya lebih suka beli.

"Saya selalu nak mulakan jenama baju sendiri tapi buat masa sekarang ni malas. Perlukan masa kerana terlalu sibuk menjaga anak kecil saya dan saya gembira dengan perniagaan ENYA," tulisnya lagi.



Sebelum ini, sebuah portal hiburan melaporkan Izara ada bertanya soalan kepada seorang ustazah mengenai hukum seseorang berkongsi foto diri di laman sosial.

Izara berkata dia bersedia untuk memadam kesemua foto dan juga akaun media sosial miliknya jika ada bukti kukuh mengenai hukum tersebut.

Bagaimanapun, seorang ustazah memaklumkan tindakannya memuat naik foto ke laman sosial tidaklah haram namun haruslah berpada-pada.



Pada 14 Ogos lalu, Izara atau nama sebenar Nik Izara Aishah mencuri perhatian pengikutnya apabila mengenakan pakaian yang lebih sopan selain bertudung labuh di Instagram.

Dia juga bertindak memadam gambar-gambar lama tidak bertudung di Instagram sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 18-8-2021 12:59 PM
Sebak tgk perubahan sheol. Patutlah lately macam banyak berfikir.
Harap izara man2 soi je..slow2 sebab iman ni ada naik turun. Susah oo nak menten khimar macam ratu noorkumalasari. Sheol tu karakter kuat ada pendirian tegas.
Quote mendeluk 18-8-2021 01:00 PM
Dia ini baru beberapa hari pakai tudung. Dan dan nak jadi paling terpaling???

Motif lah?  

Muntah akuu Dari puji tros meluat deh koser
Quote mendeluk 18-8-2021 01:33 PM
Quote pinky46 18-8-2021 01:38 PM
Nak cantik2 tak salah pun..yg salah tu ko dok la berjuta kali selfie dpn cermin,snap gmbr terlentok2 lepastu pegi upload pulak..dahaga perhatian much???
Quote tulip-rain 18-8-2021 01:40 PM
Kecoh lah kau izara.
Tak sampai seminggu lagi pun pakai tudung.
Dah nak cakap macam2, nasihat itu ini....nak jadi ustazah dah ke???
Kau jangan izara. Baru lagi ni. Jauh lagi perjalanan kau.

*********
Tapi...wow bnyk jugak like kat pic2 sheols bertudung labuh tu ye.
Patutlah dah mula fefeling nak jadi terpaling.
Yelah kan mungkin sbb first time org tgk sheols bertudung, labuh pulak tu.
Yg retis2 lain yg bertudung semenjak pkp dan covid ni, org dah selalu tgk pakai tudung...dah TUA pulak tu dan tak secantik izara ni, tu sebab org tak heran sangat.

Ok skrg kita sama2 tunggu trend retis2 ni free hair balik lepas ni.
Kita tunggu sape bukak tudung dulu.

Quote chinta89 18-8-2021 02:30 PM
tulip-rain replied at 18-8-2021 01:40 PM
Kecoh lah kau izara.
Tak sampai seminggu lagi pun pakai tudung.
Dah nak cakap macam2, nasihat it ...

aku setuju. dlu kan mcm pakat berenut bertudung berhijab berniqab last2 sexy kembali.


yg plg ketara si natasha hudson tu, terus dedah woooo pakaian dia dari tertutup muka tgn segala.. LJ, sarah hildebrand, emma maembong, nina iskandar, uqasha, sara ali, a.aida dan etc
Quote GegarVaganja 18-8-2021 02:43 PM
Tapi xkan sheolls pakai iPhone XS Max sajo.
Retis lain gigih up-to-date dengan iPhone 12 Pro Max 512gb Pacific Blue kot.

Quote kucim 18-8-2021 03:05 PM


Lapar dan dahaga puji pujian poja pojaan itu paling utama....Tuhan tak tgk luaran ...tuhan tgk dalaman sekian kata hati hitam kucim
Quote virgo19 18-8-2021 03:32 PM
Aku rasa izara ni boleh bertahan. Sbb dia bukan jenis mencapub. Masa dia seksi pun dia jenis jarang update ig, off komen pulak tu. Jenis malas nak layan org, buat hal sendiri je. Berlakon pun tak sangat dia ni.
Quote dejure 18-8-2021 04:24 PM
virgo19 replied at 18-8-2021 03:32 PM
Aku rasa izara ni boleh bertahan. Sbb dia bukan jenis mencapub. Masa dia seksi pun dia jenis jarang  ...

Masalahnya si adib tu boleh tahan ke? Adib tu dari sekolah lagi dah sosial..
Quote TeropongThaico 18-8-2021 05:31 PM
Makin cantik pulak nengok die ni. Sib baik bini org
Quote Shayang 18-8-2021 06:37 PM
GegarVaganja replied at 18-8-2021 02:43 PM
Tapi xkan sheolls pakai iPhone XS Max sajo.
Retis lain gigih up-to-date dengan iPhone 12 Pro Max 51 ...

Artis tak cukup 512gb tu kena 2TB, hari2 post gambar rakam video itu ini.
Masak rakam video, buat review lagi segala menda semua nak rakam.
Izara maybe bukan jenis suka gadget kot so tak kisah sgt pakai tepon mana pun rosak baru dia beli baru kot.
Quote Jemahjemah1988 18-8-2021 09:19 PM
Terpulanglah.. Nak jual boleh x jual pun boleh.. Tapi kalau jual biar ler mampu milik jangan harga mcm kalis api neraka mahalnyer.. Gitue
Quote nakkomenjugak 18-8-2021 09:38 PM
okay izara
uol tetap cantik pada iol

Quote woven11 18-8-2021 09:42 PM
Nak bertutup litup ni bukan lah mudah byk cabaran. Iman pun turun naik. Ada yg dulu berniqab terbuka niqab. Lama2 tudung makin singkat semula. Semoga istiqomah
Quote hanihan16 18-8-2021 09:53 PM
i pun teringin juga nak pakai khimar gini. pernah try sekali dua dulu tapi jadi malas sebab malas nak iron, besar, jadi lama nak belek. kalau ada org ironkan i tinggal pakai je takpelah, i b40 tak mampu nak hire maid. haha! lagi satu kalau travel jadik space consuming & again isu iron
Quote Fei.z 18-8-2021 10:19 PM
Ari2 nk kena amik video snyum2 dpn crmin ke #tanyerjerrr
Quote aemon 19-8-2021 04:31 PM
muka jadi muka mak arab dah aku tengok.izara jadi model tudung mak iti je la
Quote qwen_luna 20-8-2021 01:56 AM
dejure replied at 18-8-2021 04:24 PM
Masalahnya si adib tu boleh tahan ke? Adib tu dari sekolah lagi dah sosial..

Adib tu pon dah makin tua, bole je tahan. Lagipon skrg bukannya zaman bole keluar rumah, nak bergaya2 sakan mcm dulu. Duk rumah mesti lah pakai cekci. Apa susah? Suami pon sayang. Haaa gituuuu hahaha

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.235242 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top