CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi 3 Bulan Tercampak Keluar Kereta, Ibu Maut

18-8-2021 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2571| Komen: 16

Description: Johor Bahru: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan selamat manakala ibunya maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 19.2 Lebuhraya Senai-Desaru.
Johor Bahru: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan selamat manakala ibunya maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 19.2 Lebuhraya Senai-Desaru.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, bayi berkenaan dipercayai tercampak keluar dari kenderaan dan berada di atas jalan raya selepas kereta Nissan Almera dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Kanan Bomba II M K Haridas berkata, kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 58 tahun itu dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Foto: Harian Metro

"Sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.25 petang, sembilan anggota bersama sebuah jentera dan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.


"Kemalangan membabitkan tiga mangsa. Pemandu lelaki cedera ringan di bahagian kepala dan tangan manakala bayi itu cedera di bahagian kepala.

"Ibunya yang juga warga Indonesia berusia 41 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala bayinya dihantar ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi ditamatkan kira-kira jam 2.33 petang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stroberi_80 18-8-2021 08:19 AM
Kesian nya. Semoga baby ni tak cedera teruk.
Quote Burong_Hantuk 18-8-2021 08:42 AM
ngeri ya amat....moga dipermudahkan
Quote nini_azmi 18-8-2021 08:59 AM
Pakai seat belt tak ibunya. Apepun syukur bayi selamat.
Bawk laju ke smpi hilang kawalan? Hiway tu seingat iols lurus je. Tak perasan sedap menekan minyak
Quote any42 18-8-2021 09:01 AM
kesiannya baby. semoga selamat.
Quote Fortiori02 18-8-2021 09:22 AM
Alahai kesian baby tu. Takziah kpd keluarga.
Quote Guccibamboo 18-8-2021 09:24 AM
Lebuhraya senai-desaru ni mcm byk eksiden.....jb-desaru pun, ikutkan jln....sunyi sepi je .... mungkin sbb xde byk kenderaan so ramai yg bawak laju + keadaan jln yg x brape cantik
Quote LadyCarefree 18-8-2021 10:30 AM
nini_azmi: Pakai seat belt tak ibunya. Apepun syukur bayi selamat.Bawk laju ke smpi hilang kawalan? Hiway tu seingat iols lurus je. Tak perasan sedap menekan min ...


Ramai cakap berhantu. Entahlah.
Quote nakkomenjugak 18-8-2021 10:47 AM
takziah diucapkan...
moga baby takde pape
Quote talapia 18-8-2021 11:17 AM
moga baby ni tak apa2... kecederaan kepala risau jugak..

jalan senai desaru tu.. lurus.. sunyi.. beralun.. = bosan. kalau bawak selow.. memang ngantuk.. bawak laju bahaya beralun2.. tapi kurangla ngantuknya
Quote miszclassique 18-8-2021 11:21 AM
Guccibamboo replied at 18-8-2021 09:24 AM
Lebuhraya senai-desaru ni mcm byk eksiden.....jb-desaru pun, ikutkan jln....sunyi sepi je .... mungk ...

Tapi kalau 2pm tu macam sendiri yg jadi hantu... Tertidur kot, jalan pulak straight je sedap... Inalillah

Bila la malaysia nak ada cctv berlambak kat jalan2
Quote hanibee 18-8-2021 12:21 PM
aku baru lalu jln ni 2 minggu lepas.. sunyi sepi..
tak berani nk tekan laju wpun sunyi takda keta.. jln mcm tak rata, beralun klu bwk laju
Quote BawangCaramel 18-8-2021 12:29 PM
Innalillahiwainailaihirojiunn
Quote prettyuglybabe 18-8-2021 12:30 PM
suka sangat meriba anak kan..
Quote Artemesiaa 18-8-2021 12:53 PM
Tak ada baby seat bayi mudah tercampak keluar bila berlakunya kemalangan
Quote Megikari 19-8-2021 08:03 AM
Ntah bila la kat malaysia ni nak dikuatkuasakan penggunaan child car seat betul2. Dah banyak kes kot budak tercampak keluar masa accident. Tp paling menyampah kalau nampak parents drive sambil pangku anak atas riba
Quote Rayna90 19-8-2021 08:10 AM
Kalau sayang anak, tolong la pakai kan baby seat and helmet properly bila naik kenderaan.

Kesian anak anak dapat mak bapak selfish ignore keselamatan anak anak

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.103098 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top