CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Mandi Tak Penting, Biar Badan Bersih Secara Semula Jadi - Jake Gyllenhaal

8-8-2021 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8650| Komen: 62|Original author: Oleh: LilRose

Description: Pelakon Hollywood, Jake Gyllenhaal berkata bahawa dia tidak nampak kepentingan untuk mandi dengan kerap, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Pelakon Hollywood, Jake Gyllenhaal berkata bahawa dia tidak nampak kepentingan untuk mandi dengan kerap, lapor akhbar New York Post kelmarin.


Kredit foto: mymsk.online


Menurut pelakon tersebut, dia biasanya akan mandi selang sehari dan tidak suka mandi selepas bersukan.

“Semakin lama, saya rasa saya semakin tidak rasa keperluan untuk mandi dengan kerap.

“Saya percaya, memiliki kelakuan yang baik, namun dengan nafas yang berbau tidak guna juga jadi saya akan menggosok gigi. Saya percaya tidak mandi juga memberi kebaikan dari segi penjagaan kulit dan badan kita bersih sendiri secara semula jadi,” katanya.

Gyllenhaal merupakan selebriti terbaharu yang mendedahkan sikap tidak suka mandi.


Kredit foto: IG Jake


Selasa lalu, pelakon Kristen Bell dan suaminya Dax Shepherd berkata,  mereka kerap  terlupa untuk memandikan dua anak mereka, Lincoln, 8 dan Delta, 6, dan akan menunggu sehingga badan mereka berbau untuk dimandikan.

“Sebaik sahaja saya terhidu bau busuk, itu merupakan cara biologi untuk tahu bahawa saya perlu memandikan mereka,” katanya.

Sementara itu, pasangan pelakon Ashton Kutcher dan Mila Kunis bulan lalu berkata,  mereka hanya akan memandikan anak mereka, Wyatt, 6 dan Dimitri, 4 apabila ternampak kotoran pada badan mereka. 


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote robinmosby 8-8-2021 02:00 PM
Urgh sorry mungkin berlainan budaya tapi pengotornya. They are known to be like this not just the celebs
Quote nakkomenjugak 8-8-2021 02:01 PM
yiihhhhh lepas sukan pun tak nak mandi

patutlah black people ada inside joke pasal white people ni tak suka mandi

Quote CardiGans85 8-8-2021 02:05 PM
X pernah dengar perkataan water heater la kot
Quote midori_katana 8-8-2021 02:18 PM
Ayoo.. at least lepas bersukan mandi lah.. kan dah peluh2 busyuk!! Ewww
Quote mxsssgi81 8-8-2021 02:46 PM
Mohon makcik netizen nasihat kan dia suruh mandi..drpd mengumpat di IG..
Quote Meiizu 8-8-2021 02:48 PM
Lepas bersama tak mandi,berak kencing...euww bucuk
Quote Tinot7 8-8-2021 02:49 PM
Eeww.. busyukk.
Quote AnnaSendin 8-8-2021 03:09 PM
Dasar kokesen pengotor! Tutup kemasaman dengan perfume, make up, baju branded gucci pucci. Berduyun duyun peminat kerumun.
Quote Cece1234 8-8-2021 03:11 PM
Harap badan xgatal2..
Quote Mulotkoyak 8-8-2021 03:19 PM
Pelakon pontianak tuh pun malas mandi... Mesri bau masam2 masin...
Quote _blackbird 8-8-2021 03:20 PM
tapi kan, kawan2 aku mana yg study atau yg kerja 5-6 thn abroad kat us or certain negara europe kesudahan nya mmg jadi begini. awal2 duduk mmg ler diorg mandi mcm di tanah air. pastu jadi sehari skali bila dah selesa menetap di sana 2 hari atau lebih sekali. mungkin cuaca juga memainkan peranan penting juga. balik malaysia kembali mandi 2x sehari
Quote Carlanani 8-8-2021 03:43 PM
Jimat bil air ye..bagus sikap berjimat tapi pengotor la pula..
Quote Buritan 8-8-2021 04:14 PM
robinmosby: Urgh sorry mungkin berlainan budaya tapi pengotornya. They are known to be like this not just the celebs


Aku dulu time murung mmg tak suke mandi.. masa mandi tuu rasa sejuk yakmat..
Quote namr 8-8-2021 04:38 PM
Kat sini 1hari xmandi busuk hapak la..panas berdentung
Quote monreyes 8-8-2021 04:43 PM
udah ler berak kencing main selet je...
Quote Kurex 8-8-2021 05:22 PM
Mcm ashton kutcher
Quote Ayda89 8-8-2021 05:42 PM
I ada kwn yg jenis mandi sehari sekali je time pagi dia jenis susah berpeluh & takut air.

Mujur bila dok sebelah i takde keluar bauan pape setakat ni
Quote fly_in_d_sky 8-8-2021 06:22 PM
ewwwww
sejak WFH 3x sehari mandi
takde makna sekali mandi ...
bau kepam
tambah lagi musim panas ..
lepas mandi mesti calit deodorant
Quote RatuDunia94 8-8-2021 06:26 PM
Dia tak tau ke nikmat selepas mandi tu mcm mana.. iols plg suka bila badan berpelum masam.. lepas tu mandi.. rasa segar je

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.081594 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top