CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalur Gemilang Terbalik Sebab Tiang Patah

8-8-2021 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1933| Komen: 3

Description: Polis mengesahkan sebuah video tular memaparkan Jalur Gemilang yang didakwa dikibarkan terbalik adalah disebabkan tiang bendera tersebut telah patah.
Polis mengesahkan sebuah video tular memaparkan Jalur Gemilang yang didakwa dikibarkan terbalik adalah disebabkan tiang bendera tersebut telah patah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Shukor berkata, video berkenaan dimuat naik oleh seorang individu pada Jumaat lalu.


Menurut beliau, polis telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian yang terletak di Vista Millenium, Taman Puchong Perdana kira-kira jam 10.40 malam.


Anggota polis memeriksa Jalur Gemilang di lokasi kejadian yang didapati tiangnya telah patah.

"Pemeriksaan mendapati tiang bendera tersebut telah patah akibat ditiup angin dan menyebabkan Jalur Gemilang menghala ke bawah," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Amihizam berkata, ketua pengawal keselamatan di perumahan itu telah menurunkan Jalur Gemilang tersebut serta-merta sebelum digantikan dengan tiang yang baharu.


"Satu laporan polis telah dibuat mengenai kejadian berkenaan dan ciapan yang dibuat di media sosial itu telah dipadam sejurus selepas tindakan diambil," katanya.

Pada Jumaat, tular video di media sosial memaparkan Jalur Gemilang yang didakwa terbalik.

Video tersebut menerima kecaman netizen yang rata-ratanya meminta tindakan tegas dikenakan terhadap pihak yang bertanggungjawab di atas kejadian tersebut.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 8-8-2021 07:52 AM

Polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.
Quote norawestallen 8-8-2021 09:44 PM
Netizen ni bab nak viralkan something pantas betul
Quote MontanaHannah 8-8-2021 09:48 PM
ambil tindakan

patahkan tengkuk org yg pasang bendera itu

xde maaf

lembik nakharom

ambil lah tindakan ,bodoh bahalol

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.127428 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top