CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dilema Pemandu Teksi: Hanya Dua Penumpang, Rm10 Sehari

2-7-2021 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2272| Komen: 9

Description: PASIR GUDANG: Ibarat kais pagi makan pagi apabila sudah keluar bekerja melebihi lima jam, namun, ‘upah’ yang diperoleh hanyalah RM10.
PASIR GUDANG: Ibarat kais pagi makan pagi apabila sudah keluar bekerja melebihi lima jam, namun, ‘upah’ yang diperoleh hanyalah RM10.

Itu situasi yang dialami majoriti pemandu teksi di kawasan bandar raya ini dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.


Seorang daripadanya, Muhamad Noh Yap Abdullah, 64, memberitahu, dalam keadaan tersebut, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana kudratnya yang semakin berkurangan.

Foto: Utusan

Jelasnya, dia juga tidak mampu untuk mencari pekerjaan lain ekoran usianya yang sudah meningkat dan tiada majikan yang mahu menggajikan pekerja warga emas sepertinya.

“Kebiasaannya, saya akan keluar pagi, lebih kurang pukul 8 pagi dan meronda-ronda di sekitar bandar raya Pasir Gudang untuk mencari penumpang.


“Namun, tindakan itu hanya akan merugikan kerana membuang minyak, jadi kami lebih banyak berkumpul di kawasan terminal bas di sini dengan harapan ada penumpang.

“Paling saya ingat, dalam masa lebih lima jam, hanya dua orang penumpang sahaja dan tambang masing-masing hanyalah RM5, jadi gaji saya pada hari itu hanya RM10,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tambah bapa kepada lima orang anak itu, dia juga tidak tahu sama ada terdapat keuntungan atau tidak kerana duit tersebut juga digunakan untuk mengisi kembali tangki minyak kenderaannya.

Sementara itu, seorang lagi pemandu teksi, Md. Ali Hassan, 66, turut berkongsi nasib yang sama, malah, katanya, ada beberapa hari dia hanya keluar bekerja untuk ‘makan angin’ semata-mata.

“Kadangkala, ada penumpang, kadangkala tiada langsung. Itu sudah menjadi rutin kami pemandu teksi dalam tempoh PKP ini.

“Kami sudah tidak tahu apa lagi yang boleh dibuat untuk mendapatkan pendapatan kerana kudrat yang dimiliki tidak boleh dibandingkan dengan orang muda,” ujarnya yang sudah menjadi pemandu teksi selama lebih 30 tahun.-CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 2-7-2021 12:58 PM
kesiannya... moga dipermudahkan..
Quote Skuau 2-7-2021 01:03 PM
depa boleh buat e-hailing sekali ngn teksi tak???(#wa x buat kajian).
Quote otai_g 2-7-2021 01:04 PM
Ditambah lg dgn saingan dr grab dan ehailing lain..
Quote kuzaime 2-7-2021 02:33 PM
Skuau replied at 2-7-2021 01:03 PM
depa boleh buat e-hailing sekali ngn teksi tak???(#wa x buat kajian).

Pernah ambik grabcar, tapi bila sampai jenis teksi. Kereta pun nampak dah x berapa nak baru. Pakcik tu siap cakap mintak tolong jangan report apa2 dekat grab. Musykil jugak sebab grab biasanya kena kereta yg tahun daftar x lebih 10y kalau x silap kan?

Aku iya2 kan ajelah. Jnji sampai & tambang pun ikut mcm grab dah ok. Kalau teksi biasa tambang 1-2× ganda dr grab.
Quote jazaa100 2-7-2021 02:37 PM
Kesian.....

Yg bawak grab pun terjejas, teksi apa lg....
Quote anggeriklatifah 2-7-2021 03:37 PM
Skuau replied at 2-7-2021 01:03 PM
depa boleh buat e-hailing sekali ngn teksi tak???(#wa x buat kajian).

boleh je..tapi ikut rate grab punya harga

tapi ramai pemandu teksi taknak

sebb rugi katanya

diorng nak charge mahall

tapi ade gak yg terdesak buat je

to me padan lah muka kat pemandu teksi yg selama ni charge mahal2 dan melampau yg anaya org
anaya indon bangla tu..itu kifarah nya
Quote Skuau 2-7-2021 03:39 PM
anggeriklatifah replied at 2-7-2021 03:37 PM
boleh je..tapi ikut rate grab punya harga

tapi ramai pemandu teksi taknak

kalo ikut pendapat drng...pemandu grab tu rugi la semua....mmmm.....memacam ragam.
Quote akuman1981 2-7-2021 06:15 PM
pakcik buat nasi ayam/delivery jual kt facebook.
abg sdara saya jual chicken pai isi lebih kt facebook laku
Quote shernazz 3-7-2021 09:55 PM
anggeriklatifah replied at 2-7-2021 03:37 PM
boleh je..tapi ikut rate grab punya harga

tapi ramai pemandu teksi taknak

Kan
Cash.lah
Dolu.masa.iols.takdak lesen..slalu naik teksi
Kena caj 2kali ganda sebab nak keluar taman balik takdak.orang
Jimbit..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.214785 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top