CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Masak Maut, Tergelincir Jatuh Dalam Kawah Sup Ayam

2-7-2021 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3211| Komen: 19

Description: Baghdad: Seorang tukang masak maut selepas terjatuh dalam kawah sup ayam ketika sedang menyediakan juadah itu.
Baghdad: Seorang tukang masak maut selepas terjatuh dalam kawah sup ayam ketika sedang menyediakan juadah itu.

Insiden itu berlaku ketika Issa Ismail, 25, menyediakan sup ayam untuk satu majlis perkahwinan di Zakho, Kurdistan pada 15 Jun lalu.


Ketika kejadian, bapa kepada tiga orang anak itu dikatakan tergelincir dan terjatuh ke dalam kawah sup berkenaan.

Portal Independent melaporkan ia menyebabkan badannya melecur tahap tiga dan meninggal dunia, lima hari kemudian.

Dia dikejarkan ke sebuah hospital di bandar Dohuk untuk mendapatkan rawatan.

Selepas bertarung dengan luka akibat melecur yang teruk selama beberapa hari, Issa meninggal dunia pada 21 Jun.

Kematiannya yang tragis diratapi netizen selepas berita mengenai insiden itu tersebar di media sosial.

Kredit foto: Agensi


Agensi berita melaporkan, Issa sudah menjadi tukang masak selama lapan tahun.

Rudaw Media Network melaporkan Issa mempunyai tiga orang anak dengan yang bongsu baru berusia enam bulan.

"Allahyarham sebelum ini bekerja memasak makanan di pesta perkahwinan, majlis berkabung dan pelbagai acara lain.

"Dalam tempoh dua tahun dia bekerja di dua tempat dengan gaji sebanyak 25,000 dinar (kira-kira RM71.20) sehari," kata seorang saudaranya Zervan Hosni kepada media tempatan.

Dalam pada itu laporan Gulf News menyebut kematian Issa mengundang kepada desakan supaya keselamatan dan langkah pencegahan di restoran dan dapur di negara itu dipertingkatkan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanjannah 2-7-2021 10:45 AM
Alllahhhh.. siannya
Quote edayildiz 2-7-2021 10:46 AM
scary..kwn i dlu masa kecik..i xtau la camna tp dgr org cite dia jatuh dlm kawah gulai..
bila dh bsr weola satu sekolah..muka dia cantikk..tp tgn dia sblh mcm kecut..mcm tgn org tua..nmpk la sipi2 disebalik bju sekolah..
mayb skrg dia dh wat plastic surgery ..tp dia lawa jgk..time tu pun ada bf hensem..
Quote kuzaime 2-7-2021 11:11 AM
Lantai jenis batu marmar? Kalau ada benda tertumpah memang licin
Quote any42 2-7-2021 11:25 AM
start umur belasan tahun dah ggih keje. sedihnya tinggal ank2 kecik lg.
Quote exclusive_vvip 2-7-2021 11:32 AM
kat hometown i pun penah jadi kes gini dulu..tapi dah tua la pakcik tu..mmg tukang masak kenduri..terjatuh dlm kawah gulai..tak ingat la samada tergelincir @ pening lalat..sempat masuk hospital jugak, tapi x survive
Quote naina 2-7-2021 11:33 AM
Innalillah..semoga ditempatkan dikalangan orang beriman
Masa termasuk dalam kawah tu agak dia boleh keluar sendiri tak ya
Terlalu panas
Sure menggelupur
Dulu kat kampung ni ada makcik tertumpah kuah tomyam..dia tengok je kuah tu jirus kaki macam tak rasa apa
Lepas2 tu haaa ambik kau..menggelembung habis.besauuuu.
Quote Tinot7 2-7-2021 11:37 AM
takziah kpd keluarga
Quote Artemesiaa 2-7-2021 11:58 AM
Mengerikan risiko kerja macam tu kalau tak hati2.
Quote luluaurora 2-7-2021 12:21 PM
innalillah...
Allah sedihnyaaa..anak 2 kecik
Quote nakkomenjugak 2-7-2021 12:22 PM
Erkkkkk cannot imejin! Takde sop ke tempat2 macam tu? Kesian si mangsa... iols terpegang kuali panas punnnn da sakit
Quote insulin 2-7-2021 12:23 PM
Takziah. Mesti sakit sangat.
Quote twins 2-7-2021 12:29 PM
kes-kes kat dapur ni macam2.
sorang pekerja kami, dia repair lampu kat dapur hospital.
mata memandang ke atas, kaki melangkah.. termasuk dalam kuali
minyak panas.... tuuu diaaaa.... masakkkkk...
lama dia MC... memang cacat terusss... kesian.. orang muda...
Quote chinta89 2-7-2021 12:50 PM
Seriaunya baca berita mcm ni... {:laugh
Quote Supersirap 2-7-2021 02:10 PM
Sentiasa berhati-hati dalam menjalankan apa jua tugasan
Quote MontanaHannah 2-7-2021 02:26 PM
ARab kalau buat kenduri membazir sehingga di benci Allah


lembu berpuluh ekor

kambing sampai beratus ekor


itu org kaya

org miskin lembu 10 ekor, kambing 30 ekor

gantung ,salai


yg tetamu datang  cuma  cubit dan suap masuk mulut sekali dua itu sahaja

selebihnya menari gelek , hisap gam hisap asap serupa al Harem tu


kami xpernah tunjuk muka di majlis kahwin Arab lagi selepas terasa mcm subhat dgn golongan  kuffur nikmat dan membazir amalan syaithon itu!

Quote darkness 2-7-2021 02:41 PM
MontanaHannah replied at 2-7-2021 02:26 PM
ARab kalau buat kenduri membazir sehingga di benci Allah



Kalau kenduri kahwin pakistan, tidak sah keliling badan kalau tiada emas. Arab pun pakai emas banyak2 ka?
Quote MontanaHannah 2-7-2021 02:44 PM
darkness replied at 2-7-2021 02:41 PM
Kalau kenduri kahwin pakistan, tidak sah keliling badan kalau tiada emas. Arab pun pakai emas bany ...

kalau kaya raya  belikan emas pada tetamu wanita

kalau xkaya  cuma beli gelang hiasan batu batu yg sekadaran mampu beri pada tetamu wnaita ,pakaikan untuk mereka

masa aku bduak dulu mereka make up kan aku ,solek solek aku bubuh atas kepala  head gear , gelang tangan ,gelang kaki

mcm anak jebon baru tengok dunia

dajjei sungguh laaa

ada lagi gambar tu

kenangan dengan org sana masa ayah aku bekerja di negara-negara Arab
Quote darkness 2-7-2021 02:49 PM
MontanaHannah replied at 2-7-2021 02:44 PM
kalau kaya raya  belikan emas pada tetamu wanita

kalau xkaya  cuma beli gelang hiasan batu batu ...

Patutlah dulu ada namanya arab jahilliah
Quote MontanaHannah 2-7-2021 02:53 PM
darkness replied at 2-7-2021 02:49 PM
Patutlah dulu ada namanya arab jahilliah

Nabi diutuskan dari kalangan Bani Arab ,yg pertama disuruh ialah betulkan akhlak , perelokkan akhlak


nombor satu ialah akhlak !


Arab lebih teruk dan kasar dan kahaq pelaq dari bangsa lain.

wanita Arab sangat kasar.

yg paling lembut Melayu

bohsia Melayu tu kalau hidup di kalangan Arab jahiliyyah itu dah dikira solehah .

Betapa teruk perangai org Arab.


Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.140004 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top