View: 2381|Reply: 19
|
Tukang Masak Maut, Tergelincir Jatuh Dalam Kawah Sup Ayam
[Copy link]
|
|
Baghdad: Seorang tukang masak maut selepas terjatuh dalam kawah sup ayam ketika sedang menyediakan juadah itu.
Insiden itu berlaku ketika Issa Ismail, 25, menyediakan sup ayam untuk satu majlis perkahwinan di Zakho, Kurdistan pada 15 Jun lalu.
Ketika kejadian, bapa kepada tiga orang anak itu dikatakan tergelincir dan terjatuh ke dalam kawah sup berkenaan.
Portal Independent melaporkan ia menyebabkan badannya melecur tahap tiga dan meninggal dunia, lima hari kemudian.
Dia dikejarkan ke sebuah hospital di bandar Dohuk untuk mendapatkan rawatan.
Selepas bertarung dengan luka akibat melecur yang teruk selama beberapa hari, Issa meninggal dunia pada 21 Jun.
Kematiannya yang tragis diratapi netizen selepas berita mengenai insiden itu tersebar di media sosial.
Kredit foto: Agensi
Agensi berita melaporkan, Issa sudah menjadi tukang masak selama lapan tahun.
Rudaw Media Network melaporkan Issa mempunyai tiga orang anak dengan yang bongsu baru berusia enam bulan.
"Allahyarham sebelum ini bekerja memasak makanan di pesta perkahwinan, majlis berkabung dan pelbagai acara lain.
"Dalam tempoh dua tahun dia bekerja di dua tempat dengan gaji sebanyak 25,000 dinar (kira-kira RM71.20) sehari," kata seorang saudaranya Zervan Hosni kepada media tempatan.
Dalam pada itu laporan Gulf News menyebut kematian Issa mengundang kepada desakan supaya keselamatan dan langkah pencegahan di restoran dan dapur di negara itu dipertingkatkan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
scary..kwn i dlu masa kecik..i xtau la camna tp dgr org cite dia jatuh dlm kawah gulai..
bila dh bsr weola satu sekolah..muka dia cantikk..tp tgn dia sblh mcm kecut..mcm tgn org tua..nmpk la sipi2 disebalik bju sekolah..
mayb skrg dia dh wat plastic surgery ..tp dia lawa jgk..time tu pun ada bf hensem.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lantai jenis batu marmar? Kalau ada benda tertumpah memang licin |
|
|
|
|
|
|
|
start umur belasan tahun dah ggih keje. sedihnya tinggal ank2 kecik lg. |
|
|
|
|
|
|
|
kat hometown i pun penah jadi kes gini dulu..tapi dah tua la pakcik tu..mmg tukang masak kenduri..terjatuh dlm kawah gulai..tak ingat la samada tergelincir @ pening lalat..sempat masuk hospital jugak, tapi x survive |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..semoga ditempatkan dikalangan orang beriman
Masa termasuk dalam kawah tu agak dia boleh keluar sendiri tak ya
Terlalu panas
Sure menggelupur
Dulu kat kampung ni ada makcik tertumpah kuah tomyam..dia tengok je kuah tu jirus kaki macam tak rasa apa
Lepas2 tu haaa ambik kau..menggelembung habis.besauuuu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengerikan risiko kerja macam tu kalau tak hati2. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah...
Allah sedihnyaaa..anak 2 kecik
|
|
|
|
|
|
|
|
Erkkkkk cannot imejin! Takde sop ke tempat2 macam tu? Kesian si mangsa... iols terpegang kuali panas punnnn da sakit |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Mesti sakit sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
kes-kes kat dapur ni macam2.
sorang pekerja kami, dia repair lampu kat dapur hospital.
mata memandang ke atas, kaki melangkah.. termasuk dalam kuali
minyak panas.... tuuu diaaaa.... masakkkkk...
lama dia MC... memang cacat terusss... kesian.. orang muda... |
|
|
|
|
|
|
|
Seriaunya baca berita mcm ni... {:laugh |
|
|
|
|
|
|
|
Sentiasa berhati-hati dalam menjalankan apa jua tugasan |
|
|
|
|
|
|
|
ARab kalau buat kenduri membazir sehingga di benci Allah
lembu berpuluh ekor
kambing sampai beratus ekor
itu org kaya
org miskin lembu 10 ekor, kambing 30 ekor
gantung ,salai
yg tetamu datang cuma cubit dan suap masuk mulut sekali dua itu sahaja
selebihnya menari gelek , hisap gam hisap asap serupa al Harem tu
kami xpernah tunjuk muka di majlis kahwin Arab lagi selepas terasa mcm subhat dgn golongan kuffur nikmat dan membazir amalan syaithon itu!
|
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah replied at 2-7-2021 02:26 PM
ARab kalau buat kenduri membazir sehingga di benci Allah
Kalau kenduri kahwin pakistan, tidak sah keliling badan kalau tiada emas. Arab pun pakai emas banyak2 ka? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kaya raya belikan emas pada tetamu wanita
kalau xkaya cuma beli gelang hiasan batu batu yg sekadaran mampu beri pada tetamu wnaita ,pakaikan untuk mereka
masa aku bduak dulu mereka make up kan aku ,solek solek aku bubuh atas kepala head gear , gelang tangan ,gelang kaki
mcm anak jebon baru tengok dunia
dajjei sungguh laaa
ada lagi gambar tu
kenangan dengan org sana masa ayah aku bekerja di negara-negara Arab
|
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah replied at 2-7-2021 02:44 PM
kalau kaya raya belikan emas pada tetamu wanita
kalau xkaya cuma beli gelang hiasan batu batu ...
Patutlah dulu ada namanya arab jahilliah |
|
|
|
|
|
|
|
Nabi diutuskan dari kalangan Bani Arab ,yg pertama disuruh ialah betulkan akhlak , perelokkan akhlak
nombor satu ialah akhlak !
Arab lebih teruk dan kasar dan kahaq pelaq dari bangsa lain.
wanita Arab sangat kasar.
yg paling lembut Melayu
bohsia Melayu tu kalau hidup di kalangan Arab jahiliyyah itu dah dikira solehah .
Betapa teruk perangai org Arab.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|