CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Tak Ada Harta Lain”- Syafie Naswip Lelong Trofi

1-7-2021 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3786| Komen: 14

Description: “Saya nak tolak (lelong) trofi kemenangan filem Songlap sewaktu menang Festival Filem Malaysia (FFM 25),”.
“Saya nak tolak (lelong) trofi kemenangan filem Songlap sewaktu menang Festival Filem Malaysia (FFM 25),”.

Itu kata pelakon berbakat besar, Syafie Naswip dalam usaha mencari wang bagi membantu golongan susah di luar sana.


Jelas Syafie, 28, ikhtiar melelong trofi itu dilakukan bukan kerana mencari populariti tetapi lebih kepada misi kemanusiaan.

Foto: IG

“Saya tak ada harta lain nak kongsikan. Jadi, siapa yang boleh bida RM10,000 atau lebih, hasil kutipan itu kita akan bagi kepada orang yang lebih memerlukan. Jangan risau sumpah saya tak menipu, saya tak ambil duit itu pun.

“Di atas rezeki yang Tuhan berikan menerusi kemenangan pelbagai anugerah, inilah masa yang terbaik untuk saya kongsikan kepada anda semua. Jadi saya harap trofi ini dapat digunakan untuk membantu orang yang memerlukan.


“Saya memang sensitif sikit kalau bab kekeluargaan ini. Saya harap ramai yang akan menyokong,” ujarnya sambil mengesat air mata.


Syafie berkata demikian ketika mengadakan sesi siaran langsung di akaun Instagramnya semalam.

Tambah Syafie lagi, rakyat tidak perlu menuding jari pada kerajaan, sebaliknya mencari jalan penyelesaian dan bersatu hati.




“Hentikanlah hasad dengki antara satu sama lain dan sebarkan kasih sayang serta teruskan positif,” ujarnya.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 1-7-2021 11:12 AM
good effort.

kerajaan, semakin gagal....
Quote kakigojes 1-7-2021 02:05 PM
Pada I, I mcm kurang setuju. Sebab:
1. Trofi ni bagi I mcm personal achievement gitu, plus bukan senang nak dapat trofi on national level.

2. Ada cara lain kan nak tolong orang, I actually tak faham konsep pertolongan dengan duit, sebab kalau u dapat rm10 ribu pun, katakanlah u tolong sorang rm100, u baru boleh tolong 1000 orang. Then lepas tu? Nak gadai apa lagi?

3. Pada I, cuba u fikir out of the box sikit, contoh buat fundraising yang tak perlu jual apa2, contoh, interview, charge rm5000 (gitu) but kene pandai la, buat dialog challenge ke whatever la

4. Ada je cara lain nak tolong kan, contoh libatkan diri dengan NGO atau local ADUN and see apa kudrat u boleh bagi. Tuhan tak tengok brapa banyak duit u bagi kat sekian sekian orang. It’s all about niat.

Jadi ukur lah baju di badan sendiri. Panjang aku komen mcm OKG ni baca haha
Quote ImpianSeroja 1-7-2021 03:10 PM
Baiknya kamu..tp tak ke rasa trofi tu ada sentiment value ..tp terpulangla dik..kamu punya pilihan
Quote sleepandream 1-7-2021 03:23 PM
hak dia nak jual jual la...
lagi bagus dari jual maruah untuk content social media
Quote imanjannah 1-7-2021 03:26 PM
terpulang la pada awak dik.. mna yg awak rasa baik, teruskanlah
Quote akuHavocczz 1-7-2021 03:49 PM
Ada ke orang nak beli? Kalau i jadi orang yng beli trophy tu, baik i salurkan terus pada yang memerlukan
Quote Orix 1-7-2021 03:59 PM
Takde sentimental value lgsg kot ye pun wlupun trofi tu hak dia la.
Quote sayawifenikmie 1-7-2021 04:58 PM

hmmm.... kalau tak mampu ... tak payah sedekah wang ringgit ... sedekah kederat ...
Quote Kurex 1-7-2021 05:07 PM
Lantak kau la
Quote lazim 1-7-2021 05:14 PM
Klu org beli trofi tu utk apa?  Apa benefit yg pembida ti dpt klu dpt tropi pie?
Quote 4cupcakes 1-7-2021 07:05 PM
What forr? Lain la klu trofi tu diperbuat dari emas ke..

P/s: artis2 yg gila nak dapat anugerah sila la beli..Tp still nama disebut sbgat oemenang anugerah tu still nama ko..

Tlg la fikir jual brg lain.. Katil ke.. Spender ke.  At least org lain boleh guna  
Quote nakkomenjugak 1-7-2021 07:35 PM
iols suka heols ni dari kecik siap pasang hangan2 tahek ciken nak berjodohan dengam heols.... maklumlah sebaya.
heols pun dari keluarga susah kan... datang event naik motor.
untuk tak ot, harap ada lerrrr yang nak bida. sayang bukti achievement tu.
Quote mat_arof 2-7-2021 07:23 AM
Orix replied at 1-7-2021 03:59 PM
Takde sentimental value lgsg kot ye pun wlupun trofi tu hak dia la.

Kalau kat Hollywood tak dibenarkan menjual Anugerah Oscar yang dimenangi oleh pelakon .kalau nak jual juga kena jual kepada Akademi (AMPAS)..iaitu badan yang menguruskan anugerah oscar...
sebab nugerah yang ni beri ni satu sentimental value dan x boleh di jual atau di pindah milik pada individu lain.
pelakon yang dah tiada(mati) anugerah akan disimpan di library(muzium) akademi.


tapi kat malaysia tak tahular kan boleh ke jual piala anugerah yang diterima tu..
Quote Jolabu 2-7-2021 10:17 AM
Ok je budak tebing jln cerita lancar MCM gerak khas straight foward boleh layan

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.059462 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top