View: 2961|Reply: 14
|
“Saya tak ada harta lain”- Syafie Naswip lelong trofi, ikhtiar bantu orang susah
[Copy link]
|
|
“Saya tak ada harta lain”- Syafie Naswip lelong trofi, ikhtiar bantu orang susah
https://www.utusan.com.my/gaya/h ... -bantu-orang-susah/
Oleh ZULQARNAIN ABU HASSAN
1 Julai 2021, 10:35 am
KUALA LUMPUR: “Saya nak tolak (lelong) trofi kemenangan filem Songlap sewaktu menang Festival Filem Malaysia (FFM 25),”.
Itu kata pelakon berbakat besar, Syafie Naswip dalam usaha mencari wang bagi membantu golongan susah di luar sana.
Jelas Syafie, 28, ikhtiar melelong trofi itu dilakukan bukan kerana mencari populariti tetapi lebih kepada misi kemanusiaan.
“Saya tak ada harta lain nak kongsikan. Jadi, siapa yang boleh bida RM10,000 atau lebih, hasil kutipan itu kita akan bagi kepada orang yang lebih memerlukan. Jangan risau sumpah saya tak menipu, saya tak ambil duit itu pun.
“Di atas rezeki yang Tuhan berikan menerusi kemenangan pelbagai anugerah, inilah masa yang terbaik untuk saya kongsikan kepada anda semua. Jadi saya harap trofi ini dapat digunakan untuk membantu orang yang memerlukan.
“Saya memang sensitif sikit kalau bab kekeluargaan ini. Saya harap ramai yang akan menyokong,” ujarnya sambil mengesat air mata.
|
|
|
|
|
|
|
|
good effort.
kerajaan, semakin gagal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pada I, I mcm kurang setuju. Sebab:
1. Trofi ni bagi I mcm personal achievement gitu, plus bukan senang nak dapat trofi on national level.
2. Ada cara lain kan nak tolong orang, I actually tak faham konsep pertolongan dengan duit, sebab kalau u dapat rm10 ribu pun, katakanlah u tolong sorang rm100, u baru boleh tolong 1000 orang. Then lepas tu? Nak gadai apa lagi?
3. Pada I, cuba u fikir out of the box sikit, contoh buat fundraising yang tak perlu jual apa2, contoh, interview, charge rm5000 (gitu) but kene pandai la, buat dialog challenge ke whatever la
4. Ada je cara lain nak tolong kan, contoh libatkan diri dengan NGO atau local ADUN and see apa kudrat u boleh bagi. Tuhan tak tengok brapa banyak duit u bagi kat sekian sekian orang. It’s all about niat.
Jadi ukur lah baju di badan sendiri. Panjang aku komen mcm OKG ni baca haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Baiknya kamu..tp tak ke rasa trofi tu ada sentiment value ..tp terpulangla dik..kamu punya pilihan |
|
|
|
|
|
|
|
hak dia nak jual jual la...
lagi bagus dari jual maruah untuk content social media |
|
|
|
|
|
|
|
terpulang la pada awak dik.. mna yg awak rasa baik, teruskanlah |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke orang nak beli? Kalau i jadi orang yng beli trophy tu, baik i salurkan terus pada yang memerlukan |
|
|
|
|
|
|
|
Takde sentimental value lgsg kot ye pun wlupun trofi tu hak dia la. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm.... kalau tak mampu ... tak payah sedekah wang ringgit ... sedekah kederat ... |
|
|
|
|
|
|
|
Klu org beli trofi tu utk apa? Apa benefit yg pembida ti dpt klu dpt tropi pie? |
|
|
|
|
|
|
|
What forr? Lain la klu trofi tu diperbuat dari emas ke..
P/s: artis2 yg gila nak dapat anugerah sila la beli..Tp still nama disebut sbgat oemenang anugerah tu still nama ko..
Tlg la fikir jual brg lain.. Katil ke.. Spender ke. At least org lain boleh guna |
|
|
|
|
|
|
|
iols suka heols ni dari kecik siap pasang hangan2 tahek ciken nak berjodohan dengam heols.... maklumlah sebaya.
heols pun dari keluarga susah kan... datang event naik motor.
untuk tak ot, harap ada lerrrr yang nak bida. sayang bukti achievement tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat Hollywood tak dibenarkan menjual Anugerah Oscar yang dimenangi oleh pelakon .kalau nak jual juga kena jual kepada Akademi (AMPAS)..iaitu badan yang menguruskan anugerah oscar...
sebab nugerah yang ni beri ni satu sentimental value dan x boleh di jual atau di pindah milik pada individu lain.
pelakon yang dah tiada(mati) anugerah akan disimpan di library(muzium) akademi.
tapi kat malaysia tak tahular kan boleh ke jual piala anugerah yang diterima tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok je budak tebing jln cerita lancar MCM gerak khas straight foward boleh layan |
|
|
|
|
|
|
| |
|