CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dayang Areeda Susah Nak Glamour

25-6-2021 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13347| Komen: 67

Description: Jika ikutkan, pelakon Dayang Areeda sudah tujuh tahun bergelar pelakon, namun belum rezeki menempa populariti seperti bintang drama lain.
Jika ikutkan, pelakon Dayang Areeda sudah tujuh tahun bergelar pelakon, namun belum rezeki menempa populariti seperti bintang drama lain.

Akur rezeki belum menyebelahinya, Dayang Areeda atau nama sebenarnya, Dayang Areeda Datu Abdul Razak hanya mampu berdoa magis akan berlaku dalam hidupnya.

Tidak sesekali mengalah, Dayang Areeda tetap bersyukur, tawaran lakonan masih lebat dan tidak pernah putus rezeki untuk terus aktif di hadapan lensa kamera.


Foto: IG

Ketika ini, dua drama lakonannya, Masih Ada Rindu dan Derita Untuk Bahagia rancak disiarkan di kaca televisyen (TV).

"Saya percaya dan yakin dengan rezeki Allah. Ada pelakon masuk industri seni, nama terus melonjak naik. Bagi saya, tidak mengapalah jika saya perlu bertatih perlahan-lahan daripada bawah.


"Siapa tahu, mungkin nama saya akan menyerlah dan dikenali ramai, suatu masa nanti. Biarpun menempa populariti, saya bersyukur masih menerima tawaran berlakon dan terus berada dalam industri," katanya kepada BH Online.



Mengulas watak Nasya dalam drama Masih Ada Rindu arahan Osman Ali yang kini bersiaran di slot Akasia, TV3, gadis kelahiran Kudat, Sabah itu berkata, dia tidak boleh menidakkan cabaran menghidupkan watak pesakit bipolar disorder atau gangguan mental bukannya mudah.

"Nasya digambarkan pesakit gangguan mental yang berkait rapat dengan masalah emosi yang sering berubah-ubah sehingga menjejaskan aktiviti seharian.

"Tidak mudah menghidupkan watak ini. Namun atas bantuan dan tunjuk ajar pengarah, selain melihat orang terdekat yang turut menghidapi penyakit ini, saya cuba menyelami karakter Nasya sebaik mungkin.



"Saya ada rakan yang juga pesakit gangguan mental. Jadi, saya melihat bagaimana karakternya boleh berubah daripada pendiam dan ketawa secara tiba-tiba tanpa sebab," katanya.

Dalam pada itu, Dayang Areeda juga buat kali pertama bekerja di bawah arahan pengarah berkaliber itu.



"Saya suka mencabar diri untuk bekerja dengan pengarah yang belum pernah bekerjasama. Saya percaya semua pelakon menyimpan impian mahu bekerja di bawah arahan Osman. Ini kerana kita tahu hasil ceritanya sangat berkualiti.

"Sebagai pelakon yang masih hijau, saya mencabar diri bekerja dengan Osman. Umumnya tahu Osman adalah pengarah yang hebat. Segala tunjuk ajar diberikan sangat mudah difahami.

"Jika tidak berpuas hati dengan babak dilakonkan, Osman akan minta pelakon mengulanginya sekali lagi. Daripada situ, kita tahu di mana kesilapan yang perlu diperbaiki," ujarnya.



Selain Dayang Areeda, drama Masih Ada Rindu turut dibintangi oleh Farid Kamil, Mimi Lana dan Halim Radzi. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 24-6-2021 06:38 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CQAmQSyHVi5/[/ig]
Quote Raline 24-6-2021 06:39 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CP7OHCunP8C/[/ig]
Quote fealefea 24-6-2021 07:22 PM
Byk kot jadi second lead, tetap org x ingat
Quote exclusive_vvip 24-6-2021 07:28 PM
mmg btol susah nak famous ni..ni first time iols dgr nama Dayang Areeda..takpun,penah dengar,pastu langsung xde ingatan nama Dayang Areeda..
Quote ImpianSeroja 24-6-2021 07:30 PM
Ye la dik..nama x kenal tapi bila tgk pic ..tau jer awak selalu berlakon.mungkin lum rezeki nk naik.. Gudluck dik
Quote I.K.A888990 24-6-2021 07:55 PM
blm rezeki mungkin. man tau tetibe esok viral pulak
Quote Nenasketum 24-6-2021 08:00 PM
Rupa serupa 2-3 retis yang lain, susah nak differentiate la pulak
Quote irvene 24-6-2021 08:08 PM
muka tak sesuai jd heroin. ohh btw takde pangarah or penerbit offer apa2 ke?
Quote sharlenetexas 24-6-2021 08:10 PM
Suka tgk sheols dalam Semusim Rindu.

Quote sharlenetexas 24-6-2021 08:11 PM
Tapi sheols kontroversi caras laki orang kan?
Quote 3chanceno 24-6-2021 08:12 PM
Emmmmm dah pakai sexy cam tu pun lum terkenal atau di senarai retis gred A dik  bertabahlah kalau rasa ada peluang nak terkenal setelah 7 tahun mencoba
Quote tagas 24-6-2021 08:12 PM
Muka layak watak2 tempelen
Quote wirazam 24-6-2021 08:14 PM
fealefea replied at 24-6-2021 07:22 PM
Byk kot jadi second lead, tetap org x ingat

tak pernah nampak pun dan lakonan tak meninggalkan kesan...popular lagi yah kucai tu meskipun dia baru berlakon hahaha


Quote sambaldurian 24-6-2021 08:16 PM
tetiba ak rs muka dia mcm mak angkat han geu ru dlm citer move to heaven. nmpak la kesedihan watak mak angkat dia. boleh kot pasni buat watak baik utk dia, jd mak angkat bdk aspenger, yg suami dia bomba terus kena saman plagiat dgn penulis skrip drama tu
Quote wirazam 24-6-2021 08:16 PM
3chanceno replied at 24-6-2021 08:12 PM
Emmmmm dah pakai sexy cam tu pun lum terkenal atau di senarai retis gred A dik  bertabahlah  ...

kan mohon apply keje gomen n19 tu...dlm masa tujuh tahun at least ko dpt lar juga increment tahun...so jgn buang masa ye..

by the time umur ko dlm 54 ~55 , at least ada simpanan dlm 500 -600K
Quote wirazam 24-6-2021 08:19 PM
letak dia sebelah intan najwa...org akan lebih tertarik nak tgk intan najwa berlakon...so be realistik ok...
Quote miszclassique 24-6-2021 08:21 PM
Dah tak under mig ke dia ni? Bagusla keluar je dari management mig tu bukan pandai manage talent sangat pun, mengejar yg seksi dan banyak kontroversi jekk... Drama2 pun ntah pape
Quote dudaberhias 24-6-2021 08:28 PM
yang gambar dia tersengih atas buaian rotan tu iols ingat fattah amin atau jalil hamid.
Quote 3chanceno 24-6-2021 08:36 PM
sharlenetexas replied at 24-6-2021 08:11 PM
Tapi sheols kontroversi caras laki orang kan?

Wah!!!betul ke sis???sila tumpahkan hot tea, milo atau kopi kalau ada info hahaha

Kalau betul ada peluang dak dayang nie jadi sebutan netizens hahaha

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.108192 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top