"Nasya digambarkan pesakit gangguan mental yang berkait rapat dengan masalah emosi yang sering berubah-ubah sehingga menjejaskan aktiviti seharian.
"Tidak mudah menghidupkan watak ini. Namun atas bantuan dan tunjuk ajar pengarah, selain melihat orang terdekat yang turut menghidapi penyakit ini, saya cuba menyelami karakter Nasya sebaik mungkin.
"Saya ada rakan yang juga pesakit gangguan mental. Jadi, saya melihat bagaimana karakternya boleh berubah daripada pendiam dan ketawa secara tiba-tiba tanpa sebab," katanya.
https://assets.bharian.com.my/im ... 8_PM_1624528807.jpg
Dayang Areeda bergandingan Halim Radzi dalam drama Masih Ada Rindu yang kini ditayangkan di slot Akasia, TV3. - Foto IG Dayang Areeda
Dalam pada itu, Dayang Areeda juga buat kali pertama bekerja di bawah arahan pengarah berkaliber itu.
"Saya suka mencabar diri untuk bekerja dengan pengarah yang belum pernah bekerjasama. Saya percaya semua pelakon menyimpan impian mahu bekerja di bawah arahan Osman. Ini kerana kita tahu hasil ceritanya sangat berkualiti.
"Sebagai pelakon yang masih hijau, saya mencabar diri bekerja dengan Osman. Umumnya tahu Osman adalah pengarah yang hebat. Segala tunjuk ajar diberikan sangat mudah difahami.
"Jika tidak berpuas hati dengan babak dilakonkan, Osman akan minta pelakon mengulanginya sekali lagi. Daripada situ, kita tahu di mana kesilapan yang perlu diperbaiki," ujarnya.
Selain Dayang Areeda, drama Masih Ada Rindu turut dibintangi oleh Farid Kamil, Mimi Lana dan Halim Radzi.
Sumber:
https://www.bharian.com.my