CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahana Bela Anak Lotong

25-6-2021 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5374| Komen: 37

Description: Putrajaya: Comel dan jinak namun tindakan memelihara anak lotong (Trachypithecus cristatus) sebagai haiwan kesayangan boleh menyebabkan si pemilik didenda RM100,000 atau penjara lima tahun.
Putrajaya: Comel dan jinak namun tindakan memelihara anak lotong (Trachypithecus cristatus) sebagai haiwan kesayangan boleh menyebabkan si pemilik didenda RM100,000 atau penjara lima tahun.


Terbaru seorang wanita berusia 20-an ditahan pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selepas didapati menyimpan seekor anak lotong.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemeriksaan mengejut dilakukan sepasukan tujuh anggota Perhilitan di rumah wanita itu di Felda Bukit Tajau, Maran, Pahang jam 1 tengah hari semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di kediaman itu menemui seekor anak lotong yang masih hidup.

Kredit foto: Harian Metro


"Wanita itu gagal menunjukkan sebarang lesen atau permit sah dari Jabatan Perhilitan untuk menyimpan hidupan liar dilindungi itu.

"Susulan itu wanita terbabit ditahan sebelum di dibebaskan dengan seorang penjamin," katanya.

Kadir berkata, wanita itu yang disoal siasat mendakwa menemui anak lotong itu di tepi Jalan antara Maran ke Temerloh, Pahang.

"Dia mendakwa ada memohon lesen memelihara haiwan itu daripada Pejabat Perhilitan Pulau Pinang namun tidak diluluskan.

"Tindakan menyimpan haiwan liar belum matang itu boleh didakwa mengikut Seksyen 61, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 dan penjara tidak lebih lima tahun," katanya.

Sebelum ini seorang operator kilang pernah didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah menyimpan lotong cengkung, kucing batu dan musang pulut tanpa lesen.

Kadir berkata, seorang penyanyi wanita turut pernah diambil tindakan kerana menyimpan anak beruang matahari di kondominiumnya di Desa Pandan di sini, pada Jun 2019.

"Wanita itu tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen pemilikan beruang itu dan turut dikenakan tindakan ikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 25-6-2021 11:42 AM
knp lotong kat kg aku itam2 semua x comel mcm ni
Quote ImpianSeroja 25-6-2021 11:54 AM
Tak terlintas nk bela haiwan begini..kucing,ikan n arnab di rumah cukuplah
Quote taji2906 25-6-2021 12:06 PM
JohnyEnglish replied at 25-6-2021 11:42 AM
knp lotong kat kg aku itam2 semua x comel mcm ni

masa kecik je kaler emas mcmni. da besar sikit2 kaler itam mcm kat kg ko tu. hahahah
Quote Meiizu 25-6-2021 12:36 PM
Pelik betul org nak bela wild animal ni.
Org msia cam trend plak bela ular lah.
Bahaya kot,dlm agama pun larang.
Kat arab extreme lagi pi bela harimau,singa

Pilih pet animal sudahlah
Quote Artemesiaa 25-6-2021 12:36 PM
Dah tak lulus lesen serahkan je pada pihak perhilitan.  Gigih jugak nak bela kan dapat masaalah.
Quote JohnyEnglish 25-6-2021 12:51 PM
taji2906 replied at 25-6-2021 12:06 PM
masa kecik je kaler emas mcmni. da besar sikit2 kaler itam mcm kat kg ko tu. hahahah

camtu ke..tk atas pencerahan.
Quote batmana 25-6-2021 12:58 PM
dh duuk dlm felda tu..bela ayam lagi bagus, bole dpt telur, daging bagai.dpt juge bantu famili
Quote Thunderclouds 25-6-2021 01:00 PM
Memang otak campak buang ke depa2 ni? Dak, serious question ni. Haiwan liar kn?? Dh nma haiwan LIAR mmg xleh wat pet la. Ketegaq jgk nk bela apply license.
Quote rosmahisham 25-6-2021 01:09 PM
Aku igt mmg ada spesis kecik2 ni..tgk kt night safari zoo negara dulu2..comel je derang mlm2..aku terpikir nk bela masa tu.punya la comel kecik je..kena saman x nk lah x sanggup..
Quote supernaturalee 25-6-2021 01:36 PM
Jumpa kt pahang
Apply lesen kt penang

Mmg syarat gitu ke
Xkn phg xde perhilitan
Hutan awok kn luas
Sungguhpun makin teruk kena cabul


Quote sehirkedi 25-6-2021 01:49 PM
Daripada bela haiwan liar macamni, baik bela kucing atau anjing terbiar yg kena tangkap dengan penguatkuasa dan bakal dilupuskan.
Quote sukacactus 25-6-2021 02:18 PM
Bela cactus je mcm aku ni ha senang
Tgl vacation 2 minggu pun steady je
Quote allshares 25-6-2021 04:21 PM
sukacactus replied at 25-6-2021 02:18 PM
Bela cactus je mcm aku ni ha senang
Tgl vacation 2 minggu pun steady je

Balik2 vacay cactus ko boleh bercakap. Mcm cactus viral tu
Quote xpdckelate 25-6-2021 04:24 PM
apa benda la bela haiwan2 liar camtu..kucing banyak pi la bela
Quote LoveSungmin 25-6-2021 04:36 PM
sehirkedi replied at 25-6-2021 01:49 PM
Daripada bela haiwan liar macamni, baik bela kucing atau anjing terbiar yg kena tangkap dengan pengu ...

i kalau boleh nak kutip banyak2 sebab kesian tapi tak mampu.. sebelum pkp dah ada 6 ketol.. musim pkp ni jadi 9 ketol.. dah spay/neuter jadi manja pula.. tak sampai hati nak lepaskan semula kat luar..
Quote monreyes 25-6-2021 05:03 PM
x mendamaikan jiwa pun tengok rupa lotong ni
Quote Decaffeinated 25-6-2021 05:13 PM
Macam mana boleh kantoi, sebab meriak kat medsos ka? Then sila saman kaw2 sebab bangang.
Quote Decaffeinated 25-6-2021 05:15 PM
supernaturalee replied at 25-6-2021 01:36 PM
Jumpa kt pahang
Apply lesen kt penang


Dan aku pun nak tanya, lepas x lulus tu perhilitan tak rampas or follow up ka?
Quote prettyuglybabe 25-6-2021 05:57 PM
ni yang beli hantar pakai pos tu ke?

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.180497 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top