CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Berdosa Saya Jika Langgar PAS,"-Nik Abduh

22-6-2021 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2373| Komen: 14

Description: Kota Bharu: Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan gambar tular yang mendakwa beliau keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan PAS.
Kota Bharu: Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan gambar tular yang mendakwa beliau keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan PAS.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu juga menegaskan, sehingga kini masih bersama PN dan Ahli Parlimen PAS.

"Saya ahli (dalam kerajaan PN) dan Ahli Parlimen PAS. Berdosa saya jika langgar PAS. Besar pahala saya jika istiqamah dengan PAS," katanya yang dihubungi menerusi WhatsApp bagi mengulas perkara itu, hari ini.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh memuat naik hantaran di Facebook miliknya dengan mengingatkan semua pihak supaya tidak memfitnah.

Kredit foto: Harian Metro


"Janganlah bermain-main dengan fitnah. Anda sedang mempermainkan peringatan besar nabi صلي الله عليه وسلم kepada umatnya di akhir zaman.


"Ia merosakkan hati dan memalingkannya daripada menerima dan mencintai kebenaran," katanya.

Terdahulu, tular sekeping gambar Nik Mohamad Abduh di media sosial yang bertulis 'Saya ikut jejak UMNO keluar kerajaan PN PAS, PPBM, Perikatan Nasional. Insya-Allah bersama tujuh ahli Parlimen PAS'. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dess402 22-6-2021 03:08 PM
hehehe ..  bukan ke fitnah ni mainan korang ??  
Quote dodolgemok 22-6-2021 03:12 PM
Fitnah, menipu, khianat tu semua mainan lobai2 sekarang ni. Setakat nk keluar parti tu apa lah sgat. Mungkin dah berbaiah kena ceraikan bini kalau tinggalkan parti, tu xberani keluar. Kahkahkah!
Quote LadyCarefree 22-6-2021 03:31 PM
"Berdosa saya jika langgar PAS. Besar pahala saya jika istiqamah dengan PAS."

Wowwwww. PAS ni apa?
Quote arareez 22-6-2021 03:34 PM
LadyCarefree replied at 22-6-2021 03:31 PM
"Berdosa saya jika langgar PAS. Besar pahala saya jika istiqamah dengan PAS."

Wowwwww. PAS ni apa ...

PAS ialah sejenis cult bertopengkan Islam
Quote JohnyEnglish 22-6-2021 03:59 PM
Kalu ombo pengerusi KESEDER ambo pong tok sei keluar PAH
Quote hyunniesSS501 22-6-2021 04:05 PM
adakah PAS ni agama?
namanya agama Islam
tapi masa tgh kritikal ni korang buat apa haaaa
bersekongkol dgn fitnah
Quote orion_pax 22-6-2021 04:30 PM
Parti PAS ni macam lubok pahala la bang..tak caya tanya mokhtar senik bekas ahli al maunah
Quote Firenzza 22-6-2021 11:07 PM
LadyCarefree replied at 22-6-2021 03:31 PM
"Berdosa saya jika langgar PAS. Besar pahala saya jika istiqamah dengan PAS."

Wowwwww. PAS ni apa ...

Pas blh tentukan sendiri dosa & pahala....wow! Specelessss
Quote kelana36 22-6-2021 11:11 PM
dulu dia menipu , dah ngaku pun.. ok pulak..  masa tu wajib menipu katanya..  
buat malu kat non muslim jer...
Quote Rogue98 23-6-2021 12:21 AM
LObai2 Pas tak habis2 ckp pasal dosa ...hukum...haram halal ....
Itu semua org Islam pun kena tau lah bodoh....skrg ni korang di angkat jadi wakil rakyat apa yg korang buat ek....apa pertolongan yg kau bagi pada rakyat?  
Pas ni hanya tau buat solat hajat ramai2 dgn kutip derma tin milo.
Ni dah corvid ni dua2 pun tak boleh dah.....otak tu kasi asah sikit lahhhhh...bg lah idea...push lah suh Parlimen di bukak.....
Quote Thunderclouds 23-6-2021 02:25 AM
Aiyoo..pas ni parti politik laaa. Bukan agamaa. Ahli2 depa pn sebok jaga poket masing2 nk bg ank bini keturunan mkn.
Quote supernaturalee 23-6-2021 02:50 AM
LadyCarefree replied at 22-6-2021 03:31 PM
"Berdosa saya jika langgar PAS. Besar pahala saya jika istiqamah dengan PAS."

Wowwwww. PAS ni apa ...

HamPAS

Period



Quote ultra78 23-6-2021 11:51 AM
orion_pax replied at 22-6-2021 04:30 PM
Parti PAS ni macam lubok pahala la bang..tak caya tanya mokhtar senik bekas ahli al maunah

Tempat kumpul pahala. Maki hamun orang pun dapat pahala jugak.
Quote printercomel 23-6-2021 07:06 PM
Fuh. Dah la pahala besar, siap ada mercedes lg.

Penduduk kampong pun boleh tengok istiqamahnya pemimpin mereka dalam mercedes bila baca surat khabar hahakah smbil berteduh hujan di pondok papan lapis dalam kebun sawit.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.056903 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top