CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aishah Azman Dapat Pujian Ajar Cara Betul Solat

14-6-2021 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2996| Komen: 13

Description: Pelakon Aishah Azman mendapat pujian netizen selepas berkongsi cara yang betul bagi umat Islam menunaikan solat lima waktu.
Pelakon Aishah Azman mendapat pujian netizen selepas berkongsi cara yang betul bagi umat Islam menunaikan solat lima waktu.


Kredit foto: IG Aishah


Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah memberitahu dia terpanggil untuk memperbetulkan kesilapan cara solat yang biasa dilakukan manusia biasa sepertinya.

“Kesilapan yang selalu terjadi dalam solat, saja nak kongsi dan moga bermanfaat,” tulis Aishah.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata peminat termasuk rakan artis memuji tindakan pelakon drama Pengantin 100 Hari itu dan berterima kasih atas perkongsian berguna tersebut.



“Meskipun hanya kesilapan kecil yang sering dilakukan insan beragama Islam, video ini banyak membuka mata ramai termasuk saya.

“Terima kasih Aishah. Moga terus menjadi contoh artis terbaik,” tulis netizen.

Tidak setakat memuji, peminat turut mendoakan adik kepada pelakon Afiq Muiz itu terus istiqamah dalam berkongsikan pelbagai info-info berguna umumnya mengenai agama Islam.



Terdahulu, Aishah, 25, mengambil keputusan untuk memadam semua foto seksi miliknya sekali gus mengubah penampilannya dengan mengenakan hijab sejak Februari lalu. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ihtisyam1 14-6-2021 02:37 PM
dia ni bukan bekas tunang budak mukhsin tu?
Quote slyfynx 14-6-2021 03:01 PM
Jap... Ko ialah Aisyah mana?
Quote ciksaenara 14-6-2021 03:03 PM
alhamdulillah..yang mana baik kita sokong.. okey..
Quote Kancilkering 14-6-2021 03:16 PM
ikutkan sah je kan solat sebab yg wajib dh buat
Quote ImpianSeroja 14-6-2021 03:57 PM
Alhamdulillah.. harap terus istiqamah
Quote Firis 14-6-2021 04:36 PM
ihtisyam1 replied at 14-6-2021 02:37 PM
dia ni bukan bekas tunang budak mukhsin tu?

Haah,dia la
Quote biozipstar 14-6-2021 04:52 PM
moga istiqamah ye sis...
Quote dua_chzy 14-6-2021 05:33 PM
Cringe level 100.
Quote dua_chzy 14-6-2021 05:34 PM
Sorry peeps. Not buying this act.
Quote I.K.A888990 14-6-2021 05:50 PM
saling mengingatkan antara manusia. TQ
Quote irsa 14-6-2021 08:02 PM
ihtisyam1 replied at 14-6-2021 02:37 PM
dia ni bukan bekas tunang budak mukhsin tu?

Ye.. Betul2. Bekas tunangan si syafie naswip klau x silap namanya dak mukhsin tu. Eh, sheols ni dah bertudung ye skrg? Semoga istiqomah hendaknya..
Quote imanmariam 14-6-2021 08:20 PM
Rasanya kat tiktok dah ada video psl bagi salam ni.. Ustaz mana tah yg tunjuk.
Quote Joysparta 14-6-2021 08:25 PM
Dulu mulut boleh tahan pedas . Baguslah..Berubah dah dia sekarang ek....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.349808 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top