CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kritikal Ditembak Bapa Kerana Kahwin Tanpa Izin

14-6-2021 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2300| Komen: 12

Description: Wanita berusia 20 tahun kritikal selepas ditembak bapanya kerana berkahwin dengan rakan perniagaannya.
Wanita berusia 20 tahun kritikal selepas ditembak bapanya kerana berkahwin dengan rakan perniagaannya.

Lapor Daily Star, Kadriye Tengiz dari Turki ditembak di bahagian dada menggunakan senapang patah ketika dia berjumpa dengan bapanya untuk meminta maaf kerana berkahwin tanpa kebenarannya.


Menurut beberapa laporan media, Kadriye jatuh cinta dengan seorang ahli perniagaan tempatan, Oytun Safa Tengiz, 30, namun bapanya menolak untuk merestui perkahwinan mereka.


Kadriye & Alphan

Pasangan itu kemudian melarikan diri dan berkahwin serta memulakan kehidupan baharu dengan menjalankan perniagaan pertanian organik mereka sendiri.

Dilaporkan, Kadriye merindui ibu bapanya sehingga dia dan Oytun memutuskan untuk pulang untuk meminta pengampunan daripada bapanya, Alphan Akcaoz.

Menurut polis, ketika kejadian, Alphan, 52, menjemput pasangan berkenaan ke rumahnya di wilayah Denizli, barat daya Turki dan kemudian mengajak anaknya ke taman di belakang kediaman sebelum mendesak Kadriye menceraikan Oytun.


Beberapa laporan mendakwa, Alphan mengambil senapang patah lalu menembak Kadriye di bahagian dada dan kepala apabila anaknya enggan berbuat demikian.

Alphan kemudian masuk ke dalam rumah untuk membunuh Oytun namun dia berjaya melarikan diri dan menghubungi pihak polis.

Dilaporkan, polis sudah menahan Alphan dan merampas senapang patahnya.       

Pasukan perubatan memberi rawatan kecemasan kepada Kadriye di lokasi kejadian sebelum membawanya ke hospital. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 3chanceno 14-6-2021 09:18 AM
Tinggal emak, tinggal saudara, kerana kekasih aku ditembak
Quote Simunggu 14-6-2021 09:20 AM
bodoh punya bapa...itu ja komen aku
Quote edayildiz 14-6-2021 09:22 AM
ingat leluhur india td
Quote buapakperut 14-6-2021 09:25 AM
dia ni sayang ke idok dengan anak dia sampai marah tembak2
Quote Skuau 14-6-2021 09:36 AM
Kawen tanpa izin jer pon ditembak....bkn langgar undang2 pon...sedangkan pendatang tanpa izin pon bebas nak buat apa.......hanya berlaku di Malaysia.
Quote sukacactus 14-6-2021 10:21 AM
Lain kali dah dapat anak baru balik
Org tua tu bila tgk cucu mesti lembut ati punya
Quote batu kikir 14-6-2021 10:43 AM
Bapak bodoh lahanat
Quote sambaldurian 14-6-2021 11:38 AM
ish2, sini dh lari sempadan kawin, bwk balik anak letak kt mak ayah , pastu belahhh, kahwin ngan org lain/merantau xnk balik lps letak anak. atuk nenek terkontang kanting nk besarkan cucu/ lg haru klu jenis mak ayah x buat surat beranak.
Quote whimsicalmusic 14-6-2021 01:19 PM
Edited by whimsicalmusic at 14-6-2021 01:21 PM

Anak die yg kawen ni lelaki? Kawen ngn ppuan lg tua? Eh jap confius..anak die ppuan tu kn, tp suruh anak die ceraikan laki dia?
Quote imanjannah 15-6-2021 08:08 AM
aduhaiii.. mcm2.. marah sgt ye pokcik..
Quote BoongaKertas 15-6-2021 08:41 AM
sek sek depa ni mmg baran eh? aduh.
Quote lavendernovella 15-6-2021 09:05 AM
whimsicalmusic:    Edited by whimsicalmusic at 14-6-2021 01:21 PM  Anak die yg kawen ni lelaki? Kawen ngn ppuan lg tua? Eh jap confius..anak die ppuan tu kn, tp suruh  ...


Sana nikah sivil, so perempuan pun boleh ceraikan lelaki

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.341268 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top