CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Rindu Rambut, Bukan Tatu" - Mat Dan

14-6-2021 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9678| Komen: 50

Description: Tindakan pengacara Mat Dan di Instagram berkongsi sebuah foto lama memperlihatkan tatu di bahagian bahunya dianggap tidak sesuai oleh segelintir netizen.
Tindakan pengacara Mat Dan di Instagram berkongsi sebuah foto lama memperlihatkan tatu di bahagian bahunya dianggap tidak sesuai oleh segelintir netizen.

Rata-rata netizen menegur dan berpendapat perkara itu sebagai tidak sensitif dan hanya membuka aib berikutan pengacara itu sudah pun memeluk agama Islam.


Bagaimanapun, Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah, 32, berkata, foto itu hanya untuk ditunjukkan kepada anaknya tentang imej dirinya ketika muda.



"Saya hanya post gambar lama sebab rindukan rambut, sebenarnya saya baru botakkan kepala... bukan sebab saya rindukan tatu.

"Saya minta maaf kalau benda itu sensitif, saya hanya nak tunjuk gambar itu kepada anak ketika masa muda.

"Berkenaan tatu tu anak saya sudah hari-hari tengok, saya open kepada anak saya supaya dia tahu siapa daddy dia sebelum peluk Islam," katanya kepada mStar.

Mat Dan berkata, dia enggan membalas komen pada posting tersebut bagi mengelakkan perbalahan, sebaliknya menerima pendapat orang lain dengan hati terbuka.

Dalam pada itu, Mat Dan berkata, dia berhasrat untuk membuang tatu tersebut sekiranya terdapat cara yang tidak memudaratkan dan meninggalkan kesan.


Kredit foto: IG Mat Dan

"Bukan saya bangga dengan tatu, benda tu dah jadi sebahagian dalam badan saya memang tak boleh nak buang.

"Tatu tu dah lebih 10 tahun di badan iaitu sejak umur 17 tahun, saya rasa macam dah tak perasan ada tatu tu kat badan saya.

"Kalau masa depan ada teknologi yang buang dengan tak memudaratkan tanpa sakit boleh je nak buang, saya bukannya sayang tatu ni.

"Teknologi yang ada sekarang semua laser, kalau buat ada kesan terbakar dan sakit," ujarnya.

Sementara itu, pengacara program Mat Dan Kaki Jalan ini berkata, dia mendidik anaknya yang berusia tiga tahun dengan cara Islam dan memberi pemahaman bahawa tatu tidak dibenarkan kepada muslim.

"Saya didik anak dari kecil, saya bagi tahu anak saya yang daddy dia bukan lahir sebagai Islam.

"Bila dia besar nanti dia faham la, saya faham orang cakap perkara itu tak baik tunjuk dekat anak," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 14-6-2021 09:59 AM
Netizen ni pun. Kalo bdk perempuan melayu bertudung bertindik kat hidung x nak plk ko bising.
Quote MsKathryn 14-6-2021 10:25 AM
Mengada btl netizen ni... padahal diri sendiri lg teruk
Quote cap_ayam 14-6-2021 10:28 AM
beautiful family
Quote kucingitam 14-6-2021 10:50 AM
amende la..bnyk masa sgt netizen ni gaknya pkp bersambung2 ni ye..
Quote rhea85 14-6-2021 11:28 AM
comella anak2 mat dan. wife heols pun comey
Quote apedehal 14-6-2021 11:28 AM
Tatoo mcm gitew teringat abam henry nun jauh d perantauan
Quote acik79 14-6-2021 11:47 AM
Tu la semua diaorg nak tegur... sah2 la mat dan ni dulu bukan Islam... tahu la dia nak bgtau anak dia macam mana nanti.
Quote tembamgirl09 14-6-2021 11:48 AM
meluat aku sebuk nak cari dosa orang. Padahal Mat Dan ok je dia pun sedang belajar..
Quote ImpianSeroja 14-6-2021 02:47 PM
Bertabah la Mat Dan.. netizen ambil berat tu..huhu
Quote biskut_milo 14-6-2021 03:16 PM
Cantik and comel mrs mat Dan ni
Quote uori 14-6-2021 03:18 PM
Comelnya famili nihh
Quote jejarihalus 14-6-2021 03:32 PM
Comel anak mat Dan.....bapanya mat salleh pure pun Masih pandai lagi ckp BM...,X acah2 mcm X reti bm
Quote biozipstar 14-6-2021 09:57 PM
wife nya cantik
Quote supermum 14-6-2021 10:07 PM
Bukan dia tunjuk aurat pun. Dia ni dah biasa cakap ganu, BI dia kedengaran aneh hahaha
Quote Perawankota 14-6-2021 11:17 PM
Mcm hippies lak gambar lama dia tu.
Quote user.name 15-6-2021 01:05 AM
Quote user.name 15-6-2021 01:07 AM
[youtube]uePxW4yWAMA[/youtube]
Quote user.name 15-6-2021 01:07 AM
[youtube]s0R0Sl7ZPYo[/youtube]
Quote user.name 15-6-2021 01:08 AM
[youtube]k_zv3SAkdZk[/youtube]

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.258099 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top