CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan salah faham hukum tinggal solat Jumaat tiga kali

22-5-2021 12:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9778| Komen: 76|Original author: piao

Description: Jangan salah faham hukum tinggal solat Jumaat tiga kali PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak terpedaya dengan salah faham berkenaan hukum meninggalkan solat Jumaat lebi ...




PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak terpedaya dengan salah faham berkenaan hukum meninggalkan solat Jumaat lebih tiga kali seperti yang disebarkan menerusi media sosial akhir-akhir ini.

Ada segelintir pihak yang berkongsi potongan hadis kononnya seseorang itu dikira munafik sekiranya meninggalkan solat Jumaat lebih tiga kali.

Isu ini akhirnya mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sebelum beliau tampil dengan pencerahan sebenar mengenai perkara itu menerusi buku bertajuk Soal Jawab Fiqh Covid-19 (edisi kemas kini) hasil tulisan beliau sendiri.

Zulkifli berkata, dakwaan bahawa kononnya meninggalkan solat Jumaat lebih tiga kali termasuk dalam golongan munafik adalah suatu salah faham yang jelas.

Menurutnya, benar terdapat hadis sedemikian tetapi ia perlu dibaca secara menyeluruh kerana dalam isu Covid-19, ia adalah satu wabak penyakit berjangkit.

“Justeru, ia lebih bersifat kemaslahatan umum yang kita disuruh untuk kuarantin dan duduk di rumah, maka ia perlu lebih lagi diutamakan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Zulkifli menegaskan bahawa perkara itu juga sudah dibincangkan bersama pihak-pihak seperti Kementerian Kesihatan dan juga pakar-pakar berkenaan.

“Maka, kami katakan golongan yang dicap sebagai munafik itu adalah mereka yang meninggalkan tiga kali Jumaat dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran.

“Sedangkan situasi yang berlaku sekarang adalah umat Islam sedang berada dalam keadaan darurat kesihatan disebabkan penularan wabak penyakit perjangkit Covid-19,” katanya.

Justeru, katanya, beliau dengan rendah diri merayu agar seluruh umat Islam di negara ini kekal meletakkan kepatuhan yang tinggi terhadap arahan kerajaan dan fatwa pihak berkuasa agama.

Pencerahan sebenar mengenai hukum solat ini boleh dimuat turun di pautan https://mira.gov.my/wp-content/u ... 1_compressed-1.pdf. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 21-5-2021 08:58 PM
ustazah asma harun kan.huhu
Quote MontanaHannah 21-5-2021 09:17 PM
tok imam kb
Quote user.name 21-5-2021 09:54 PM
[youtube]cyilotFnJGA[/youtube]
Quote user.name 21-5-2021 09:55 PM
[youtube]EgIUST5ZeHk[/youtube]
Quote silencekiller 21-5-2021 10:37 PM
No wonder ramai lobai2 & lobainita2 muncul acah2 pandai .. ostazah cap ayam ni pun... dia bukan pakar pun tapi sembang mcm Allah swt dah turunkan wahyu kat dia ... setakat bercakap pung pang pung pang tanpa merujuk ke mana2 sumber ilmu ugama yg sahih...

Puak2 ni yang Rasulullah saw sebut sebagai ruwaibidhah ... dah la jahil pastu nak tunjuk pandai sambil2 nak heret org lain sama ke lembah kejahilan...
Quote CatMiow 21-5-2021 10:48 PM
user.name replied at 21-5-2021 09:54 PM

Maksudnya, kalau tak solat Jumaat sebab sop,  lelaki2 jangan la belkeliaran tanpa sebb.

Seeloknya masa solat jumaat tu beribadah la,  tak boleh solat jumaat,  solat la d tempat masing2,  buat la tazkirah ke,  ceramah kecik2 dll.
Quote guesswho09 21-5-2021 11:07 PM
felinecat replied at 21-5-2021 08:58 PM
ustazah asma harun kan.huhu

I dah tgk video ustazah ni
bagi tazkirah pasal aolat jumaat
over sgt aihhh
bknnya nak tolong nasihat rakyat
patuh sop
lagi nak mengelirukan
nak ikut kepala sendiri
tlg la ambik tindakan kat penceramah
jenis mcm ni


Quote ultra78 21-5-2021 11:13 PM
Minta SOP tu bertaubat..
Quote kakikuDibibirmu 21-5-2021 11:21 PM
ultra78 replied at 21-5-2021 11:13 PM
Minta SOP tu bertaubat..

Merangkaklah SOP tu di padang Mahsyar nanti
Quote white_musk 21-5-2021 11:27 PM
Ustazah ini bingit telinga mendengarnya.. Menberi ajaran sesat... Celaka lah
Quote makadek 21-5-2021 11:34 PM
Kena kecam lg ustazah hurmmmmmm
Quote damsel_fiji 21-5-2021 11:54 PM
Setazah bengong.. main hembus je bercakap .. padan muka kau sial
Quote kakikuDibibirmu 21-5-2021 11:56 PM
Nifaq dan kuffar tersenyum sinis
Quote MissVixen 21-5-2021 11:57 PM
Setazah penyembah nelopak. Pepandai je jatuh hukum. Tengah wabak, bukan sesaje tak pergi. Wabak pun dari Allah jua. Akhir zaman banyak pendakwah palsu.
Quote dua_chzy 21-5-2021 11:57 PM
white_musk replied at 21-5-2021 11:27 PM
Ustazah ini bingit telinga mendengarnya.. Menberi ajaran sesat... Celaka lah


Di bod gosip, ustazah ni sangat dibenci karna hipokrit pro Nilopak tak berkutik hapa bila sheol melangkawi batas dan menilai kapet tapi tang Ayda Jebat seksi kemain mencerca.
Quote rikiruj 21-5-2021 11:58 PM
Dah caner nak solat jumaat kalu tak dapat masuk surau / masjid nak solat jumaat.. gate kunci & orang dalam surau / masjid tunjuk sign dah penuh / tak boleh masuk..
Quote Fieza-mira 21-5-2021 11:59 PM
Aku baru jumpa videoclip pasal Ibnu Sina memberi nasihat suruh tutup masjid dan pasar, jaga kebersihan dan tutup hidung dgn saputangan bila lalu sebelah orang sakit, orang ramai tidak dibenarkan berkumpul, disuruh berkurung dalam rumah dan solat dirumah saja semasa berlakunya pandemik dizaman beliau. Barang2 keperluan pula dihantar dari rumah ke rumah sebab pasar dah tutup. Sama sebijik macam SOP sekarang nih.

Masa nih berapa kali Jumaat diorang dah tinggalkan agaknya? Nak tahu juga ada isu jadi kafir atau munafik ke bila terpaksa tinggalkan solat jumaat sebab masjid ditutup pada zaman tuh?


https://www.youtube.com/watch?v=nO4RFhFLYeQ
Quote mistified 22-5-2021 12:34 AM
Byk ustaz ustazah yg mengelirukan skrg.
Quote Babai 22-5-2021 12:47 AM
user.name replied at 21-5-2021 09:55 PM

Apa yang dia gebang?

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.074042 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top