CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makmal ujian Covid-19 di Gaza kembali beroperasi

23-5-2021 12:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1336| Komen: 0

Description: Gaza: Satu-satunya makmal ujian Covid-19 di Gaza di Pusat Rawatan Kesihatan Primer Al-Remal kembali beroperasi selepas rosak teruk akibat serangan udara Israel pada 17 Mei lalu.
IMEJ satelit menunjukkan pemandangan Gaza selepas serangan rejim zionis Israel. FOTO AFP



Gaza: Satu-satunya makmal ujian Covid-19 di Gaza di Pusat Rawatan Kesihatan Primer Al-Remal kembali beroperasi selepas rosak teruk akibat serangan udara Israel pada 17 Mei lalu.

Menurut kemas kini yang dimuat naik di laman web rasmi Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis, pasukan jurutera dan teknikal kementerian sudah membaik pulih bekalan elektrik dan sambungan internet di makmal yang mengalami kerosakan.

Usaha memerangi pandemik di wilayah yang diceroboh itu tergendala akibat kepungan dan serangan udara rejim Israel.

Sehingga 17 Mei, sebanyak 332,915 kes Covid-19 dilaporkan di Palestin dengan 3,705 kematian.


Sementara itu, sekurang-kurangnya 232 rakyat Palestin, termasuk lebih 60 kanak-kanak, dan sekurang-kurangnya 12 penduduk Israel, terbunuh sejak keganasan meletus di sempadan Gaza pada 10 Mei.

Turut dilaporkan, perjanjian gencatan senjata Israel dan Hamas dipersetujui pada 2 pagi Jumaat waktu Palestin.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.088605 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top