CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berkumpul nak beli air ketum, 16 lelaki dikompaun RM4,000 tak patuh SOP, ingkar PKP

23-5-2021 12:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2367| Komen: 10

Description: Sungai Petani: Berkumpul tanpa penjarakan fizikal selain tidak memakai pelitup muka mengundang padah kepada 16 lelaki apabila mereka dikompaun RM4,000 setiap seorang dalam pemeriksaan polis di hadapan ...
Gambar hiasan



Sungai Petani: Berkumpul tanpa penjarakan fizikal selain tidak memakai pelitup muka mengundang padah kepada 16 lelaki apabila mereka dikompaun RM4,000 setiap seorang dalam pemeriksaan polis di hadapan pondok tidak bernombor, Kampung Sungai Layar Hujung di sini, hari ini.

Kesemua mereka yang berusia 20 hingga 51 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada 5.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kesemua yang ditahan didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan kompaun.


Menurutnya, kesemua mereka tidak mempunyai alasan munasabah duduk berkumpul dengan tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka.

"Kesemua lelaki yang ditahan didapati berkumpul sedang berurusan jual beli air ketum.

"Mereka turut disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mengikut Akta Racun 1952," katanya dalam satu kenyataan.

Adzli berkata, kesemua mereka dikompaun mengikut Perkara 9 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) 2021.(Aktiviti terlarang bilangan 11).

"Kesemua mereka diterangkan supaya kompaun yang dikenakan perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan di Pusat Kesihatan Daerah," katanya.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 23-5-2021 12:30 AM
.... tersenyum sinis (kalu komen lebih-lebih nanti makcik tu report moderator)
Quote adelea 23-5-2021 12:41 AM
Beli air ketum ?? ... Kenapa x tangkap peniaga sekali ...
Quote putericahaya999 23-5-2021 12:44 AM
Kes air kwtum xda saman lak
Quote supernaturalee 23-5-2021 02:10 AM
Lor mcm air tebu je nmpk


Quote Mopiko 23-5-2021 03:37 AM
saman sebab ingkar sop je ke..air ketum dah tak salah ke sekarang? hihi
Quote matamata 23-5-2021 03:58 AM
Mopiko replied at 23-5-2021 03:37 AM
saman sebab ingkar sop je ke..air ketum dah tak salah ke sekarang? hihi
  1. "Mereka turut disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mengikut Akta Racun 1952," katanya dalam satu kenyataan.
Copy the Code


Quote matamata 23-5-2021 03:59 AM
  1. "Mereka turut disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mengikut Akta Racun 1952," katanya dalam satu kenyataan.
Copy the Code


Quote dudaberhias 23-5-2021 05:52 AM
kurlast ko dik sambil langgar sop sambil langgar undang undang lagi...
pakej combo ko  bedal...
Quote Belibis 23-5-2021 01:55 PM
Apa diharap pada kaki ketum patuh sop..
Quote Trumpettt 23-5-2021 03:03 PM
4k...ayaq ketum berapa duit...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.358878 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top