CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Facebook Tutup Laman Pro-Zionis Dengan 77 Juta Pengikut

21-5-2021 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2177| Komen: 6

Description: Facebook menutup sebuah laman pro-Israel yang dilaporkan mempunyai 77 juta pengikut selepas netizen daripada kumpulan-kumpulan Islam menyerang laman itu dengan ucapan berbaur kebencian, lapor akhbar N ...
Facebook menutup sebuah laman pro-Israel yang dilaporkan mempunyai 77 juta pengikut selepas netizen daripada kumpulan-kumpulan Islam menyerang laman itu dengan ucapan berbaur kebencian, lapor akhbar New York Post kelmarin.


Mike Evans yang merupakan pengasas halaman Facebook, Jerusalem Prayer Group mendakwa bahawa pengkritik-pengkritik memenuhi laman itu dengan lebih 1 juta komen.



“Terdapat cubaan terancang daripada kumpulan-kumpulan Islam radikal bagi mencapai objektif ini,” kata Evans.

Evans yang mengetuai ribuan doa online untuk Israel berkata, terdapat banyak aduan yang mengatakan kandungan palsu itu sebagai ‘satu penipuan’.

Rata-rata netizen membuat aduan di Facebook bahawa laman tersebut mencabuli polisi kandungan di Facebook.

Evan yang juga merupakan ketua Persatuan Sahabat Zionis mendakwa, netizen sengaja memuat naik komen anti-Semitik termasuk gambar diktator Nazi dan membuat aduan kepada Facebook bahawa lamannya bersifat perkauman.



Kredit foto: Syri.net

Mereka kemudian memadamkan semula komen rasis tersebut.

Evans  mendapat mesej bahawa halaman Facebook itu telah ditutup apabila dia tiba di Baitulmuqaddis untuk mengacarakan sebuah program te-levisyen.

Dia juga tidak berjaya bercakap dengan mana-mana wakil Facebook selepas halaman itu dipadam Jumaat lalu dan tidak boleh memuat naik status di akaun peribadinya.

Seorang jurucakap syarikat Facebook berkata, mereka menutup halaman itu kerana me-langgar peraturan terhadap spam dan tingkah laku tidak asli. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 21-5-2021 12:14 PM
Tahniah hacker malaysia!

#facebook.koyak

Quote per706 21-5-2021 12:17 PM
Good job bwg army! ISRAHELL KOYAK!
Quote diamond_intan 21-5-2021 12:28 PM
Yeah satu lagi kemenangan utk kita
Kita menang offline n online
Quote lavendernovella 21-5-2021 12:49 PM
Tahniah tentera ghaib. {:love
Quote Denco 21-5-2021 12:53 PM
cash dr Allah selepas laknatullah ni mempersendakan Surah Al Fiil
Quote Normabaru 21-5-2021 01:22 PM
Time2 covid pon org 1dunia berarak demo.. Mana xtakut yahudi laknatullah tu.. Now gencatan senjata dok fikir next move plak

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.047717 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top