CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak digalak pakai perhiasan di kepala ada lakaran capal

13-4-2021 12:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6010| Komen: 30

Description: ALOR SETAR: Umat Islam tidak digalakkan memakai perhiasan di kepala, termasuk songkok yang mempunyai lakaran atau logo capal kerana ia bercanggah dengan norma fitrah insani.



ALOR SETAR: Umat Islam tidak digalakkan memakai perhiasan di kepala, termasuk songkok yang mempunyai lakaran atau logo capal kerana ia bercanggah dengan norma fitrah insani.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang, berkata ini kerana kepala manusia adalah tempat yang mulia, sedangkan capal tempatnya adalah di kaki.

"Kita yakin Nabi Muhammad SAW pun tidak menyukai capal yang digunakan di kaki tiba-tiba diletakkan di atas kepala. Itu bercanggah dengan norma fitrah insani.

"Sekiranya ada dijual capal seperti Nabi Muhammad pakai, tidak ada sebarang masalah untuk kita beli dan pakai, cuma kita minta masyarakat boleh menilai sesuatu perkara yang bercanggah dengan fitrah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media penetapan kadar zakat fitrah Kedah 2021 di Menara Zakat di sini, hari ini.


Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman.

Fadzil berkata, isu tabarruk (mengambil keberkatan terhadap sesuatu yang terkait dengan peninggalan Nabi Muhammad SAW) berlaku pada zaman sahabat, namun sahabat mengambil keberkatan daripada peralatan, pakaian dan sebagainya yang sebenar digunakan Nabi Muhammad.

Katanya, ia termasuk rambut, serban, baju dan capal yang dipakai oleh Baginda.

"Contoh yang lain ialah kayu sugi digunakan Baginda, isteri Baginda, Saidatina Aishah RA turut menggunakan kayu sugi Baginda, itulah yang dinamakan tabarruk.

"Ini pula hanyalah sekadar lakaran dan logo dan ia tidaklah seperti tabarruk yang dilakukan oleh sahabat Baginda," katanya.



Sumber : Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xein 13-4-2021 01:13 AM
berita sedih buat para penunggang

bagus la ada mufti yang tegur... diorang ni kalau setakat pakai je takpe, ni siap ada yang mencium lambang tu, ada yang siap pesan jangan dilangkah jangan dibawak masuk ke tandas

tinggal tak pesan jangan lupa perasap dgn kemenyan & bilas dgn air limau tiap malam jumaat je lagi hah
Quote haifawehbe 13-4-2021 04:49 AM
sebab kes ustaz don la jual cap logo capal sampai rm200 lepas tu kaitkan pulak dgn hadis nabi naik ke langit ke arash allah dgn capal. ulamak pun dah ckp hadis tu x betul. senang betul penunggang agama buat duit skrg mcm jahlop.
Quote mamajawie 13-4-2021 05:09 AM
Lorhh..setad donnowhy tu pun penonggeng agamakah???baler baler..{:dot{:dot
Quote darkness 13-4-2021 05:26 AM
Eik...capal tu mcmna?
Quote darkness 13-4-2021 05:28 AM
Ooo baru google...rupanya logo tu. Tp banyak di jual dekat booth muis
Quote nikaido 13-4-2021 05:56 AM
Mufti sembang pasal brand ni ke?
Quote ultra78 13-4-2021 06:08 AM
Ustaz don? Dulu kan kecoh dengan isu sebar hadis palsu dan kisah-kisah israiliyat
Quote Punat_button 13-4-2021 07:50 AM
nikaido replied at 13-4-2021 05:56 AM
Mufti sembang pasal brand ni ke?

cantik gak logo ni

macam ikan pun ada


Quote Boomibulat 13-4-2021 08:24 AM
Takkanla x boleh..ustaz Don kata capal lg mulia dari mak bapak kita..
Quote bulalof 13-4-2021 08:53 AM
ramai je yg pakai cap lambang selipar ni. pppffftttt.......
Quote AnBulisia 13-4-2021 09:00 AM
kenapa dia jual murah sangat
sepatutnya 250 harga kopiah tu
Quote zidane_ziege 13-4-2021 09:02 AM
Bendera parti lobai elok diletak logo capal..baru kena dgn prestasi
Quote reddots 13-4-2021 09:03 AM
haifawehbe replied at 13-4-2021 04:49 AM
sebab kes ustaz don la jual cap logo capal sampai rm200 lepas tu kaitkan pulak dgn hadis nabi naik k ...

ooo asal muasalnya dari dia la ni?
patut la kawan aku fanatik sgt ngan logo capal ni,
dah dia pun fanatik kat setazdon tu.

Quote reddots 13-4-2021 09:05 AM
ultra78 replied at 13-4-2021 06:08 AM
Ustaz don? Dulu kan kecoh dengan isu sebar hadis palsu dan kisah-kisah israiliyat

oo yeke. no wonder la skng pun dia dah senyap kan.. dah jarang tgk dah dia ni kat mana2..kat tv pun dah kurang.
Quote dodolgemok 13-4-2021 09:16 AM
Penyembah capal pasti menggelupor dgan saranan sebegini. Takziah sis
Quote tripleid 13-4-2021 11:41 AM
Ustak tu dah kaya raya hasil tunggang agama jual Cap smpai 200 sebijik (harga sebenar x sampai pn rm20)  baru mufti nak berbunyi?
Quote ashk4nn 13-4-2021 12:08 PM
topi capal tu dr rege ratus2 aku beli rm10 je haritu masa promo le website glitch kod org share boleh pakai ramai2.
Quote sekngucing 13-4-2021 01:03 PM
Dia nak lawan lambang/logo co org putih mcm nike (dewi kejayaan) jd dicipta logo yg khas utk umat islm...kita hari2 dok pikul lmbang tuhan lain...apa salah pikul logo selipar nabi
Quote Orix 13-4-2021 01:15 PM
lorhh itu logo capal ke ??? kolotnya mufti kot ye pun. bukan org pakai capal letak kt kepala, lambang jah pun, ko dh kenapa.... on the other hands, iols x suka setak don, dan semua setak2 media sosial kecuali imam muda asyraf

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.072119 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top