CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dicerai Sebab Tak Serik Sampai 3 Kali Positif Covid-19

12-4-2021 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3208| Komen: 11

Description: Lelaki Jordan dilapor menceraikan isterinya kerana disahkan positif Covid-19 sebanyak tiga kali dalam masa beberapa bulan, lapor Gulf News baru-baru ini.
Lelaki Jordan dilapor menceraikan isterinya kerana disahkan positif Covid-19 sebanyak tiga kali dalam masa beberapa bulan, lapor Gulf News baru-baru ini.

Menurut lelaki itu, perceraian yang mengakhiri perkahwinan selama 15 tahun itu adalah hukuman buat isterinya yang dianggap cuai kerana gagal melindungi diri daripada Covid-19.



Gambar hiasan

“Saya menceraikan isteri saya dan tidak akan rujuk semula dengannya tidak kira apa berlaku.

“Dia dijangkiti Covid-19 sebanyak tiga kali kerana keluar membeli-belah dengan rakan-rakannya. Saya tidak mahu mati hanya kerana dia cuai,” tulisnya di laman Facebook.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Jordan telah menyaksikan lonjakan kes Covid-19 yang agak luar biasa.

Negara dengan populasi 10 juta penduduk setakat ini melaporkan 659,250 kes positif termasuk 7,646 kematian dan 581,170 kes sembuh.



Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 12-4-2021 05:17 PM
Aiyooh..bertabahla. Pelik2 perangai middle east ni...haritu dicerai sb apa ya..sy kupa tp kes dia agak pelik la...
Quote kuzaime 12-4-2021 05:21 PM
Virus covid ni bukan benda yg kau boleh nampak dgn mata kasar. Sapa aje yg rela dijangkiti.
Quote KIM.K 12-4-2021 05:24 PM
Dia memang nak bagi kau mati. Nekad tu
Quote jazaa100 12-4-2021 06:06 PM
tak lama lg dia mati sakit jantung....
Quote eyansss 12-4-2021 06:13 PM
kuzaime replied at 12-4-2021 05:21 PM
Virus covid ni bukan benda yg kau boleh nampak dgn mata kasar. Sapa aje yg rela dijangkiti.

kan dia dah cakap isteri dia keluar shopping sampai 3 kali kena covid...  pada dia, satu kecuaian la sebab tak perlu pun pi shopping tu...  bukan satu keperluan...
Quote ellejo 12-4-2021 06:21 PM
laki arab tak leh percaya. entahkan pegi shopping barang rumah tapi pegi dgn kengkawan.
Quote sepiITUindah 12-4-2021 06:25 PM
kot ko mati dulu dari bekas isteri
Quote caprut 12-4-2021 06:32 PM
kuzaime replied at 12-4-2021 05:21 PM
Virus covid ni bukan benda yg kau boleh nampak dgn mata kasar. Sapa aje yg rela dijangkiti.

Ada, geng2 cikgu dekat malaysia. Nanti salahkan student
Quote AbukRokok 12-4-2021 06:59 PM
saja je alasan
Quote Supersirap 14-4-2021 08:51 AM
Betul  punyai strict suami dia, kasihankan kepada si isteri tu
Quote haryatie 14-4-2021 08:54 AM
tegas x bertempat
ntah2...maybe ada lagik lain2 sebab

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.081890 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top