CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hulur Tangan Beri Makan, Budak Putus Jari Digigit Monyet

12-4-2021 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3058| Komen: 11

Description: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun berdepan detik cemas selepas jarinya terputus ketika mengunjungi sebuah zoo di Portugal.
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun berdepan detik cemas selepas jarinya terputus ketika mengunjungi sebuah zoo di Portugal.

Kejadian pada Jumaat itu dipercayai berlaku selepas kanak-kanak berkenaan memasukkan jarinya ke dalam kandang monyet, lapor portal berita The Sun.


Monyet tersebut diperayai telah mengigit jari kanak-kanak tersebut sehingga putus selepas memberi makanan kepada haiwan terbabit.

Seorang pegawai polis kemudian memasuki kandang monyet berkenaan bagi mendapatikan jari itu sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.

Gambar Hiasan

Sekumpulan pakar pembedahan plastik bersama pakar kanak-kanak dikatakan cuba menyambungkan semula jari berkenaan, kata polis.


Pihak Hospital Sao Jaoa enggan memberitahu jika mereka berjaya berbuat demikian atau sebaliknya dan hanya memaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil.

Zoo Santo Inacio dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku selepas kanak-kanak tersebut memberi makanan kepada monyet berkenaan.

Jelasnya pemberian makanan kepada haiwan adalah dilarang sama sekali bagi melindungi para pengunjung.

"Zoo ini dibina dengan mengutamakan keselamatan pengunjung.

"Namun langkah yang diambil pihak zoo bagi melindungi para pengunjung akan sia-sia sahaja jika para pengunjung tidak mengendahkan langkah-langkah keselamatan yang telah digariskan.

"Ini termasuk tidak memberi makanan kepada haiwan," tambah kenyataan itu.

Siasatan terperinci dijalankan berkenaan insiden terbabit.

Terdapat lebih 600 haiwan di Zoo Santo Inacio termasuk Harimau Amur dan Singa Asia dan ia hanya dibuka semula pada Selasa lepas selepas ditutup selama tiga bulan.

Sebelum penularan virus COVID-19, zoo berkenaan menerima lebih 1.5 pengunjung setiap tahun. -CARI

Sumber: Awani
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 12-4-2021 03:31 PM
Makpak bodoh xjaga anak? Pengajaran lah jgk kt budak tu kalau degil sgt..
Quote CiliPadiSedap 12-4-2021 03:39 PM
monyet yang berbulu jangan sangka tiada gigi.
Quote any42 12-4-2021 03:49 PM
Kesiannya bdk tu. parents pun xleh fkir ke bhaya bg haiwan mkn wlau nmpak seronok
Quote prettyuglybabe 12-4-2021 04:02 PM
ingatkan mak pak bengap ada pada kaum melayu je
Quote ctaz 12-4-2021 04:46 PM
kompom kat setiap zoo ada tulis "jgn kasi makan pada binatang"....
Quote clarizsa 12-4-2021 04:49 PM
Monyet bahaya
Rabbit pun sama
Kena awasi kanak2 xleh biar bg makan sua jari cmtu
I cukup x suka monyet yg dok tunjuk garang tu
Kalau dgn lelaki dorang takut lak
Dgn ppuan or kanak2 , amboii kemain tunjuk garang
Quote Artemesiaa 12-4-2021 04:50 PM
Arahan larangan dibuat sebab ia boleh membahayakan tapi berapa ramai je nak ikut.  Sebab tu kandang jenis kaca lebih baik untuk keselamatan kedua2 pihak berbanding kadang kawat besi.
Quote Skuau 12-4-2021 06:44 PM
kalo dah MONYET.......
Quote ReginaGeorge 12-4-2021 08:15 PM
Boleh claim insurance tak
Quote ikanmasin 13-4-2021 03:07 AM
kenapalah mak bapa cuai sgt ni..kesian anak tu
Quote Supersirap 14-4-2021 09:02 AM
Semoga kejadian ini membuka mata kepada semua individu supaya tidak sesuka hati memberikan makanan kepada mana-mana binatang di dalam zoo

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.380362 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top