CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kumpulan Elite kembali dengan lagu nasyid?

31-3-2021 12:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7725| Komen: 35|Original author: Raline

Description: KUMPULAN Elite bergabung semula sempena ulang tahun ke-25 menerusi single Alhamdulillah. FOTO Mohd Fadli Hamzah Kuala Lumpur: Sempena ulang tahun k ...
 


KUMPULAN Elite bergabung semula sempena ulang tahun ke-25 menerusi single Alhamdulillah. FOTO Mohd Fadli Hamzah


Kuala Lumpur: Sempena ulang tahun ke-25, kumpulan Elite yang dianggotai Abby Abadi, Azza, Linda Rafar, Watie dan Sasha kembali bergabung menerusi single terbaharu berjudul Alhamdulillah.

Abby berkata, selepas hampir 20 tahun tidak bersatu dalam mana-mana acara, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk kembali bekerjasama.

"Saya anggota paling awal mengundur diri. Jadi, jika dihitung hampir 20 tahun anggota asal kumpulan Elite tidak bersatu. Selalunya pasti ada ahli yang tidak lengkap.

"Memang agak teruja untuk kembali beraksi bersama selepas sekian lama merancang. Penyatuan semula Elite adalah masa tepat yang Tuhan sudah susun untuk kami.

"Kami semua bersetuju untuk muncul dengan single terbaharu ini kerana konsep Islamik dan mesej yang baik dalam lagu ini.

"Sesuai dengan ketibaan Ramadan tidak lama lagi, kami berharap dapat menyebarkan perkara-perkara positif kepada peminat yang sudah lama menantikan kemunculan semula Elite," katanya.

Watie berkata, walaupun muncul dengan lagu kerohanian, namun identiti Elite masih dikekalkan dalam lagu ciptaan Noura dan Rayyan Rayhan itu.

"Identiti setiap lagu Elite adalah rap, jadi dalam lagu Alhamdulillah ini kami masih mengekalkan konsep sama.

"Sudah lama tidak menyanyi dan masuk ke studio rakaman, agak mencabar untuk kami semua. Namun, proses rakaman dan rakaman video muzik berjalan dengan pantas. Harap peminat akan menyukai lagu terbaharu kami," katanya.

Lagu Alhamdulillah adalah buah tangan Imaan Music iaitu label Islamik di bawah KRU Music dan bakal dilancarkan pada 19 April depan di semua platform digital.



Sumber : https://www.hmetro.com.my/rap/2021/03/689639/elite-kembali

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 30-3-2021 10:18 PM
Nampak macam manis je. Harap2 best la lagu nasyid theyols. Dah macam retis indon pun ada sebab retis indon macam siti badriah tu setiap ramadhan akan keluar lagu nasyid tapi habis ramadhan dia kembali emang lagi syantik tapi bukan so syantik.
Quote LadyCarefree 30-3-2021 10:29 PM
Hadoi. Nk kena google lak siapa anggota original kumpulan ni
Quote irsa 30-3-2021 10:33 PM
Acik2 Elite buat comeback
Quote salmon-suki 30-3-2021 10:41 PM
Huhuhu.. studio vers best laa kot..kalau nyanyi live....hehehe
Quote maxim 30-3-2021 10:49 PM
[youtube]k_91HBbVCbk[/youtube]
Quote ashcroft86 30-3-2021 10:50 PM
Harap2 muzik die tu bkn jenis copy paste spt lgu2 kru tu. Template yg xpernah berubah. Yuckkk.
Quote Belibis 30-3-2021 11:12 PM
irsa replied at 30-3-2021 10:33 PM
Acik2 Elite buat comeback

Boleh la sis..peminat pun dah level2 pakcik,atuk juga.
Quote BicaraHatiku 30-3-2021 11:13 PM
Oh mai gawd...... tiba2 sebak.


Not.
Quote Jorja 31-3-2021 06:26 AM
Suka tengok Sasha. Tak aging
Quote skinsandstars 31-3-2021 07:11 AM
Hauknya baju abby ni. Sepatutnya tak perlu pun buat comeback apa benda semua ni. Ada ke orang tunggu pun?
Quote Nenasketum 31-3-2021 07:40 AM
Diorang ni tak boleh duk dendiam ke? Nyanyi dah lah macam kerbau kena sembelih. Contohi areah Rafeah Buang tak boleh ke?
Quote irsa 31-3-2021 08:01 AM
Belibis replied at 30-3-2021 11:12 PM
Boleh la sis..peminat pun dah level2 pakcik,atuk juga.

Hahaha... Betul2
Quote bondeh 31-3-2021 08:19 AM
Dalam group nih I suka Watie dari dulu manja2 gediks
Quote ketambangkang 31-3-2021 08:33 AM
arbakyah dulu bukan kata nak tggalkan terus dunia seni yg lagho tu ke
Quote acikbajuhijau 31-3-2021 08:43 AM
Nenasketum replied at 30-3-2021 11:40 PM
Diorang ni tak boleh duk dendiam ke? Nyanyi dah lah macam kerbau kena sembelih. Contohi areah Rafeah ...

kan.... setuju... mcm udah udah la tu... tolonglah... bernanah telinga. nasib gegendang tak rosak.
Quote teletubis 31-3-2021 08:44 AM
Geletis nak melalak lagi ni
Quote bulalof 31-3-2021 08:44 AM
demi kelangsungan hidup dan utk meneruskan gaya hidup yg mewah. malu nanti takleh tunjuk kat socmed kehidupan dah down grade.
Quote cap_ayam 31-3-2021 09:10 AM
eloklah ada jugak job. payment pun dapat.
Quote Nunie 31-3-2021 09:48 AM
X sesuai. Dok rumah jg anak2 je la.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.112913 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top