CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rangkul Lengan Lelaki, Julia Farhana Nak Kahwin?

26-3-2021 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12242| Komen: 60

Description: Gara-gara memuat naik foto merangkul lengan seorang lelaki di laman Instagram, pelakon Julia Farhana Marin disangka bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasih pilihan hatinya.
Gara-gara memuat naik foto merangkul lengan seorang lelaki di laman Instagram, pelakon Julia Farhana Marin disangka bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasih pilihan hatinya.


Tampil menjelaskan mengenai perkongsian itu, Julia, 28, berkata foto tersebut merupakan salah satu babak dalam video muzik (MV) lagu pertama nyanyiannya berjudul Jangan Lupakan Aku.



"Sehari sebelum pelancaran saya ada muat naik gambar bersama seorang lelaki... sebenarnya itu gambar saya bersama Fadlan Hazim yang juga merupakan pelakon dalam MV lagu tersebut.

"Saya post gambar tu sebab cantik... kalau tengok dalam kapsyen saya siap tag Habib untuk tujuan kempen mereka. Saya tulis nervous sebab memang saya sangat gementar menanti pelancaran lagu pada hari ini.

"Sejujurnya itu bukan gimik! Kalau betul-betul nak buat gimik, saya dah buat awal-awal lagi... mungkin orang salah faham sahaja," katanya kepada mStar.

Julia ditemui semasa pelancaran lagu Jangan Lupakan Aku yang diadakan di Hotel Pullman, Kuala Lumpur pada Khamis.



Jangan Lupakan Aku merupakan lagu pertama nyanyian Julia duet bersama penyanyi Awi Rafael.

Pada Rabu, pelakon drama Syurga Untukmu ini berkongsi sekeping foto dia sedang merangkul lengan seorang lelaki tanpa memperlihatkan wajah individu tersebut.

Bersama gambar tersebut, dia turut menulis kapsyen ‘gementar menanti hari esok tapi saya sudah bersedia’.

Gara-gara kapsyen dan foto itu, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada pengikut serta rakan artis.

Dalam pada itu, Julia berkata tiada keperluan untuk dia memohon maaf di atas salah faham itu.


Foto: IG

"Saya rasa tak perlu nak minta maaf atas apa yang telah saya post di media sosial. Saya berkongsi apa yang saya rasa perlu... jadi saya kena bersedialah dengan kata-kata orang.

"Saya tengok ada selebriti sikit-sikit minta maaf, kenapa? Kalau anda percaya dengan apa yang anda post di laman sosial kenapa nak minta maaf sedangkan tak buat salah.

"Kawan-kawan pun hanya ucap tahniah sahaja... mungkin ada mereka yang dah tahu sebab sebelum ini pun saya memang jenis yang tulis kapsyen sebaris ayat sahaja, ” ujarnya.



Jangan Lupakan Aku hasil ciptaan sepenuhnya daripada Awi Rafael dan MV akan dilancarkan di akaun YouTube Newsantara dan Habib bermula Khamis.

Istimewanya dalam MV tersebut, Julia dan pelakon lain menggayakan barang kemas tajaan Habib dengan nilai keseluruhan mencecah RM6 juta. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 26-3-2021 01:27 PM
tahikk mna pulekkk ni????
Quote pro-goals 26-3-2021 01:30 PM
kiah_mai_pulak replied at 26-3-2021 01:27 PM
tahikk mna pulekkk ni????

Hahahahaaa tersemburr tgh mkn sis
Quote Cocoais 26-3-2021 01:48 PM
Siapa dia ni..yang mana satu tak perasan..pelakon baru now semua muka sepesen
Quote hareeeesah 26-3-2021 01:53 PM
Aku dah tua sangat ke tak kenal lansung artis zaman laaa ni..
Quote electricopop 26-3-2021 02:01 PM
Rupanya tuk video clip lagu dia dgn Awi Rafael.
Quote imanjannah 26-3-2021 02:05 PM
hareeeesah replied at 26-3-2021 01:53 PM
Aku dah tua sangat ke tak kenal lansung artis zaman laaa ni..

haha.. sama la
Quote 3chanceno 26-3-2021 02:06 PM
Asal muka nak naik keta cam tak mandi??
Quote 3chanceno 26-3-2021 02:07 PM
hareeeesah replied at 26-3-2021 01:53 PM
Aku dah tua sangat ke tak kenal lansung artis zaman laaa ni..

Hahaha lawak sis haha
Quote Perawankota 26-3-2021 05:41 PM
Berlakon best gak dia ni.. Tp x byk produk
Quote che-cikL 26-3-2021 06:28 PM
Ada korang nampak muka dia macam kacukan org putih? Sebab macam ada terbaca kat mana ntah dia ada darah campur2?

Pastu iols rasa ada dua kali iols tgk cerita kat TV dia anak org putih? Salah satu cerita tu dia bawa watak anak org putih cari atuk Melayu dia.

Masa tgk cerita tu iols tak blh terima casting tu... Pastu baru iols terbaca pasal berdarah kacuk tu.
Quote selipar_hijau 26-3-2021 06:51 PM
Anak mislina ke?
Quote Cece1234 26-3-2021 06:52 PM
I ske dia berlakon..tp kalo nampak gigi muka dia jadi grg..
Quote KimK 26-3-2021 06:56 PM
Edited by KimK at 26-3-2021 06:58 PM
che-cikL replied at 26-3-2021 06:28 PM
Ada korang nampak muka dia macam kacukan org putih? Sebab macam ada terbaca kat mana ntah dia ada da ...


Dia kacuk italy belah bapak dia tak silap iols.
Dulu masa sekolah i dgn kawan2 selalu tanya dia takmau pi casting ka, hang ada iras2 diana danielle, cara cakap pun sama.
Tup2 tau2 dah jadi pelakon.
Tapi tula dia berlakon not bad cuma sendu ja
Quote che-cikL 26-3-2021 06:59 PM
KimK replied at 26-3-2021 06:56 PM
Dia kacuk italy belah bapak dia tak silap iols.
Dulu masa sekolah i dgn kawan2 selalu tanya dia t ...

Ooo... You guys schoolmate.  

Kat TV iols tak nampak air muka cam kacuk tu. Tu yg hairan sikit. Tapi sebab dah dua kali tgk cerita dia bawa watak cam tu, iols ok je .. maybe dia jenis tak makan gambar, makan spaghetti maybe.
Quote hasniey 26-3-2021 07:01 PM
Ai selaluuuu sgt confuse dia dgn mimi lana
Quote mrsbale 26-3-2021 07:01 PM
Ok terasa muda skjp lepas baca komen2 kat atas sbb iols cam dia ni.

Ok gak dia berlakon. Bkn kategori wajib tukar channel.
Quote TerataiMelur02 26-3-2021 07:03 PM
KimK replied at 26-3-2021 06:56 PM
Dia kacuk italy belah bapak dia tak silap iols.
Dulu masa sekolah i dgn kawan2 selalu tanya dia ...

Ni baru betul belah bapak kacukan rileks2 guna nama julia farhana..yang sorang tu kacuknya belah atuk moyang mak dia tapi nama tak nak kalah. Nadia brian
Quote KimK 26-3-2021 07:05 PM
TerataiMelur02 replied at 26-3-2021 07:03 PM
Ni baru betul belah bapak kacukan rileks2 guna nama julia farhana..yang sorang tu kacuknya belah a ...

Yup2 dari sekolah pun dia takde nak kecoh2 dia kacuk, rilek2 je.
Orang tanya baru dia jawab
Quote cha-cha 26-3-2021 07:06 PM
selipar_hijau replied at 26-3-2021 10:51 AM
Anak mislina ke?

Fuuuuuuu kenot be unseen dah hahahaha

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.054566 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top