CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Menang Anugerah Pun Tak Guna, Tak Ada Tawaran Berlakon Untuk Izzy Zulkhazreef Zulkefli

26-3-2021 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8483| Komen: 46

Description: Kemenangan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Antarabangsa Kazan, Russia pada 2016 menerusi filem Redha dan dicalon sebagai Pelakon Lelaki Harapan Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM) seakan ...
Kemenangan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Antarabangsa Kazan, Russia pada 2016 menerusi filem Redha dan dicalon sebagai Pelakon Lelaki Harapan Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM) seakan tiada makna buat Izzy Zulkhazreef Zulkefli, 21, apabila ketandusan tawaran berlakon selepas itu.


Izzy berkata, tawaran berlakon yang diterima pula kerap dibatalkan pada saat-saat akhir.

Foto: IG


"Sebenarnya banyak juga syarikat produksi yang panggil saya untuk berlakon. Skrip pun saya sudah terima dan saya buat persediaan secukupnya sebelum ke lokasi penggambaran. Saya juga kaji setiap watak diberikan sebab nak buat yang terbaik. Namun, bila esok nak mulakan penggambaran, malam ini tawaran dibatalkan. Kerap juga saya terkena begitu.


"Kemudian saya nampak tempat saya bukan digantikan oleh pelakon yang bagus, tapi entah siapa-siapa. Saya kecewa bila dipermainkan begini. Tapi nak buat macamana, siapalah saya," katanya kepada Harian Metro.

Izzy berkata, bakat kini tidak lagi menjadi perhatian segelintir pihak tetapi sebaliknya populariti jadi penentu.



"Saya bukan nak kejar 'glamour'. Kalau nak kejar 'glamour', saya boleh jadi macam orang lain. Buat video bodoh bagi tular, buat benda kelakar, buruk-buruk dan mengarut bagi orang kecam supaya naik followers, nak jadi popular. Tapi saya tidak begitu, saya buat kerja ikhlas. Apa-apapun nak buat yang terbaik. Populariti datang dari bakat bukan kebodohan sendiri," katanya yang juga cucu saudara Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.

Menurutnya, dia tidak malu mendapatkan tips daripada pelakon popular lain yang sering memberikan kata-kata semangat.




"Mulanya saya merajuk juga, tapi nak buat macamana kerana ini ialah pendapatan utama dan minat saya. Namun dengan kata-kata semangat yang diberikan, saya yakin untuk terus dengan karier ini," katanya.

Izzy yang sudah 15 tahun berlakon kini terbabit dengan penggambaran drama 13 episod berjudul Dia Isteriku untuk TV Alhijrah dan telefilem Kabut Semalam yang mengisahkan dua beradik Along dan Angah, OKU mental. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 26-3-2021 12:03 PM
Tak kenal dik.. buat la kontroversi sikit sbb skrg ni org bodo senang buat duit
Quote bintangct 26-3-2021 12:09 PM
hmm xkenal pun
blm rezeki lg kot nk femes
Quote MakcikLaksa 26-3-2021 12:11 PM
Sbb xberupa sgt ko dik
Quote silampumeja 26-3-2021 12:12 PM
Tapi dia ni memang pandai berlakon
Quote Bergosip 26-3-2021 12:15 PM
Cuba selalu drop komen dengan ig pengarah/penerbit. Comment dekat artis yang top2. Rapat2 dengan artis yanh femes. Mungkin boleh naikkan nama sikit2
Quote hady_vit 26-3-2021 12:17 PM
ini malaysia dik, cadangan akak, bediri depan cermin lama2, tgk betul2, insyaAllah dapat jawapan WHY takde tawaran.tq
Quote Plain-tif 26-3-2021 12:20 PM
Insyaallah ada la rezeki tu nanti
Quote dudaberhias 26-3-2021 12:20 PM
adik ni berlakon tip top sangat mengalahkan bbnu lain yang kayu termasuk la fattah amin... ooops sorry iols peminat bamtah sebab bamtah herlok... tapi terpaksa sebut fakta ni...

nak buat macam mana dah producer pun semua sampah saraf... orang nak jadi producer deorang pun nak jadi... cuba tengok diva AA maki2 producer tu... rupanya lambat bayar payment... yang professional elok je lepas habis sesi terus bayar...
Quote xtahumenahu 26-3-2021 12:22 PM
hady_vit replied at 26-3-2021 12:17 PM
ini malaysia dik, cadangan akak, bediri depan cermin lama2, tgk betul2, insyaAllah dapat jawapan WHY ...

kejamnyaa chuolsssss
Quote Suchi 26-3-2021 12:22 PM
Mak budak ni kumpulan Eva tu.
Rupanya cucu sedara jins samsudin patutla rupa seiras ngn salah sorang pak dara pupu dia tu.
Iras tang kening kot jenis kening hitam gitu.
Quote Suchi 26-3-2021 12:23 PM
Bergosip replied at 26-3-2021 12:15 PM
Cuba selalu drop komen dengan ig pengarah/penerbit. Comment dekat artis yang top2. Rapat2 dengan art ...

Cam Erul Samah tu, pemes dah dia la ni siap ada kuar single baru dah kat radio.
Dia tak komen lagi orang dah seru dah dia hahahah
Quote dua_chzy 26-3-2021 12:25 PM
hady_vit replied at 26-3-2021 12:17 PM
ini malaysia dik, cadangan akak, bediri depan cermin lama2, tgk betul2, insyaAllah dapat jawapan WHY ...

Ye ke? Oke je muka budak ni. Aiol boleh nampak watak2 yang sesuai dengan dia. Produser SPM tak cemerlang, tak nampak ek?
Quote kucingitam 26-3-2021 12:26 PM
ko cuba jadi instafamous dulu dik...mungkin lepas tu ko blh dpt job
Quote Kerexxx 26-3-2021 12:50 PM
Nmpk ensem.. muka sgt2 iras zayn malik
Quote minguk 26-3-2021 12:59 PM
wajah tak berapa sedap dik. malaysia ni wajah no 1. bakat no 18.
Quote dudaberhias 26-3-2021 01:04 PM
minguk replied at 26-3-2021 12:59 PM
wajah tak berapa sedap dik. malaysia ni wajah no 1. bakat no 18.

ye wajah memang kena no.1...macam hun haqeem herlok jah berlakon walaupun masih sedikit kayu... ehh sedikit ke sepenuhnya

sekarang ni memang wajah no.1 di mana2 termasuk hollywood... nak2 kalau kdrama cuba kdrama tu bubuh pelakon iras shuib... iols rasa cepat2 dia bersara dan pindah ke korea utara
Quote Kurex 26-3-2021 01:12 PM
Cuba buat video cikcap & leak
Quote samshik 26-3-2021 08:03 PM
Hakak tobat xkenal ko dik...
Quote TerataiMelur02 26-3-2021 08:07 PM
dudaberhias replied at 26-3-2021 01:04 PM
ye wajah memang kena no.1...macam hun haqeem herlok jah berlakon walaupun masih sedikit kayu... eh ...

Kaka duda ampun kan hun haqeem tak kalau dia buat onar?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.054126 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top