CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Penyayang, Romantis, Serasi,"- Keluarga Nabila Dah Sayang Engku Emran Sejak Mula Bertemu

24-3-2021 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 50251| Komen: 316

Description: Setiap individu yang berkahwin pasti ada kisah cinta yang unik dan berbeza. Ada yang penuh warna-warni bahagia tapi ada juga yang diselimuti duka.
Setiap individu yang berkahwin pasti ada kisah cinta yang unik dan berbeza. Ada yang penuh warna-warni bahagia tapi ada juga yang diselimuti duka.

Siapa sangka, perjalanan cinta yang dinikmati kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor bersama ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin mencipta detik paling indah dalam hidup mereka.

Memilih untuk mengikat janji sehidup semati pada 19 Mac lalu, Nabila dan Emran sah bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.


Foto: IG

Mereka berwalikan adik Nabila, Mohamed Aqief Mohd Noor dan Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.


Berkongsi banyak persamaan, barangkali keserasian itulah yang menjadi titik permulaan dan penguat kisah cinta mereka hingga membawa ke gerbang perkahwinan.



"Syukur kepada Allah SWT kerana saya diberi peluang sekali lagi untuk merasai kebahagiaan dan menikmati hidup berkeluarga.

"Rasanya semua sudah sedia maklum yang saya mula mengenali Emran sekitar Ogos tahun lalu sebagai kawan. Kami berdua berkongsi pengalaman hidup yang agak banyak persamaan.

"Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi, masing-masing sudah matang dan sudah tahu apa yang diinginkan dalam membina mahligai ini. Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain," katanya.

Mengambil keputusan yang singkat apabila nekad mendirikan rumah tangga dalam tempoh kurang setahun perkenalan, Nabila mempunyai alasan yang kuat untuk kembali berumah tangga.



"Saya sudah mengenali suami sejak tahun lalu dan selepas kami mempertimbangkan pelbagai sebab, keputusan ini dibuat dan keluarga saya sangat menyayangi suami sejak dari awal saya perkenalkannya.

"Tiada istilah serik dalam mencari kebahagiaan. Saya anggap ini adalah takdir Tuhan dan jodoh adalah rahsia Allah. Siapalah kita untuk mempersoalkan takdir Allah. Saya bersyukur kerana saya dan Jebat Jayden dipertemukan dengan Emran dan Aleesya pada waktu yang tepat. Pasti ada sebab yang Tuhan sudah aturkan buat kami," katanya.

Mengakui Emran memiliki sifat penyayang dan romantis, Nabila tiada alasan lain untuk menolak jodoh yang sudah tertulis.

"Dia sangat penyayang, menyayangi dan menghargai saya. Dia ada dengan saya pada masa saya memerlukan nasihat dan teman untuk berkongsi. Dia juga seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya sendiri," katanya.



Melihat kisah cinta mereka boleh diibaratkan persis pasangan selebriti popular walaupun mereka bukan seorang selebriti, namun hakikatnya sejak awal bulan ini, gosip mereka hangat diperkatakan dalam laman sembang, malah mendapat liputan meluas media di Indonesia.

Tidak mudah melatah dengan setiap apa yang diperkatakan netizen, Nabila sentiasa tenang dan enggan ambil pusing.

"Bagi saya semua orang berhak untuk memberi pandangan masing-masing. Yang penting saya dan suami serta anak-anak gembira bersama," katanya.

Untuk rekod, Nabila pernah berkahwin pada 2013, namun ia berakhir dengan perceraian.



Selepas itu, dia berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 2017, tetapi bercerai Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga.

Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia tiga tahun.


Dalam pada itu, ini juga perkahwinan ketiga bagi Emran selepas dua perkahwinan terdahulu bersama pelakon popular, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella berakhir dengan perceraian.

Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, 12, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 24-3-2021 01:13 PM
Aduhh ada lagi thread dorang ni
Quote HoneyManjer 24-3-2021 01:14 PM
ya ampun...dekat semggu da...dok naik lagi citer deme

move on please guys!
Quote MinnieNini 24-3-2021 01:14 PM
Brp byk thread psl diorh ni oiiii... thread yg ada pun haku x sempat nk baca
Quote newme11 24-3-2021 01:14 PM
Puit……………….
Quote fofuler 24-3-2021 01:15 PM
Orang selalu kata kita kena doakan yang baik2. Tapi untuk family ni sorry lah, lagipun awal sangat kot lagi nak keluarkan statement gini. We'll see people.
Quote kiah78 24-3-2021 01:18 PM
Hem... Masa baru2 mmng indah. Tapi rasanya diaorg nie ada persamaan..
Quote 3chanceno 24-3-2021 01:18 PM
TT pengantin berdua nie ARTIS ke??mereka cuma pernah bernikah dgn artis2 msia je!pelik gigih bukak benamg pasal depa lagik
Quote tapirbiru 24-3-2021 01:20 PM
woi TT, buta ke..sambung je la kt benang lama..takde faedah pun byk sgt news  dua ekor ni
Quote pittjie 24-3-2021 01:22 PM
celakanya ko wartawan cari. sudah2 laaaaa dok up cerita dia org ni. jemu nak muntah dah ni.

i need new gossip!!!
Quote dudaberhias 24-3-2021 01:40 PM
Semestinya bertimbun2 lagi thread akan muncul, forum cari ni pun takkan hentikan sebab benda ni naikkan views dan rating dan seo forum ni.

The only way is nampak thread jah korang takyah komen, baca pun tak payah, kita komen thread orang lain bagi thread jah dan nab tenggelam. Bukannya korang tak boleh bergossip, boleh je gossip kat thread2 artis lain. Yang gossip jah dan nab ni biar je tenggelam dalam lautan. Ujung2 jadi hairul dan keknis
Quote natrahn 24-3-2021 01:50 PM
fofuler replied at 24-3-2021 01:15 PM
Orang selalu kata kita kena doakan yang baik2. Tapi untuk family ni sorry lah, lagipun awal sangat k ...

itulah....awal-awal bau wangi semua...

namun kita doakan je la perkahwinan kali ini berpanjangan jodohnya
Quote kiah_mai_pulak 24-3-2021 01:52 PM
awal2 wangi je lah semuaa.. esok2 siap kena flush dlm lobang taikk
Quote Su_annur 24-3-2021 01:56 PM
natrahn replied at 24-3-2021 01:50 PM
itulah....awal-awal bau wangi semua...

namun kita doakan je la perkahwinan kali ini berpanjanga ...

Kn awl2, kentot pn wangi...kita tunggu....
Quote makneng 24-3-2021 01:58 PM
Fuhhh melambung lambung pujian depa.. Mcm melompat atas trampoline masa memuji tu..
Quote Nenasketum 24-3-2021 01:58 PM
Tanjat boboi nengok pak tiri Bangla macam vampire, takde darah.
Taim tengah wangi kan, kendian EE pun smooth operator
Quote fofuler 24-3-2021 02:08 PM
natrahn replied at 24-3-2021 01:50 PM
itulah....awal-awal bau wangi semua...

namun kita doakan je la perkahwinan kali ini berpanjanga ...

Aminnnnnn semoga dipermudahkan
Quote sharlenetexas 24-3-2021 02:08 PM
Setahun lagi babi babi babi anok anying! Tak sebumbung.
Quote missHaidiD 24-3-2021 02:09 PM
Dulu nanas pun dipuji dipuja.  
Quote Idego 24-3-2021 02:09 PM
Dah 10 tahun anniversary esok sila citer eyy

Lihat semua komen(316)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061630 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top