CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peluncur Berlatih Untuk Olimpik, Mati Dipanah Petir

24-3-2021 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1963| Komen: 1

Description: San Salvador: Seorang peluncur profesional mati disambar petir ketika sedang berlatih untuk kejohanan sukan paling berprestij, Olimpik.
San Salvador: Seorang peluncur profesional mati disambar petir ketika sedang berlatih untuk kejohanan sukan paling berprestij, Olimpik.

Portal Mirror melaporkan, Katherine Diaz disambar petir selepas masuk ke dalam air untuk sesi latihan di Pantai El Tunco, El Savador.


Atlet berusia 22 tahun itu dilaporkan tampil dalam sesi pemilihan untuk melayakkan diri mewakili negaranya dalam Olimpik Tokyo.

Kredit foto: via Harian Metro

Diaz dilaporkan sedang berenang ke kawasan khusus untuk meluncur kira-kira jam 5 petang waktu tempatan sebelum disambar petir.

Rakan dan pengunjung pantai yang melihat kejadian itu kemudian membantu Diaz dan membawanya ke hospital.

Bagaimanapun, News AU melaporkan mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat.

Kakak mangsa, Bamba Diaz menyatakan dia dan keluarganya begitu merindui adiknya dan akan terus mengenangnya.

"Adik, kami akan terus mengingatimu. Tuhan memutuskan untuk membawamu. Kami merinduimu. Cinta kamu selamanya," tulis Bamba.

Presiden Institut Olahraga El Salvador, Yamil Bukele menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan yang kehilangan Diaz.

"Saya baru mendengar khabar kematiannya. Saya mengucapkan takziah. Semoga rohnya tenang di sana," jelas Bukele.

Diaz bekerja sebagai cef pada sebelah malam dan mewakili El Salvador dalam kejohanan luncur setiap tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 24-3-2021 10:39 PM
Peluncur tu, surfer ke?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.071798 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top