CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Abang Bundle Viral Sebab Tertidur Semasa Live Di Facebook, Sedar-Sedar Beribu Penonton!

13-3-2021 08:50 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3723| Komen: 18|Original author: Oleh: Natrahn

Description: Tertidur Semasa LIVE di Facebook, Sedar-sedar Beribu Viewer - Abang Bundle Kini Viral



Sejak pandemik COVID-19 melanda, ramai peniaga telah beralih kepada jualan secara dalam talian.

Ada yang memilih untuk LIVE di platform media sosial seperti Facebook , Instagram, Tik Tok dan lain-lain yang dirasakan sesuai. 


Terbaru, tular kisah peniaga baju bundle yang tiba-tiba telah tertidur ketika sedang membuat LIVE menjual pakaian terpakai itu di Facebooknya.


Tontonan FB LIVE itu dikatakan naik secara mendadak sehingga mencecah 1 ribu tontonan semasa lelaki itu sedang tidur. 

Penjual tersebut tidur dengan nyenyak sambil turut berdengkur sehinggakan ada wargamaya yang mula berasa kasihan padanya serta meminta kepada sesiapa yang mengenali lelaki itu untuk menghubunginya supaya menutup FB LIVE itu.

Menjengah ruang komen, ada juga yang berasa terhibur dengan kejadian yang tidak disengajakan itu dan ada juga yang turut bersimpati dengan usaha gigihnya untuk mencari pendapatan sehingga tertidur.



Kredit foto: Twitter 1mrn23

Khabarnya setelah viral, ramai yang sudah mula meminati baju terpakai penjual ini. 

Loading FB Post...

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.  -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 13-3-2021 01:48 PM
gemok badak cmtu mmg senang tertidur
Quote sayawifenikmie 13-3-2021 02:07 PM

.. walau ada yg mengutuk gemok macam badak ..tapi nampak dia rajin beruasaha .. bukan berkuntum di forum sambil kutuk hina fizikal orang ..

tapi sayang .. tak ada pulak naam fb/ig dia .. kalau tak boleh sokong .. baju bundel kadang2 cun juga ...
Quote Tinot7 13-3-2021 02:55 PM
Semoga dimurahkan rezeki.. penat bekerja nampaknya...
Quote Potpouri 13-3-2021 02:58 PM
skrg bukan trend tidur kt live ke? tiktok live pun ada baru2 ni. perempuan.
Quote tikusmakmal10 13-3-2021 04:35 PM
semoga heolls berjaya dalam bisnes
Quote kakakpositifker 14-3-2021 09:32 AM
Potpouri: skrg bukan trend tidur kt live ke? tiktok live pun ada baru2 ni. perempuan.

Itu lahhhh. Macam tah lahhhhh
Quote any42 14-3-2021 10:53 AM
senangnya tlelap. I ni tiap kli nk tido on aircond bg sejuk slesa msuk dlm cmfrter ttap ssah nk lelap penat pusing baring telentang telngkup punya la pyah nk cri spot yg rsa slesa bru bleh tido.
Quote hasniey 14-3-2021 11:09 AM
any42 replied at 14-3-2021 10:53 AM
senangnya tlelap. I ni tiap kli nk tido on aircond bg sejuk slesa msuk dlm cmfrter ttap ssah nk lela ...

Mmg ada org senang tido mcmni.abg ai,tgh cakap2 dgn dia dia letak kepala je terus tido.siao bunyi2 lg.kang trsedar smbung ckp2 pastu tido lg....senang sgt.xkira la duduk ke baring ke.nasib baik kalau drive xmcmtu
Quote any42 14-3-2021 11:15 AM
hasniey replied at 14-3-2021 11:09 AM
Mmg ada org senang tido mcmni.abg ai,tgh cakap2 dgn dia dia letak kepala je terus tido.siao bunyi2 ...

haha.omg kelakar. itu la jgn la time drive tlelap gtu bhaya sgt. Adik i pun mcm tu kt mna2 snang je tlelap. Klau drive dgn dia msti i boring xde geng nk borak sbb dia slalu tido dlm kete. bru start enjin dah lelap acaneh. -..-
Quote unicornlady 14-3-2021 01:17 PM
Semoga dimurahkan rezki abg
Quote ledigugu 14-3-2021 04:20 PM
Quote CikYaYaYa 15-3-2021 01:36 AM
Semoga dimurahkan rezeki. Mgkin penat sangat to smpaii xsedar dh terlelap
Quote Lengkong 15-3-2021 12:23 PM
Semoga murah rezeki

Quote babelina 15-3-2021 02:19 PM
Ya Allah ..Kau murah kn rezeki abg nie dan mereka yg berniaga kecik2.. yg hilang pkerjaan.. musim2 pendamic nie..
Kwn aku lg la.. klau cl time2 kul 10mlm...taw2 terlelap.. aku ckp sorg2..
Quote cariplease 15-3-2021 10:08 PM
Memang tido betul2 ke?
Quote Pdibasic 15-3-2021 10:11 PM
Semoga dimurahkan rezeki
Quote Ain_h 17-3-2021 11:37 AM
Semoga dimurahkan rezeki abang
Quote yssej16 17-3-2021 03:47 PM
rezeki abang ni

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.083382 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top