CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tiada Penjaga Di Rumah, Polis Trafik Terpaksa Dukung Anak Sambil Kawal Lalu Lintas

15-3-2021 11:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3969| Komen: 19|Original author: Raline

Description: Baru-baru ini, seorang polis trafik wanita di India menjadi tular apabila rakaman video memaparkan dirinya mem ...
 


Baru-baru ini, seorang polis trafik wanita di India menjadi tular apabila rakaman video memaparkan dirinya membawa anak lelaki yang berusia lima bulan ketika bertugas disebarkan di laman sosial Twitter baru-baru ini.

Konstabel polis yang dikenali sebagai Priyanka berkenaan mendedahkan pada pagi kejadian, dia terlewat untuk datang bertugas mengawal aliran trafik yang sepatutnya bermula pada pukul 8 pagi, lapor akhbar The Indian Press.

Bawa anak sewaktu bertugas



Mernurut Priyanka, dia terpaksa membawa anaknya bersama kerana tiada orang yang boleh menjaga bayinya di rumah memandangkan suami dan keluarga mentuanya berada di daerah lain.

“Selalunya saya mendapat tugasan di kawasan berhampiran rumah tetapi pada pagi itu, ketua memberikan arahan untuk mengawal trafik di persimpangan yang agak jauh.

“Saya tidak boleh meninggalkan anak tapi dalam masa sama, kerjaya saya juga penting. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membawanya bersama,” ujarnya.

Bangkitkan kemarahan, tuntut pusat jagaan kanak-kanak
Menjengah ke Twitter, rakaman video tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang menuntut agar sebuah pusat jagaan kanak-kanak dibuka secara percuma buat polis wanita.

Susulan kejadian itu, Ketua Pengarah Polis Chandigarh, Sanjay Baniwal memuat naik kenyataan di Twitter memberitahu bahawa anggota polis itu baru sahaja kembali bekerja selepas cuti bersalin selama enam bulan.

“Pihak kami akan membuat pertimbangan menukar jabatan anggota tersebut jika dia membuat permohonan secara rasmi,” jelasnya.
Tonton video penuh:



Sumber: YouTube The Tribune,The Indian Express

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 15-3-2021 10:48 AM
kesian nya
Quote kakakko 15-3-2021 11:48 AM
Kesiannya baby tu.... Habuk panas segala..
Quote Raline 15-3-2021 02:11 PM
kakakko replied at 15-3-2021 11:48 AM
Kesiannya baby tu.... Habuk panas segala..

benda2 cm ni terjadi je kat malaysia







Quote Raline 15-3-2021 02:15 PM
Quote Artemesiaa 15-3-2021 02:22 PM
Kesihan kanak2 yang terpaksa ikut ibubapa mereka bekerja sebab tak adajavascript penjaga dirumah.    Selalunya mereka ni pulak jarang meregam macam faham yang ibubapa mereka sedang bekerja.
Quote gorjeous 15-3-2021 06:51 PM
Kesiannya..
Quote Dieja75 16-3-2021 12:01 AM
Pengorbanan frontliner
Quote fatinandreanna 16-3-2021 08:52 AM
Sbb tu dr dulu aku cakap, klu nak para ibu bekerja pastikan kemudahan nursery cukup.  Kalau tak mcm ni lah. Kesian diorang.
Quote kakakko 16-3-2021 09:04 AM
Raline replied at 15-3-2021 06:11 AM
benda2 cm ni terjadi je kat malaysia

Memang pun.. Ada je viral kat Malaysia kan. Yg terbaru mak bawak anak 2 orang including baby jemput anaknya sorang lagi dari sekolah. Allahuakbar.... Kesian sungguh tengok babynya. I tak reti attach gambar.
Quote airmineral 16-3-2021 09:13 AM
kena buat taska tpt keje juga ni mcm msia
bahaya ooo baby mcmtu
dpt driver yg xbetul kang xpasal2 je
Quote yayarin 16-3-2021 02:40 PM
Kesiannya. Moga dipermudah segala urusan
Quote cariplease 16-3-2021 02:44 PM
Kesian.... tapi boleh ke buat camni
Quote Jorja 16-3-2021 10:40 PM
Mata masuk habuk. Parents yg baik insyaAllah akan dapat pengakhiran yang baik
Quote any42 17-3-2021 02:23 AM
potong bwang btul tiap kli tgk mak ayh yg tpksa bwa ank2 kecik time kje mcm ni. semoga dprmudhkn urusan mereka smua
Quote bintangct 17-3-2021 08:02 AM
slimnya mak dia lps beranak..
Quote sarahmirza 17-3-2021 09:37 PM
Kesiannya baby....
Demi survival

Quote fifie_olin 18-3-2021 07:55 AM
lamanya cuti bersalin
Quote Zaien 18-3-2021 12:37 PM
pnah juga terserempak food rider bw anak mse hantar kt rumah..
kesian ey..
Quote Littlerara 20-3-2021 12:17 AM
Pengorbanan seorang ayah

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.054704 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top