CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertidur Ketika Pecah Masuk Rumah, Pencuri Dapat Hasil RM1 Je

1-3-2021 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1777| Komen: 2

Description: Seorang pencuri berputih mata apabila dia hanya memperoleh hasil curian sebanyak 4,000 rupiah (RM1.13) ketika memecah masuk sebuah rumah di Plaju, Palembang.
Seorang pencuri berputih mata apabila dia hanya memperoleh hasil curian sebanyak 4,000 rupiah (RM1.13) ketika memecah masuk sebuah rumah di  Plaju, Palembang.

Lapor Tribunnews, suspek yang merupakan remaja lelaki berusia 19 tahun itu juga sempat tertidur selepas pecah masuk rumah berkenaan pada waktu subuh.



SUSPEK yang dikenali sebagai Akbar Maulana kini ditahan di balai polis Plaju, Palembang, Indonesia. - AGENSI

Jurucakap polis Plaju, Novel Siswandi berkata, selepas terjaga dari tidur, suspek mula mencari barangan berharga, namun dia hanya berjaya memperoleh hasil curian sebanyak 4,000 rupiah (RM1.13).

“Kemudian, dia pergi ke bilik lain dan kegiatannya disedari anak mangsa yang berusia 12 tahun dan mencederakan kanak-kanak itu dengan pisau.

“Anak mangsa menjerit meminta tolong dan suspek melarikan diri, namun dia berjaya ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya.



Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote farhani87 1-3-2021 09:44 PM
Ni lah namanya takda rezeki. Hahaha.
Quote Scheherazade 1-3-2021 09:47 PM
x berbaloi lgsg kena tgkp sbb singgit

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.078466 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top