CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Sanggup Berjauhan, Mawar Rashid ‘Angkut’ Dua Anak Ke Set Penggambaran

1-3-2021 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3667| Komen: 14

Description: Selepas hampir dua tahun berehat daripada dunia lakonan demi memberi fokus kepada perniagaan, pelakon Mawar Rashid bakal kembali ke set penggambaran sebuah telefilem bermula Khamis ini.
Selepas hampir dua tahun berehat daripada dunia lakonan demi memberi fokus kepada perniagaan, pelakon Mawar Rashid bakal kembali ke set penggambaran sebuah telefilem bermula Khamis ini.


Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, dia menerima banyak mesej di laman sosial daripada peminat yang meluahkan rasa rindu untuk melihat aksi lakonannya.

Menganggap rezeki dan satu peluang kembali aktif, pelakon berusia 26 memberitahu dia tidak sabar untuk bekerja di bawah arahan pengarah terkenal Osman Ali.


Foto: IG

"Kali terakhir lakonan saya pada 2019 menerusi drama TQ Captain. Hampir dua tahun juga, saya tak muncul dalam mana-mana drama atau filem sebab ambil masa untuk berehat dan fokus pada perniagaan.


"Ramai juga peminat yang asyik mesej di laman sosial kata rindu nak tengok lakonan saya. Sejujurnya, saya sendiri pun rindu nak berlakon. Alhamdulillah... saya dapat tawaran untuk berlakon dalam telefilem arahan Osman Ali.

"Rezeki dan satu peluang untuk saya bekerja di bawah arahan Osman Ali. Insya-Allah, bermula Khamis saya akan mula masuk set penggambaran," kata Mawar kepada mStar.



Sebelum ini, Mawar memberi bayangan dia bakal kembali berlakon dengan memuat naik video di Instagram memperlihatkan sedang membeli pakaian baharu untuk digayakan dalam sebuah telemovie.

Dalam pada itu, pelakon filem Bu, Kasih Suci ini mengakui dia berasa bimbang untuk bekerja di saat pandemik Covid-19 namun perasaan tersebut juga membuatkan dirinya sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kata isteri kepada aktor Raf Yaakob ini, dua orang anaknya iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta akan mengikutnya ke set penggambaran di Terengganu selama lapan hari.



"Ikutkan hati, memang rasa bimbang nak kerja dalam keadaan pandemik Covid-19. Tapi bagi saya perasaan takut itu la yang membuatkan kita kena betul-betul ikut SOP yang ditetapkan.

"Lagipun saya memang sentiasa memastikan kebersihan dan semua benda akan sanitize. Memandangkan saya akan jalani penggambaran selama lapan hari di Terengganu, anak-anak akan ikut sekali.

"Saya memang tak boleh berjauhan dengan Rafael dan Cinta. Lagipun anak kedua saya ini pun masih menyusu. Saya akan bawa penjaga mereka juga membantu. Kemungkinan Raf tak dapat ikut sebab nak jaga dua orang anak di KL," ujarnya.




Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 2 dan Raden Seri Rossabella Cinta yang hampir berusia dua bulan.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela yang berusia lima tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 1-3-2021 02:58 PM
Time pandemic ni elok la yg kecik stay at home.
Tp sume hati hang la anak hang lol
Quote irvene 1-3-2021 03:05 PM
2 tahun dah tak berlakon tapi tahun lepas masih dapat award pelakon filem terbaik. hahahahahaha
Quote mieymiey 1-3-2021 03:41 PM
Gambar atas tu filter hang pun. Pinkish terus laki hang
Quote matchstick 1-3-2021 04:49 PM
mieymiey: Gambar atas tu filter hang pun. Pinkish terus laki hang

Hahahaha..nk komen pasal ni jgk tadi. Laki rupa kelyng jadi putih mcm jejaka Korea
Quote Perawankota 2-3-2021 01:04 AM
Aku sorg je ke yg rasa dia ni x pandai berlakon Sgt
Quote boongalalang 2-3-2021 01:25 AM
Memang idokler nak bawak semua. Lagi rela rindu dari jadi apa2 time kat terengganu tu. Sebab berjumpa orang kan, takot bawak balik penyakit.
Tapi aku bukan Artis
Quote irsa 2-3-2021 11:38 PM
Edited by irsa at 2-3-2021 11:39 PM

Perlu ke sgt belakon tu kak ros?


Lupaaaa, baru dpt award last year eh? Mestilah tuan director mengharap sgt sheols masuk set. Mau letupan hasil lakonan sheols tu nanti
Quote ReginaGeorge 10-5-2021 03:42 PM
Ikut perasaan sangat.. Dah la kes covid mencanak naik. Biar ajalah anak tu duk umah {:nose
Quote slyfynx 10-5-2021 04:20 PM
Mawar.... we don't actually care
Quote codenamedream 11-5-2021 06:20 AM
Berkelip2 mata membaca yg peminat merindui lakonan kayu ini.
Quote TerataiMelur02 11-5-2021 06:23 AM
Pkp ni boleh shooting ke? Boleh rentas negeri ke? Sebab tengok c aedy ashraf tu macam kat luar negeri je
Quote eely_shana 11-5-2021 11:24 PM
Alahai..bahayalah utk anak2 kecik ni
Quote Brunes 12-5-2021 11:41 AM
pls someone puji dia ni!!!!

kalau aku tak nak lah puji koserr.. musim kes covid makin mekingkat ada hati nak ajak anak keluar rumah.. such an irresponsible mother!
Quote msdummy.2018 12-5-2021 11:50 AM
Ni mwr gst tuh ke?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.058437 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top