CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mark Adam Paranoid, Tapi Terpaksa Keluar Rumah Cari Duit

2-2-2021 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2581| Komen: 6

Description: Melihatkan jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 semakin meningkat membuatkan penyanyi dan pelakon, Mark Adam rasa paranoid untuk keluar dari rumah.
Melihatkan jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 semakin meningkat membuatkan penyanyi dan pelakon, Mark Adam rasa paranoid untuk keluar dari rumah.

Namun begitu, pada masa sama beliau turut berfikir mengenai orang-orang yang perlu keluar untuk bekerja demi mencari sesuap nasi.

Justeru, Mark berkongsi mengenai beberapa urusan kerjanya yang tertangguh serta terjejas akibat pandemik Covid-19 ini.


Foto: Harian Metro

"Apa yang saya lihat, jumlah kes semakin meningkat. Memang kita takut untuk keluar, tapi bagaimana dengan orang-orang yang perlu bekerja untuk mencari rezeki kerana tak semua orang boleh bekerja dari rumah," katanya.

Menurutnya, sumber pendapatannya juga pasti terjejas.


"Dari segi pendapatan, memang terjejas kerana sekolah muzik saya pun tak dapat beroperasi seperti biasa melainkan secara online.

"Tapi, tak semua kelas dapat dilakukan secara online. Begitu juga dengan pelajar kerana ada yang berdepan isu sambungan Internet yang menyebabkan mereka tak dapat menyertai kelas.

"Dari segi karier seni, ada beberapa program TV yang ditangguhkan buat sementara waktu. Selain program TV, pertandingan Muzikal Lawak Superstar juga tak dapat diteruskan buat seketika," katanya.

Tambahnya lagi, dia berharap supaya vaksin untuk Covid-19 akan segera diedarkan untuk mengelakkan penularan yang lebih teruk.

"Insya-Allah, kalau selepas vaksin diedar, kita dapat kurangkan angka jangkitan baharu sekaligus mengawal penularan Covid-19," katanya.

Berkongsi mengenai aktivitinya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mark berkata dia banyak bekerja secara online.

"Ada beberapa sesi temu bual yang dijalankan secara dalam talian di samping kelas. Selain itu, saya juga menyiapkan beberapa material lagu.

"Antara yang terbaharu adalah lagu berjudul Yatim yang akan menggandingkan saya dengan penyanyi kanak-kanak. Ia juga akan menjadi lagu OST untuk satu filem," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 2-2-2021 11:33 AM
Sila balik pilipin lah pinoy. Eh tetiba aku rasis. Tapi seriously, apa keje dia ni, pelawak kah? ‘Aku yang ban astro dirumahku’
Quote LadyCarefree 2-2-2021 12:00 PM
Nenasketum: Sila balik pilipin lah pinoy. Eh tetiba aku rasis. Tapi seriously, apa keje dia ni, pelawak kah? ‘Aku yang ban astro dirumahku’


Kdg nyampah foreigners ni semua senang je dapat job. Pelat pelat BM semua puja. Yg penjenayah spore pun datang je terus job berderet. Rakyat kita nak kerja negara lain ingat diorang pandang ke?
Quote lattehazelnut 2-2-2021 12:39 PM
Nenasketum: Sila balik pilipin lah pinoy. Eh tetiba aku rasis. Tapi seriously, apa keje dia ni, pelawak kah? ‘Aku yang ban astro dirumahku’

Main guru vocal
Yg lain juri i rasa
Quote BicaraHatiku 2-2-2021 11:34 PM
Bukan ari tu nk bukak kedai teh sama Shahmira?
Quote makadek 2-2-2021 11:38 PM
Gi bntu puak pelauh sana nuh ajak diorg balik pinoy sana ..pasl diorg lah El jd cercaan kiterog hari ni
Quote mystica 3-2-2021 09:12 PM
Kelakar Mark Adam ni. Suka tgk dia dlm icsyv

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.360506 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top