CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dicekup Berkhalwat, Gigih Rentas Negeri Jumpa Kekasih

2-2-2021 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5561| Komen: 30

Description: Kulim: Seorang lelaki sanggup ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) datang dari Pulau Pinang semata-mata untuk bertemu dengan kekasihnya di daerah ini sebelum dicekup berkhalwat di rumah wanita itu ...
Kulim: Seorang lelaki sanggup ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) datang dari Pulau Pinang semata-mata untuk bertemu dengan kekasihnya di daerah ini sebelum dicekup berkhalwat di rumah wanita itu di kawasan perumahan di sini, tengah malam tadi.


Ketika dicekup 12.16 tengah malam, lelaki berusia 36 tahun itu ditemui menyorok di belakang pintu bilik yang disewa kekasihnya.

Pegawai Penguatkuasa AgamaKulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat di sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan.

Beliau berkata, lelaki berusia 36 tahun itu menetap di Pulau Pinang, manakala wanita berusia 19 tahun itu berasal dari Perak tetapi menyewa di bilik rumah berkenaan.


Foto: Harian Metro


"Hasil pemeriksaan mendapati, mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan dicekup kerana disyaki berkhalwat.

"Lelaki itu hanya memberi alasan saja datang untuk tidur di rumah itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anwar Sharifuddin berkata, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk laporan tangkapan sebelum diambil keterangan.

Beliau berkata, pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 2-2-2021 09:12 AM
Kulim lagi. Makan apa sampai libido kuat sangat?
Quote Yunbin 2-2-2021 10:49 AM
MissVixen: Kulim lagi. Makan apa sampai libido kuat sangat?


Rasanya jabatan agama kulim efficient buat kerja ni..sebab tu banyak yg kena cekup
Quote Supersirap 2-2-2021 11:09 AM
Semoga perkara ini menjadi iktibar buat semua, jangan lah melayankan nafsu serakah itu sehingga menyusahkan diri sendiri serta keluarga
Quote copy_paste 2-2-2021 11:47 AM
kawin jelah lepastu, bukan bini atau laki org pun,..
Quote tikusmontok 2-2-2021 12:18 PM
Yunbin replied at 2-2-2021 10:49 AM
Rasanya jabatan agama kulim efficient buat kerja ni..sebab tu banyak yg kena cekup

i think so too..state lain tak kuasa nak hendap musim2 covid ni.
Quote Far 2-2-2021 12:37 PM
Wah...tapi macam mana boleh rentas negeri? takde road block ker eh?
Quote Yunbin 2-2-2021 01:39 PM
tikusmontok replied at 2-2-2021 12:18 PM
i think so too..state lain tak kuasa nak hendap musim2 covid ni.

Kannn? Silap tempat lain lagu banyak kes cuma tak kantoi je sbb staff ramai wfh or takut nak keluar nanti kena covid
Quote lattehazelnut 2-2-2021 03:43 PM
Kat kulim pkp or no pkp pun byk je berlaku
Quote insulin 2-2-2021 03:44 PM
lattehazelnut replied at 2-2-2021 03:43 PM
Kat kulim pkp or no pkp pun byk je berlaku

Cinta terlarang punya pasal sekatan pkp bukan satu masalah.
Quote manehnya 2-2-2021 03:52 PM
kulim lagi... ....... juara carta...
Quote jofizo 2-2-2021 04:03 PM
wow dpt pucuk muda.....mesti la sanggup dtg
Quote minguk 2-2-2021 06:03 PM
kesian dia rindu kekasih.
Quote tikusmontok 2-2-2021 06:31 PM
Yunbin replied at 2-2-2021 01:39 PM
Kannn? Silap tempat lain lagu banyak kes cuma tak kantoi je sbb staff ramai wfh or takut nak kelua ...

Esp yg wfh tu..tau2 mmg dua2 pun wfh..dari home yg sama
Quote jazaa100 2-2-2021 06:50 PM
sempat main tak?
Quote lattehazelnut 2-2-2021 08:11 PM
tikusmontok replied at 2-2-2021 12:18 PM
i think so too..state lain tak kuasa nak hendap musim2 covid ni.

State lain xpnh lg dgr rentas negeri time pkp utk jumpa gf..
Quote tikusmontok 2-2-2021 08:24 PM
lattehazelnut replied at 2-2-2021 08:11 PM
State lain xpnh lg dgr rentas negeri time pkp utk jumpa gf..

Ada jer...lom kena tgkp..antaranya ofismate iols
Quote lattehazelnut 2-2-2021 08:26 PM
tikusmontok replied at 2-2-2021 08:24 PM
Ada jer...lom kena tgkp..antaranya ofismate iols

Report la apa lg.. kalau xde org report mana jais nak tau..
Quote adelea 2-2-2021 10:08 PM
kulim lagi .. perghhhh
Quote sekngucing 3-2-2021 08:18 AM
how i meet your mother...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.060961 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top