CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Buat Pertama Kali Dalam 20 Tahun Lelaki Ini Minum Air Kosong

27-1-2021 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3806| Komen: 14

Description: Akibat daripada tidak sengaja meminum air bawah tanah ketika berusia sembilan tahun, seorang lelaki Korea menjadi trauma dengan air kosong dan telah mengelak dari meminum air kosong selama 20 tahun.
Akibat daripada tidak sengaja meminum air bawah tanah ketika berusia sembilan tahun, seorang lelaki Korea menjadi trauma dengan air kosong dan telah mengelak dari meminum air kosong selama 20 tahun.


Lelaki itu yang muncul dalam sebuah rancangan televisyen Korea mengatakan bahawa selama 20 tahun dia hanya bergantung pada minuman lain seperti bir dan alkohol.



Oleh kerana itu, lelaki itu bukan sahaja menderita sakit perut, dia juga mempunyai masalah batu karang, usus tersumbat, ulser gastrik, dan obesiti apabila berat badannya meningkat sebanyak 60kg akibat daripada pengambilan alkohol setiap hari.

Kerana gaya hidupnya itu juga, lelaki tersebut mengaku hanya membuang air sekali sehari, berbanding orang sihat yang membuang air sebanyak 4 ke 10 kali sehari.



Ketika muncul dalam rancangan televisyen Korea tersebut, dia disediakan tiga cawan berisi minuman untuk diminum.

Cawan pertama adalah air kosong disertakan dengan lemon, yang diludahkan semula oleh lelaki itu. Cawan kedua adalah teh burdock yang dihirup lelaki itu dan berjaya ditelannya.

Cawan ketiga mengandungi air mineral yang mengejutkannya dan turut diludahkan semula. Pada akhir rancangan tersebut, pengacara rancangan menyarankan agar lelaki berkenaan cuba menggantikan minuman biasanya dengan teh burdock yang lebih berkhasiat dan mengandungi jumlah air yang lebih banyak. -CARI

Sumber: Himpunan Cerita Lawak
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 27-1-2021 03:27 PM
Macam2 hal {:dot
Quote lattehazelnut 27-1-2021 03:41 PM
Dari 9 tahun da minum arak ke
Quote mamajawie 27-1-2021 04:01 PM
xkan la umo 9 tahun trus minum bir and alcohol???minum la jus ke hape..
Quote siputpepel 27-1-2021 04:03 PM
air mineral tu bukan cap cuckoo / coway kot.
Quote matchstick 27-1-2021 06:24 PM
Mcm nenek aku..nenek aku buh gula dlm air masak dia baru boleh minum. Plain water kitorang paksa minum dia telan la seteguk
Quote Churchill 27-1-2021 06:42 PM
matchstick replied at 27-1-2021 06:24 PM
Mcm nenek aku..nenek aku buh gula dlm air masak dia baru boleh minum. Plain water kitorang paksa min ...

itu nama dia air gula

semoga nenek tidak menghidap diabetis

takut habis nenek punya betis


Quote Artemesiaa 27-1-2021 06:51 PM
Suka tonton rancangan ni macam2 perangai tak baik manusia dilondehkan
Quote xtravaganza 27-1-2021 08:31 PM
Sayang show ni dh xde.. I minat giler tgk show ni..rarely missed..

Tp cite ni dh lama kan..
Quote Supersirap 28-1-2021 11:32 AM
Macam-macam trauma manusia ni kan
Quote zuuu 28-1-2021 11:55 AM
xtravaganza replied at 27-1-2021 08:31 PM
Sayang show ni dh xde.. I minat giler tgk show ni..rarely missed..

Tp cite ni dh lama kan..

Hello counselor kan???aq pon suka gak tngok talkshow ni dulu2...skrg dh xde ke?
Quote jazaa100 28-1-2021 03:56 PM
teh burdock tu mcmana
Quote eyansss 31-1-2021 03:46 AM


Quote jazaa100 31-1-2021 01:14 PM
eyansss replied at 31-1-2021 03:46 AM

bagus ke eyanns?...

eyanss penah minum ke?
Quote eyansss 31-1-2021 01:15 PM
jazaa100 replied at 31-1-2021 01:14 PM
bagus ke eyanns?...

eyanss penah minum ke?

pernah rasa masa pegi korea dulu...  taktau nak cakap sedap ke tak...  maybe sebab tak biasa dengan teh selain teh daun kan...  hahaha...  tapi dai sda rasa herba2 kayu2 sikit...  tak kuat rasa tu...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.050452 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top