CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebanyak 2,921 Laman Porno Disekat Di Malaysia

25-1-2021 11:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1015| Komen: 0

Description: Bila masa banyak dihabiskan di rumah dan tidak bekerja, laman web lucah atau pornografi memang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia.



Bila masa banyak dihabiskan di rumah dan tidak bekerja, laman web lucah atau pornografi memang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia.

Ini adalah aktiviti yang tidak sihat dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyatakan mereka telah menyekat 2,921 laman web yang mengandungi pornografi sejak tahun 2018.

Tindakan undang-undang juga diambil terhadap pemberian atau penyebaran kandungan berunsur lucah di platfom media sosial.

Ia menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. – Menurut MCMC kepada Harian Metro.

Sebelum ini telah tersebar kajian yang menunjukkan 4 daripada 10 rakyat Malaysia didapati melayari laman web lucah dalam tempoh seminggu.

Lebih menyedihkan lagi bila data juga menunjukkan Malaysia berada di kedudukan ke-4 dunia melayari laman lucah selepas Slovakia, Bulgaria dan Ireland dan merupakan negara pertama di Asia.

Apa yang dapat kita lakukan untuk memastikan aktiviti tidak sihat ini dapat dikawal?

Jika korang mengetahui ada berlaku penyebaran kandungan lucah boleh salurkan aduan melalui emel di aduanskmm@mcmc.gov.my, WhatsApp di talian 016-220 6262 atau portal aduan pada pautan https://aduan.skmm.gov.my/.




Kredit: Harian Metro/OhMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.056435 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top