CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Balai Bomba Seri Manjung Jadi Destinasi Pelancongan

25-1-2021 11:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3423| Komen: 10

Description: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung, dekat sini akan dibangunkan sebagai destinasi pelancongan terbaharu di Perak.



Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung, dekat sini akan dibangunkan sebagai destinasi pelancongan terbaharu di Perak.

Ketua BBP Seri Manjung, Shuib Idris berkata, ia kerana terdapat pelbagai daya tarikan yang disediakan untuk pelancong sekali gus memberi peluang orang ramai mengenali lebih dekat tugas dan peranan pasukan itu.

Katanya, antara daya tarikan disediakan ialah ruangan untuk berswafoto di hadapan premis itu yang juga BBP pertama di negara ini menyediakan kemudahan tersebut.

Katanya, ruangan itu menggunakan bahan terbuang dihasilkan menerusi kerjasama dengan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagi membolehkan orang ramai berswafoto pada bila-bila masa di situ.

“Selain itu, kami menyediakan galeri yang menempatkan peralatan dan topi operasi yang pernah digunakan pasukan ini sejak tahun 1800-an serta sudut Laman Mata Hati menggunakan bahan terpakai,” katanya dalam program bersama media di sini hari ini.

Menurutnya, balai itu turut membina Taman Herba yang menanam kira-kira 60 spesies termasuk lemuju, tongkat ali, bunga gincu, cermin mekah, putat dan lain-lain.

Selain itu, katanya, pasukan itu melakukan projek pertanian dalam bandar dengan menanam pelbagai tanaman dan sayur-sayuran seperti pisang, tebu, nanas, kacang tanah, tembikai madu serta sawi, menjadikannya BBP pertama di Perak dan kedua di negara ini melaksanakan projek tersebut.

Ruangan Perkampungan Ikhtiar Hidup turut diwujudkan dalam kawasan premis itu yang mana sebelum ini sering digunakan untuk memberi pedoman dan tunjuk ajar kepada kumpulan pendaki dan penggemar aktiviti hutan, bagaimana untuk ‘hidup’ dalam hutan menggunakan bahan semula jadi.

“Balai ini juga mempunyai replika kapal yang digunakan sebagai tempat latihan penyelamatan serta simulasi apa tindakan boleh dilakukan ketika berada dalam gelap.

“Sebelum ini ia sering menjadi tempat latihan untuk pelbagai agensi termasuk dari luar Perak dan akan menjadi antara lokasi boleh dikunjungi pelancong,” katanya.

Shuib berkata, ketika ini pihaknya sedang bekerjasama dengan MPM bagi merealisasikan cadangan itu dan akan dilaksanakan apabila aktiviti pelancongan dibenarkan dibuka semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. 



Sumber – UTUSAN ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-1-2021 11:53 PM
Boleh look around
Quote izwan_izi 26-1-2021 01:47 AM
Thn 2002 pernah ambil kursus Advance Fire Fighting kt Balai Bomba Manjung..masakk dibuatnya...sb diaorg ada fasiliti yg lengkap..tapi bergantung jugak dgn KP Bomba Negeri..

Mcm kt sesetengah negeri, susah sikit nak buat kursus Advance Fire Fighting dgn kerjasama bomba tempatan..
Quote Ain_h 26-1-2021 02:07 AM
Seri manjung... Jauhnya
Quote my_irina 26-1-2021 09:14 AM
ok interesting
Quote Supersirap 26-1-2021 09:18 AM
Jika ke sana boleh singgah sebentar
Quote Yunbin 26-1-2021 04:09 PM
izwan_izi: Thn 2002 pernah ambil kursus Advance Fire Fighting kt Balai Bomba Manjung..masakk dibuatnya...sb diaorg ada fasiliti yg lengkap..tapi bergantung jugak ...


Kursus tu untuk apa?
Quote Artemesiaa 18-2-2021 01:22 PM
Bagus ideanya
Quote fitrizainuddin 17-3-2021 03:35 AM
Dok berulang sana mcm biasa ja nampaknya.. suka org rupanya ehehe
Quote yssej16 17-3-2021 02:49 PM

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.051968 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top