CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedai Komputer Diserbu Ibu Bapa, Kalau Anak Lebih Seorang Macam Mana?

22-1-2021 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10978| Komen: 140

Description: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sesi persekolahan tahun 2021 berkemungkinan menjadi faktor utama mengapa kebanyakan kedai komputer sesak sejak akhir-akhir ini.
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sesi persekolahan tahun 2021 berkemungkinan menjadi faktor utama mengapa kebanyakan kedai komputer sesak sejak akhir-akhir ini.

Difahamkan, kedai komputer di sekitar Lembah Klang dan Melaka dipenuhi ibu bapa yang mencari kelengkapan untuk pembelajaran secara atas talian.


ORANG ramai beratur untuk mendapatkan perkhidmatan servis komputer riba di Global We Shop, Ayer Keroh semalam (kelmarin).
Kredit foto: Kosmo

Menurut seorang daripada peniaga di Desa Pandan yang hanya mahu dikenali sebagai Sha, barangan komputer telah mendapat permintaan tinggi sejak sesi persekolahan bermula lagi.

Sebelum ini, stok komputer riba yang datang pasti mengambil masa untuk dijual.

"Tetapi, kini keadaan berubah apabila ibu bapa perlu menyediakan peralatan tersebut untuk anak-anak," katanya.


Sementara itum seorang suri rumah, Norita Awang, 31, mendakwa barangan komputer riba di kawasannya di Bangi telah kehabisan stok.

"Dah masuk tiga kedai nak cari aksesori web kamera, tapi semuanya habis.

"Kedai komputer pun selalunya tak sesibuk ini," katanya menerusi laporan Kosmo.

Untuk makluman, isu PdPR menimbulkan perdebatan dalam kalangan ibu bapa yang memiliki lebih daripada seorang anak dan terpaksa menghadiri kelas PdPR serentak.

Antara persoalan yang timbul adalah masalah peranti elektronik tidak mencukupi untuk diberikan kepada anak dan bimbang jika tidak mengikuti kelas akan keciciran akademik.

Ada juga yang bimbang tidak sempat memantau anak secara serentak ketika PdPR dijalankan serta masalah akses Internet. Namun, apa yang lebih membimbangkan adalah nasib golongan tidak berkemampuan.

Apapun, diharap kerajaan mencari jalan terbaik di saat dunia berdepan pandemik ini.


Sumber: Gempak


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honeybee1802 22-1-2021 12:18 PM
senyum org kedai komputer...tetiba bisnes masyuk..rezeki depa la...
Quote Skuau 22-1-2021 12:29 PM
honeybee1802 replied at 22-1-2021 12:18 PM
senyum org kedai komputer...tetiba bisnes masyuk..rezeki depa la...

setiap perkara ada baik buruknya.
Quote domestobot 22-1-2021 12:31 PM
esok sekolah nak start hari ni baru nak beli eh
Quote vespa_oren 22-1-2021 12:31 PM
untunglah dpt kwsp sinar tahun lepas x sibuk mcm ini
Quote sarah82 22-1-2021 12:39 PM
honeybee1802 replied at 22-1-2021 12:18 PM
senyum org kedai komputer...tetiba bisnes masyuk..rezeki depa la...

Ujian bagi org lain.. Rahmat bagi org lain.
Quote harkktuih 22-1-2021 12:45 PM
Dah tiba masa kerajaan bekalkan laptop kpd student, dan gantikan buku2 teks kepada ebook..
Quote merrissa 22-1-2021 12:50 PM
hurmmm harga printer naik siot...hurm hurm hurm
Quote FOTHER-MUCKER 22-1-2021 12:53 PM
Jikalau anak lebih sorang?

Belikan lah untuk setiap orang!
Quote slavehunter 22-1-2021 12:54 PM
Supposed duit BPN dapat tu belikan laptop untuk anak2.
Quote mikasa 22-1-2021 01:02 PM
Laptop seken boleh dpt bawah 300. Invest beli ssd. Dah cukup laju setakat utk buat google meet/google class.

Masalahnya ramai parent yang tak tahu nak dptkan gajet yg sesuai setakat utk online kelas
Quote KIM.K 22-1-2021 01:06 PM
Cybercafe ni bisnes yang dah nak pelingkup, luput ditelan zaman. Sebab covid biz ni naik balik..kalau tidak harap budak gaming jah penohkan cc
Quote KIM.K 22-1-2021 01:08 PM
harkktuih replied at 22-1-2021 12:45 PM
Dah tiba masa kerajaan bekalkan laptop kpd student, dan gantikan buku2 teks kepada ebook..

Tab pun boleh..harga dalam RM300 sama lappy

Tiba2 barang home office laku
Quote mikasa 22-1-2021 01:10 PM
KIM.K replied at 22-1-2021 01:06 PM
Cybercafe ni bisnes yang dah nak pelingkup, luput ditelan zaman. Sebab covid biz ni naik balik..kala ...

Berdasarkan pemerhatian aku ..sejak covid la punca biznes cybercafe lingkup. Byk dah tutup sejak pkp1.0 lagi. Diorg lelong semua barang pc . Kalau aku ada duit memang aku borong pastu jual balik lepas modified lebih kurang
Quote Boomibulat 22-1-2021 01:23 PM
mikasa replied at 22-1-2021 01:02 PM
Laptop seken boleh dpt bawah 300. Invest beli ssd. Dah cukup laju setakat utk buat google meet/googl ...

pakai tab boleh tak utk kelas online..?
Quote hatikudus 22-1-2021 01:24 PM
Sejak tahun lepas lagi harga naik sb org dah wfh & student ipt pun kelas online. Aku beli 2 biji laptop utk anak2...sorang yg kat ipt, sorang spm 2020
Quote ira_229 22-1-2021 01:27 PM
beli yg refurbish kan lebih murah...
Quote sayawifenikmie 22-1-2021 01:29 PM

sib baiklah tak dak anak tecik  .. nampak haru biru mak pak muda  .... my cucu pun kelas online
Quote Supersirap 22-1-2021 02:38 PM
Rezeki PDPR
Quote KIM.K 22-1-2021 02:42 PM
mikasa replied at 22-1-2021 01:10 PM
Berdasarkan pemerhatian aku ..sejak covid la punca biznes cybercafe lingkup. Byk dah tutup sejak p ...

Maksud aku years since smartphone jadi norm. Semua org boleh access internet
Yg duk cc tu main game. Cc pon kepam yakmat

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.059062 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top