CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Sampai Setahun Kahwin, Mimie Haris Bercerai Lagi

20-1-2021 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26574| Komen: 120

Description: Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitu nasib penyanyi dan pengacara, Mimie Haris, 30, apabila bahtera perkahwinan keduanya gugur menyembah bumi.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitu nasib penyanyi dan pengacara, Mimie Haris, 30, apabila bahtera perkahwinan keduanya gugur menyembah bumi.


Mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang yang dikenali sebagai Amir pada Februari tahun lalu, namun ikatan perkahwinan terlerai, tahun yang sama. Jika dihitung, mereka hanya mengecapi kebahagiaan sebagai suami isteri selama beberapa bulan.

Segala persoalan mula timbul apabila tiada lagi gambar bersama bekas suaminya dalam laman sosial, Instagram (IG), sejak akhir-akhir ini.

Foto: IG

Enggan terus berselindung, wanita kelahiran Alor Setar, Kedah itu mengakui, dia sudah kembali memegang status ibu tunggal, sejak tahun lalu.


"Saya dan bekas suami sudah berpisah. Perkahwinan kami terlerai tahun lalu, tempoh edah pun sudah hampir tamat. Bagi pengikut IG, mereka tahu saya bercerai.

"Apa yang boleh saya katakan, tiada jodoh antara kami. Keputusan ini atas persetujuan bersama. Saya dan bekas suami sudah tidak boleh bersama, jadi jalan terbaik adalah berpisah.

"Saya tahu orang akan cakap, tak sampai setahun sudah bercerai. Bagaimanapun, usahkan setahun, malah ada yang berkahwin selama 30 tahun pun bercerai. Siapa nak berkahwin untuk bercerai, tetapi inilah takdir saya," katanya kepada BH Online.



Enggan mengulas lanjut punca perceraian kali kedua itu, Mimie berkata, dia tak kisah untuk membiarkan orang ramai dengan persepsi mereka.

Baginya, cukup sekadar dia dan keluarga terdekat mengetahui punca perpisahan.

"Mulut tempayan boleh ditutup, tetapi tidak mulut manusia. Tak kisahlah nak cakap apapun, biarlah saya dan keluarga tahu apa yang dihadapi, itu sudah memadai.

"Saya rasa tak perlu nak fikir apa orang nak kutuk. Kalau dengar orang cerca, saya pula tidak boleh meneruskan hidup. Lagipun, saya dan bekas suami tidak boleh hidup bersama. Daripada terus menyakitkan hati, lebih baik kami berpisah," katanya.



Mengulas tindakannya yang kelihatan terbuka berkongsi dalam laman sosial, biarpun ini perkahwinan kali kedua yang gagal dipertahankan, Mimie berkata, dia tidaklah terlalu terbuka berkongsi soal peribadi dan perceraian dalam IG.

"Ramai pengikut yang tertanya-tanya apabila tiada lagi gambar bersama bekas suami. Saya rasa tak perlulah nak berselindung, jadi saya berkongsi perkara sebenar. Lagipun, saya bukan lagi menjadi isteri orang, bimbang timbul fitnah apabila orang tak tahu saya sudah bercerai.

"Jika ikutkan, usia saya masih muda dan tiada cahaya mata anak lagi. Sudah tentu, saya mahukan hubungan yang berkekalan sama seperti pasangan suami isteri lain.

"Jadi, nak kata serik, tidak juga. Kalau ada jodoh, adalah... Tetapi, buat masa sekarang, saya baru sahaja bercerai, perasaan nak berkahwin lagi memang tiada," katanya.

Mimie atau nama sebenarnya, Norshamimi Ahmad Haris berkata, kegagalan dalam dua perkahwinan lalu mengajarnya erti kesabaran dalam menghadapi dugaan.

"Dugaan bukan hanya dalam perkahwinan tapi di luar perkahwinan juga ada. Antara dugaannya dari orang sekeliling.



"Kami bercerai bukan disebabkan tiada cahaya mata. Tidak rezeki lagi nak memiliki anak, nak buat macam mana? Apabila direnung semula, kalau ada anak pun susah jika hubungan saya dan bekas suami tiada keserasian. Tetapi, jika dipertemukan jodoh lagi, saya memang mahukan anak," katanya.

Mimie berkata, dia tidaklah bersedih sangat, mungkin disebabkan sibuk bekerja.

"Saya mahu menjadi wanita berdikari dan tidak mengharapkan lelaki bertanggungjawab atas kehidupan sejak dahulu lagi. Apapun, saya usaha sendiri.



"Saya lebih cenderung kepada dunia pengacaraan. Bagaimanapun, saya merancang mengeluarkan single baharu selepas kali terakhir pada 2013.

"Sebenarnya, saya ada menyanyikan lagu runut bunyi untuk beberapa drama. Saya setuju mahu menghasilkan single selepas dipelawa rakan yang juga pengacara dan komposer, Zack Merican," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jemahjacjon 20-1-2021 08:47 AM
Siapa ni? Pelakon ke?
Quote putu 20-1-2021 08:50 AM
Maaf..xkenal
Quote BoongaKertas 20-1-2021 08:52 AM
muka mcm dena emir sikit gmbr first tu. salam takziah mimie, takpe baru 30 tahun. nnti ada jodoh lagi insyaallah.
Quote Redmyvi 20-1-2021 08:56 AM
Musim pkp ni kalau tak berita kawen mesti cerai.. huhu

Makin maju makin sukar to keep a good relationship..
Quote nad014 20-1-2021 08:58 AM



ingat amira othman tadi
Quote Meiizu 20-1-2021 09:02 AM
So ig jadi pengukur...sape padam gmbr spouse maknanya divorce

Sape ehhh dia ni..pnjng lebor explain
Quote dejure 20-1-2021 09:02 AM
Cakap je la nak tangkap jerung lg besar..yelah musim2 covid ni pilot gaji dah x lebat mcm biasa..kalau dulu kahwin pilot ingat boleh tumpang senang,sekali kena tanggung laki sape yg sanggup.
Quote EvieWanKenobi 20-1-2021 09:03 AM
sapa ni? berlakon citer apa?
Quote crossline 20-1-2021 09:05 AM
Cj wow shop tu dia ke?
Quote bakingsoda 20-1-2021 09:16 AM
host yg pendek2 gundu tu ke ni? cerai sbb laki dah jobless ke?
Quote cicicumel 20-1-2021 09:18 AM
Dia ni batch AF ke berapa?
Quote sofyayra 20-1-2021 09:24 AM
Hangpa ni pndai main forum, tp tak reti google nama dia ka. Kalu sebut baby rina tau pulak nohh

#bukanmimiharis
#bukanfansdiajugak
Quote exclusive_vvip 20-1-2021 09:28 AM
padan la dgn muka set2 pilot yg gigih nak berbinikan retis/pengacara/selebriti
Quote codenamedream 20-1-2021 09:29 AM
Lantaklah dia sapa.  Memang x pernah dgr nama.  

Cerai x ber anak akan dia?  Kenapa perenggan pertama tu cakap kembali memegang status ibu tunggal?  
Quote newme11 20-1-2021 09:33 AM
codenamedream replied at 20-1-2021 09:29 AM
Lantaklah dia sapa.  Memang x pernah dgr nama.  

Cerai x ber anak akan dia?  Kenapa perenggan per ...

Mungkin wartawan tu x selidik dulu....
main tabur je tulis...
Quote fifie_olin 20-1-2021 09:33 AM
aku tau dia ni pom drp if fatin afeefa...bff katanya
Quote Nenasketum 20-1-2021 09:34 AM
Takperrr, asal seleb berderet jantan nak berbini kan depa nih.
Quote tagas 20-1-2021 09:34 AM
Edited by tagas at 20-1-2021 09:35 AM

https://youtu.be/NnqTib39sao

yg aku taw ade dlm y shop n

lagu raya najwa latif je minah ni

lain mcm sendu

Quote hmylieenz 20-1-2021 09:35 AM
berlakon cite apo minah ni ehhh

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.061117 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top