CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Isteri Degil Enggan Buat Swab Test Kini Nazak Positif Covid-19, Doktor Tak Pasti Pengakhiran Mereka

13-1-2021 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11709| Komen: 70

Description: Memasuki minggu kedua tahun 2021 dan hampir genap setahun sejak negara pertama kali mencatatkan kes Covid-19, jumlah kumulatif kes positif virus berkenaan telah melebihi 135,000 dengan jumlah kes akti ...
Memasuki minggu kedua tahun 2021 dan hampir genap setahun sejak negara pertama kali mencatatkan kes Covid-19, jumlah kumulatif kes positif virus berkenaan telah melebihi 135,000 dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencecah 30,000 kes.


Dalam pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerja keras untuk merawat pesakit Covid-19 yang tidak putus-putus hadir ke fasiliti kesihatan, namun wujud pula segelintir golongan yang percaya bahawa virus tersebut hanya konspirasi.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, seorang doktor berkongsi kisah membabitkan pesakit yang begitu degil dan bermati-matian enggan mengaku dirinya dijangkiti virus Covid-19 walaupun telah menunjukkan simptom yang ketara.

Menurut Dr Malar Santhi Santherasegapan, pesakit wanita berkenaan hadir ke klinik untuk mendapatkan rawatan selepas tiga hari merasai perbezaan pada badannya.

Gambar Hiasan


"Hari ketiga tak sihat, dia pergi ke klinik GP, diperiksa oleh doktor, dan disarankan buat Covid test. Dia tak nak sebab suami dia tak percaya Covid ni.. Saja je doktor nak kaut untung, sebab tu suruh test, kata suaminya.

"Dia tak ada kontak rapat maka tak boleh dipaksa buat Covid test, jadi discharge la dengan ubat. Hari keenam tak sihat, sama sahaja ceritanya. Tak demam, tak ada simptom lain, tak sedap badan saja.

"Kali ni setelah diperiksa, doktor dengar bunyi tak best dalam paru-paru. Maka buatlah x-ray dada. Dah nampak 'pneumonia' ala-ala jangkitan Covid-19. Sekali lagi dia dinasihatkan dan dipujuk untuk buat swab test. Masih tak nak. Suaminya pasti itu bukan Covid-19... ye la, Covid-19 ni konspirasi je," kongsi doktor berkenaan.

Masih berdegil, pesakit berkenaan enggan melakukan ujian calitan sehinggalah keadaan kesihatannya bertambah teruk apabila memasuki hari kesembilan.

"Hari kesembilan tak sihat, ke hospital juga akhirnya. Nafasnya nampak laju sikit, nampak letih dan mengah. Si suami nampak agak risau. Oksigen dalam 94 hingga 95 peratus je. Buat x-ray sekali lagi. Tu dia... Full blown Covid-19 pneumonia, memang dah tak lain tak bukan!

"Kali ni baru setuju untuk dibuat swab test. Suami sempat sergah 'Korang saja buat swab sebab nak charge mahal-mahal kan?'. Swab test RT PCR Covid-19 positif! Doktor tak terkejut pun," tulisnya.

Namun menurut Dr Malar, apa yang lebih membuatkan doktor terkejut adalah pengakuan jujur pesakit berkenaan, sebaik sahaja disahkan positif Covid-19.

"Barulah nak mengaku rupanya demam dah 10 hari, cirit birit 10 hingga 15 kali sehari sebab ambil vitamin C bergelen-gelen. Patutlah ujian darah buah pinggang tunjuk semua nombor tinggi menggunung.

"Setelah dirujuk ke hospital Covid-19 negeri berkenaan, pesakit ni masih nazak, masih bertarung nyawa. Suami pun dah positif dan diberi bantuan pernafasan, koma juga. Memang tipu je kan?

"Saya harap pasangan ni didatangi malaikat ketika dalam koma dan diberi hidayah untuk menerima hakikat pandemik Covid-19. Semoga mereka boleh beri kesedaran kepada orang lain setelah sembuh nanti," tulis doktor berkenaan.

Sehingga kini perkongsiannya meraih 7,900 shares di Facebook selain dibanjiri ribuan komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 13-1-2021 11:44 AM
kalau aku, biar je dia mati mereput kat umah. tak koser nak rawat #donehatibusuk
Quote nazzse 13-1-2021 11:46 AM
Golongan benak.com
Quote Tinot7 13-1-2021 11:48 AM
nak denial pun agak2 la..
Quote JunkMail 13-1-2021 11:49 AM
Biar je lah mampos situ. Takyah kasi ventilator..
Quote sarah82 13-1-2021 11:51 AM
Bagi penerajang kat tengah belakang si suami tak guna.
Quote matchstick 13-1-2021 11:51 AM
Poremer blastoff dgn wife nye ke tubior je lah diorg mereput
Quote little_sis 13-1-2021 11:59 AM
Risau kena bayar mahal kot, tapi telan byk vitamin C tu
Quote sarahmirza 13-1-2021 12:09 PM
Pilihan dia kan...Suruh je sign persetujuan tidak diberikan rawatan walaupun ada peluang selamat jika buat bantuan kecemasan... Macam dalam drama omputih tentang ER...
Quote Normabaru 13-1-2021 12:20 PM
Posting doctor yang rawat tu tuju kat anti vaks ke..

Cuba baca article dari pakar pharmacology and toxicology ni.. Then tell me how 'kepercayaan pada covid + vaksin covid' ni mampu selamatkan nyawa this two couple

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/is-the-pfizer-vaccine-suitable-for-malaysia-272804
Quote tipuware 13-1-2021 12:22 PM
buat isteri2 diluar sana, jgn letakkan kesihatan korang di tangan suami korang. kalau rasa badan tak sedap ke apa ke, jgn masih totok nak dgr ckp suami. yg menanggungnya korang. selain covid ni, byk dah baca kes wife caya bulat2 kat arahan suami.. cancer, demam denggi.. dgr aje ckp suami takyah gi jmp doktor, nnt kebah la.. skali, ko mati, laki kawin baru pakai harta ko.
Quote Aerhys 13-1-2021 12:24 PM
Apa apa ubat atau supplement pun kalau diambil berlebihan sampai overdose boleh mendatangkan kesan yg berbahaya. Covid virus is real. Sebab itu kena jaga kesihatan baik2 dan cuba tingkatkan sistem pertahanan badan dgn mengamalkan pemakanan seimbang, gaya hidup sihat di samping pengambilan food supplement yg berdaftar dan diiktiraf KKM.
Quote xy_daen 13-1-2021 12:25 PM
matchstick replied at 13-1-2021 11:51 AM
Poremer blastoff dgn wife nye ke tubior je lah diorg mereput

Blassoff tu lelaki ke? Gaya menulis macam perempuan.... Ke pondan?
Quote darkness 13-1-2021 12:27 PM
Mendapatla dgn hasil kepercayaan dia terhadap ketidakwujudan korona. Kurang2 populasi degil nak mampos ni hilang
Quote hotmak 13-1-2021 12:34 PM
tapi kalau dorang mati sendiri kat rumah, susah jugak, sebab kita tak boleh uruskan jenazah mati covid ni sebarangan kan
Quote sofyayra 13-1-2021 12:34 PM
Dr srh buat penjarakan kehamilan, taknak kata suami tak bg, anak punca rezeki alasan dia.

Dr srh buat covid test pun taknak, laki tak bg pasal $$$

Para bini jgn jadi bangang leh tak? Semua benda ke ko nak kena minta izin laki even it caused your life. Takut sangat laki tak redha, tak dapat syurga kan.
Quote putericahaya999 13-1-2021 12:41 PM
Geng antivaks ke
Quote zuliana29 13-1-2021 12:44 PM
sedangkan sakit perut cirit birit pun g klinik utk check, ni kan pulak demam selsema cirit birit berhari2.. gila punya org huhu..
Quote cmf_premierleag 13-1-2021 12:48 PM
biar je la malaikat izrail dtg buat keje dia kat laki bini ni
Quote auntieagony 13-1-2021 12:50 PM
Auntie suka ayat ni....

"Saya harap pasangan ni didatangi malaikat ketika dalam koma dan diberi hidayah untuk menerima hakikat pandemik Covid-19. Semoga mereka boleh beri kesedaran kepada orang lain setelah sembuh nanti," tulis doktor berkenaan.

Doktor tu tetap berdoa yg baik2 kpd pesakit2 tu walaupun diberikan feedback/tindakbalas negatif oleh 2 pesakit yg kurang bijak tu. Mmg bagus akhlak doktor tu.

Kalau 2 pesakit covid yg tak percayakan covid tu nak memudaratkan diri sendiri, itu pilihan mereka. Tapi mereka juga mampu memudaratkan org2 lain yg berhubungan dekat dgn mereka, iaitu anak2, kawan2 pejabat, jiran2, pembeli di kedai2/pasaraya tmpt mereka membeli-belah dll. itu adalah seperti jenayah yg sgt dahsyat.

Sungguh kurang bijak dan mementingkan duit/harta dunia. Dlm kata lain, mementingkan diri sendiri.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.104318 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top