CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mitos Batu Gergasi "Golden Rock" Yang Hanya Akan Jatuh Jika Disentuh Wanita

13-1-2021 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3578| Komen: 8

Description: Tahukah anda di dunia ini ada beberapa lokasi yang dinamakan sebagai ‘lokasi graviti gagal’ kerana binaannya yang melawan graviti.

Sumber: TripAdvisor


Mitos di sebalik batu gergasi di Myanmar.

Tahukah anda di dunia ini ada beberapa lokasi yang dinamakan sebagai ‘lokasi graviti gagal’ kerana binaannya yang melawan graviti.

Sebagai contoh sebuah pagoda di Gunung Kyaiktiyo yang dikenali sebagai batu gergasi Golden Rock menjadi salah satu lokasi graviti gagal yang sering mendapat tumpuan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara.


Sebenarnya kalau dilihat dari jauh tiada apa pun yang istimewa tentang batu ini, namun sekiranya mendekat anda akan dapat melihat kedudukan batu tersebut mencuram ke bawah namun tetap kekal berada di situ tanpa terjatuh.



Secara logik, keadaan batu tersebut memungkinkannya untuk terjatuh namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sudah 2,500 tahun kekal di situ, menurut mitos dan kepercayaan masyarakat setempat, batu yang berada di ketinggian 3,609 kaki sebesar 49 kaki tersebut hanya akan jatuh disebabkan tangan wanita yang memegang.

Sumber: Against The Compass


Atas alasan itu jugalah pengunjung wanita tidak dibenarkan untuk mendekat di lokasi tersebut apatah lagi memegang batu berkenaan bagi memastikan kedudukan batu emas ini terjaga dan tidak berubah.

Sumber: Against The Compass


Dipanggil Golden Rock kerana ditutup dengan daun emas, lagenda juga ada menyebut di sebalik batu tersebut ada tersembunyi sehelai rambut Buddha yang mengagumkan raja cakerawala sehingga menyebabkan baginda menggunakan kuasa ghaibnya untuk membawa batu berkenaan ke lokasi sekarang.



Bercerita mengenai mitos, ada satu mitos yang sering dipercayai masyarakat Melayu iaitu kesan  lebam pada tubuh selepas bangun daripada tidur ianya adalah perbuatan jin yang menggigit.




Sumber:
Pagoda Kyaiktiyo
Namri Sidek
Odisi.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 13-1-2021 05:47 PM
Adik i pandai susun batu sungai tinggi2
Quote lavendernovella 13-1-2021 05:55 PM
lattehazelnut: Adik i pandai susun batu sungai tinggi2

Terernyer , pernah try dan gagal ...  gagal cari sisi gravity paling tepat
Quote Daftpunk_shine 14-1-2021 12:48 AM
Ayuh sajat! Buktikan
Quote GigaMom 14-1-2021 01:41 AM
Ai byk kali lebam kat badan masa remaja je
Zaman mak2 dh xdak pulak
Quote nanies 14-1-2021 10:07 AM
ni semua kuasa Allah
Quote chauky314 14-1-2021 02:16 PM
........ x penah pompuan try ya
Quote chinta89 14-1-2021 11:07 PM
Tiber ada kisah psl gigitan lebam pulak.  Mcm la x leh relatedkan dgn mitos lain..
Quote Jorja 15-1-2021 07:41 PM
Cantiknya batu emas bulat

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.042501 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top