CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Siapa Tak Cuak Dapat Tahu BF Rupanya Suami Orang, Nasib Baik Prank Je!

16-12-2020 12:34 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3678| Komen: 11|Original author: Oleh: LilRose

Description: Perkara paling ditakuti setiap wanita pastinya situasi di mana tidak mengetahui sekiranya teman lelaki sebenarnya suami orang.
Perkara paling ditakuti setiap wanita pastinya situasi di mana tidak mengetahui sekiranya teman lelaki sebenarnya suami orang.

Mana tidaknya, sudah banyak kali terjadi kes wanita ditipu kekasih yang sebenarnya sudah menjadi milik sah wanita lain.


Menerusi video tular di Twitter, seorang gadis bersedia untuk 'mengangkat kaki' apabila dimaklumkan teman lelakinya sebenarnya sudah berkahwin.


Kredit foto: Twitter

Menerusi video itu, dia didatangi seorang wanita yang merakam pertemuan mereka di hadapan sebuah pasar raya Mydin.

Kedengaran suara si perakam bertanya kepada gadis berkenaan sama ada dia menjalin hubungan cinta dengan lelaki bernama 'Kamal'.

Wanita terbabit juga mengenalkan dirinya sebagai isteri kepada Kamal dan memberi amaran supaya gadis itu tidak mengganggu suaminya lagi sebelum meminta dia mengikutinya ke kereta.




Rupa-rupanya, wanita terbabit diupah teman lelakinya untuk melakukan prank dan memberi beberapa hadiah kejutan buatnya.

Jelas reaksi lega dan gembira di wajahnya apabila mengetahui ia hanya gurauan. Malah, dia sempat mencubit wanita yang 'mengenakannya' itu.

“Ingatkan betul-betul dah kahwin. Kalau dah kahwin takpe, ramai lagi lelaki,” ujarnya berseloroh.



Nasib baik gadis itu cool saja, buatnya jadi benda lain apabila diberitahu Kamal sudah berkahwin, tak ke naya? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 16-12-2020 12:38 PM
Demi content sanggup buat kau camni..
Kalau iols bye je..
Kang seumur hidup kau kne prank je..
Quote Tinot7 16-12-2020 12:47 PM
Tak gemar prank mcm ni.
Prank mcm ni baru best.. hehe..

[youtube]8E1YjIHMxAs[/youtube]
Quote Normabaru 16-12-2020 12:53 PM
Kaka suka attitude budak ni..Wpon keje sekadar di mydin tp jenis bkn murahan.. dh mmg kapel tp xheran pon kalau laki tu dh kawen.. Siap blh cakap xkisah blh cari laki lain..nangis pon sbb dpt hadiah. Bkn nangis sbb hilang maruah

Quote irish_ieka 16-12-2020 01:02 PM
prank ni annoying gila. kalau aku tinggal je
Quote Kurex 16-12-2020 01:03 PM
Pundekkkk punya attention seeker
Quote brego 16-12-2020 01:26 PM
bosan betul forum hari nih, banyak drama2 bodoh jer
Quote husna_amal 16-12-2020 03:02 PM
Steady je adik tu walaupun dah rasa sebak dalam hati sebenarnya.
Quote Artemesiaa 16-12-2020 04:39 PM
Kowser melayan
Quote salmon-suki 16-12-2020 11:02 PM
Kalau mcm ni boleh buat jd feymes,ai pn boleh jaja kisah chentaaaa ai jgk laa mcm ni..cumanya ai xkena prank,ai betul2 kena tipu..{:smile

Maybe ai akan jd terkenal,dpt ramai polowers kat socmed,hence ai boleh bt utube n dpt income drpd situ..awwwwwww~{:love
Quote Perawankota 17-12-2020 04:09 AM
X suka tul prank2 mcmni
Quote ninnamina 19-12-2020 12:59 AM
Cheap story

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.235824 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top