CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Sebulan Cerai, Lelaki Terkejut Tengok Bekas Isteri Tergantung Di Dapur

16-12-2020 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6899| Komen: 32

Description: Seorang lelaki terkejut apabila melihat bekas isterinya mati tergantung di rumahnya di Kampung Dusun Buruk Temangan di sini pada malam Isnin.
Seorang lelaki terkejut apabila melihat bekas isterinya mati tergantung di rumahnya di Kampung Dusun Buruk Temangan di sini pada malam Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, bekas suami mangsa dikatakan pergi ke rumah tersebut untuk menghantar makanan, bagaimanapun terkejut apabila mendapati wanita itu tergantung di bahagian dapur rumah.



Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, mangsa yang berumur 34 tahun itu baharu sahaja bercerai dengan bekas suami kira-kira sebulan lalu.

“Saksi awal kejadian iaitu bekas suami mangsa memberitahu setibanya dia di rumah tersebut dia mendapati mangsa telah tergantung dan tidak bergerak.

“Dia telah menggunakan gunting untuk menurunkan mangsa dan ada kesan lilitan tali pada bahagian leher mangsa yang mana dipercayai telah menggantung diri dengan menggunakan tali tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa tinggal berseorangan di rumah berkenaan, namun bekas suaminya masih lagi datang ke rumah tersebut untuk menghantar makanan.

Menurutnya, lelaki itu bekerja sebagai tukang rumah di sekitar Temangan dan Machang dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian juga mendapati kediaman tersebut hanya sebuah rumah usang yang tidak terurus.

“Tiada unsur jenayah berlaku dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-12-2020 10:42 AM
Tak boleh move on la tu
Quote TravellingBear 16-12-2020 10:55 AM
kesian. terlampau tertekan
Quote sojambu 16-12-2020 10:58 AM
Mesti ex-wife tak dpt terima hakikat diceraikan
Quote Artemesiaa 16-12-2020 11:02 AM
Amat tertekan tak ada sokongan dari keluarga dan rakan pasti jalan tu dipilihnya
Quote tumpanglalu74 16-12-2020 11:06 AM
Bunoh diri?
Quote Redmyvi 16-12-2020 11:10 AM
Walau pun dah bercerai tapi ex husband still hantar makanan.. mungkin masih sayang kot..

Kesiannya..
Quote Noraniza_Iblis 16-12-2020 11:13 AM
leluhur kelly kee
Quote husna_amal 16-12-2020 11:34 AM
Kesiannya pilih cara bunuh diri. Kalau mangsa ni orang islam berat dosa yang dia pikul.
Quote cikmi 16-12-2020 11:36 AM
ye ke bunuh diri? teringat tgk kat channel CI, laki dia kata konon bini dia bunuh diri..tup2 rupanya dia yg bunuh tp buat2 konon bini bunuh diri
Quote EvieWanKenobi 16-12-2020 11:38 AM
baiknya bekas suami masih sudi hantar makanan hari2..
Quote Buritan 16-12-2020 11:39 AM
cikmi replied at 16-12-2020 11:36 AM
ye ke bunuh diri? teringat tgk kat channel CI, laki dia kata konon bini dia bunuh diri..tup2 rupanya ...

Emm mcm betul jugak ckp hang.. mana nak tau.. dia yg bunuh pas tuu purak purak kata munuh diri
Quote cikmi 16-12-2020 11:43 AM
Buritan replied at 16-12-2020 11:39 AM
Emm mcm betul jugak ckp hang.. mana nak tau.. dia yg bunuh pas tuu purak purak kata munuh diri

tetiba teringat kes yg staff tv9 kan? yg laki dia bunuh tp pura2 tak th. siap iring sampai ke kubur.. tup2 kena tangkap rupanya dia yg bunuh
Quote Buritan 16-12-2020 11:44 AM
cikmi replied at 16-12-2020 11:43 AM
tetiba teringat kes yg staff tv9 kan? yg laki dia bunuh tp pura2 tak th. siap iring sampai ke kubu ...

Tp lopes jugakkan.. ke aku silap kes lain
Quote cikmi 16-12-2020 11:49 AM
Buritan replied at 16-12-2020 11:44 AM
Tp lopes jugakkan.. ke aku silap kes lain

lepas ke? rs mcm kena hukum.. tp tak sure la..kena check blk
Quote Tinot7 16-12-2020 12:00 PM
Takziah kpd keluarga... sbb apa depa bercerai?
Quote Atata 16-12-2020 12:05 PM
cikmi replied at 16-12-2020 11:36 AM
ye ke bunuh diri? teringat tgk kat channel CI, laki dia kata konon bini dia bunuh diri..tup2 rupanya ...

Atau kes si bini kata laki mati tebakar henpon meletop time charging rupanya dia ngan anak2 gundut dia punya kerja.
Quote tripleid 16-12-2020 12:10 PM

machang mana ada kelly..melayu 100%
Quote Normabaru 16-12-2020 12:16 PM
Aik anta makanan jam 11mlm? Bau ikan..
Quote shida81 16-12-2020 12:19 PM
cikmi replied at 16-12-2020 11:36 AM
ye ke bunuh diri? teringat tgk kat channel CI, laki dia kata konon bini dia bunuh diri..tup2 rupanya ...

haha.. ak pun terpikir mcm nie...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.141529 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top