CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erma Fatima, Ogy Ahmad Daud Bergaduh Lagi?

16-12-2020 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13393| Komen: 52

Description: Persengketaan dua bintang, Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima pernah mencetuskan kontroversi, malah kisah hangat diva popular itu pernah dipaparkan menerusi telefilem berjudul Pengantin Popular yang d ...
 Persengketaan dua bintang, Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima pernah mencetuskan kontroversi, malah kisah hangat diva popular itu pernah dipaparkan menerusi telefilem berjudul Pengantin Popular yang disiarkan menerusi slot Cerekarama di TV3 pada 1994.


Telefilem Pengantin Popular secara jelas menunjukkan realiti di sebalik persengketaan dua pelakon hebat itu. Umumnya, mengetahui 'perang dingin' antara mereka bukan kisah dongeng, sebaliknya benar-benar berlaku.

Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy membawa watak pelakon senior bernama Gee, manakala Erma memegang watak Erna digambarkan sebagai pelakon baharu yang mula mendapat perhatian. Gee dilihat tercabar dengan kehadiran Erna.

Kredit foto: IG


Menerusi telefilem itu, terma 'over acting' dan 'stereotype' menjadi fenomena. Erna menyifatkan lakonan Gee 'over acting', manakala Gee pula melihat lakonan Erna sangat 'stereotype'.

Bagaimanapun, hubungan Ogy dan Erma kembali jernih pada 2015. Erma mengundang Ogy untuk menjayakan pementasan teater, Mok Cun di Istana Budaya.

Selepas 26 tahun berlalu, Ogy dan Erma kembali bersatu dalam drama bersiri, Diva Popular terbitan Rumah Karya Citra. Drama bersiri 21 episod akan bersiaran di kaca Awesome TV.

Untuk versi baru, Erma mengesahkan menerbitkan drama bersiri, Diva Popular.

"Akhirnya, Erma dan Ogy bersatu kembali. Saya mahu mengekalkan pengarah, Rashid Sibir yang sebelum ini mengarahkan telefilem Pengantin Popular memikul tanggungjawab ini.

"Awalnya, saya hanya mencuba nasib menghantar kertas cadangan drama ini kepada Awesome TV. Tak sangka, mereka berminat, jadi saya teruskan.

"Bagaimanapun, drama Diva Popular ini tidak sama seperti telefilem Pengantin Popular. Ia lebih kepada kisah yang tercetus pada anak kami. Saya memegang watak Datuk Rona Di Alfonso Di Al Bukhari, manakala Ogy pula Lola Kartika," katanya kepada BH Online.

Erma berkata, watak anak pula dipikul oleh Nabila Huda dan Tiz Zaqyah.

"Nabila menjadi anak saya menerusi watak Erma Erika. Tiz pula anak Lola dengan watak Ika Natelia.

"Watak anak mereka mewakili artis zaman sekarang. Erma Erika digambarkan pelakon kayu yang tidak berbakat dan masa sama bergelar Youtuber dengan suara ke laut.

"Bagaimanapun, Erma Erika mempunyai ramai pengikut di Instagram. Ika Natelia pula pernah merangkul anugerah berpaksikan popular dan mahu menjadi pelakon terbaik.

"Malangnya, Ika Natelia jenis tak berdisiplin dan dalam masa sama hanyut bercinta dengan Shazwan lakonan Ben Amir," katanya.

Erma berkata, plot jalan cerita menjadi lebih 'malapetaka' apabila Lola dan Datuk Rona masuk campur dengan kekecohan melanda anak mereka.

"Dalam drama ini, banyak kekecohan yang dicetuskan Erma Erika dan Ika Natelia.

"Dijadikan cerita, pelakon yang menggantikan Ika Natelia dalam drama ialah Erma Erika. Jadi, apabila Lola dapat tahu bertambah panas hubungannya dengan Datuk Rona," katanya

Ketika ini, penggambaran drama Diva Popular sedang rancak dijalankan. Turut membintanginya ialah bintang Youtuber dan Instafamous seperti Ucop dan Irfan.

Sementara itu, Tiz berkata, dia teruja membintangi drama ini.

"Rasa 'wow' apabila dapat menjadi anak primadona Fauziah Ahmad Daud. Beliau banyak memberi tenaga positif ketika berlakon.

"Banyak ilmu yang ditimba menerusi pengalamannya. Ia termasuk bagaimana melihat graf lakonan. Saya bersyukur mendapat menyerap ilmu yang tidak diketahui," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nadie90 16-12-2020 11:02 AM
Gaduh psl ap lg?...artikel mcm xkarang habis lps tu trus release kluar.....
Quote RatuDunia94 16-12-2020 11:16 AM
nadie90: Gaduh psl ap lg?...artikel mcm xkarang habis lps tu trus release kluar.....


Tajuk je gempak.. dulu kan ogy dgn erma bergaduh slm drama pengantin popular. N deols nk remake balik drama tu versi 2020. So reporter tulis lah tajuk deols nak bergaduh lagi versi 2020? Koserrr..
Quote husna_amal 16-12-2020 11:27 AM
Agak terperinci jugak artikel yang ni.
Quote EvieWanKenobi 16-12-2020 11:31 AM
thread apa ni? tajuk dan cerita takde kaitan..
Quote Kurex 16-12-2020 11:33 AM
Awal pagi dah afa benang ni. Srbab reputs cari ni palat semuanya, tetap buksk benang sama semata nk capai target
Quote Suchi 16-12-2020 11:34 AM
Begitu terperinci sekali walaupun tajuk thread agak mengundang pada awalnya.
Quote manehnya 16-12-2020 11:38 AM
Waaaa bestnyaaa
Quote drivethru 16-12-2020 11:38 AM
Awesome tv ni atok gelang punye ke?
Quote nanie 16-12-2020 11:39 AM
masa shooting cite pengantin popular tu diorg tgh gaduh ke/.
Quote harisbee 16-12-2020 11:48 AM
Kat mana nak tgk awesome tv ni..streaming online ke
Quote SKUTIL 16-12-2020 12:17 PM
Sekarang AWESOME TV adalah pilihan i .... Dia xde berita xde politik talk just entertainment only ....rancangan lawak best ..rancangan realiti tv dia pun best.... Ada bual cara artis2 lama ...eh mcm2 rancangan best dkt Awesome Tv {:hooray
Quote kucingitam 16-12-2020 12:18 PM
biasa lah tajuk klikbait..
Quote dauswq 16-12-2020 12:21 PM
RatuDunia94 replied at 16-12-2020 11:16 AM
Tajuk je gempak.. dulu kan ogy dgn erma bergaduh slm drama pengantin popular. N deols nk remake  ...

so nabila huda dan tiz zaqyah pulak sambung bergaduh erk?

Quote tripleid 16-12-2020 12:24 PM
Awesome tv ni program gempak2 la jugak..tapi bab promosi kurenggg
Quote debab_78 16-12-2020 12:24 PM
Bagi aku tajuk ni cuma marketing utk up drama je
Quote Normabaru 16-12-2020 01:01 PM
Reputs xhabis sekolah ka?
Baik ko tulis erma bunuh ogy terud. click bait sungguh.puik!
Quote fizamn 16-12-2020 01:14 PM
Mcm best ajee drama nie..nabila dan tizz.. yeahh
Quote ellZack 16-12-2020 01:14 PM
Edited by ellZack at 16-12-2020 01:45 PM
harisbee replied at 16-12-2020 11:48 AM
Kat mana nak tgk awesome tv ni..streaming online ke


Ada apps. Boleh tengok kat situ. Streaming tak sure. YouTube pun ada. Search je Awesome TV.
Quote captainQUE 16-12-2020 01:43 PM
Daku tertipu... ingat Betul2 Gaduh, rupanya berlakon sama...

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055312 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top