CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selawat Pun Kena Kecam, Zizi Kirana Pernah Jadi Guru Mengaji Tau!

16-11-2020 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7133| Komen: 25

Description: Bukan perkara mengejutkan apabila penyanyi berimej seksi, Zizi Kirana menyanyi dan mengalunkan selawat Qomarun atau Purnama bersama kumpulan UNIC.
Bukan perkara mengejutkan apabila penyanyi berimej seksi, Zizi Kirana menyanyi dan mengalunkan selawat Qomarun atau Purnama bersama kumpulan UNIC.

Sebelum ini, Zizi atau nama sebenarnya, Nurfazelah Mad Tahil pernah mendedahkan dirinya seorang penyanyi nasyid di bangku sekolah dan pernah menjuarai pertandingan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan, suatu ketika dahulu.

Foto: Berita Harian

Selain itu, penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak dan Eh itu pernah bergelar guru al-Quran di kampung halamannya di Semporna, Sabah, pada usia 17 tahun.

Diakui, ramai yang memuji suara dan cara Zizi mengalunkan selawat dan qasidah kerana sebutan bahasa arabnya yang cemerlang dan bagus.


Bagaimanapun, tidak kurang juga ada netizen yang mengecam Zizi apabila dilihat cukup bertentangan dengan penampilannya yang seksi dan menggoda dalam ruangan komen video selawat itu.

Zizi berkata, bohonglah jika tidak terkilan dengan kecaman netizen menerusi video selawat itu.

Foto: IG

"Tidak dinafikan, saya berimej seksi, tetapi saya juga manusia. Saya tak kisah kecam dalam laman sosial saya, tetapi janganlah cakap bukan-bukan dalam video muzik selawat ini, tidak manis. Jika hanya membabitkan saya, mungkin saya tak ambil peduli.

"Saya rasa tidak sedap hati apabila kumpulan UNIC terpalit sama. Lagipun, penampilan saya video muzik ini bukan terdedah, saya pakai baju menutup aurat.

"Seperti yang selalu saya katakan, siapa mereka mahu menilai dan menghukum saya, hanya kerana penampilan diri. Namun, adatlah dunia hiburan, buat baik salah, buat jahat apatah lagi. Saya juga semakin lali dan sudah tiada perasaan apabila bertalu-talu dikecam.

"Mujurlah, anggota UNIC, Ustaz Fakhrul dan Bazli memberikan kata semangat. Biarlah orang nak kata apa, yang penting niat. Ustaz Fakhrul pun cakap, jangan ambil kisah apa orang cakap," katanya kepada BH Online.



Zizi berkata, idea kerjasama terjadi secara spontan apabila dia bertanya mengenai sebutan qasidah dan selawat dengan Ustaz Fakhrul, akhirnya timbul pula idea bekerjasama.

"Saya bersyukur Ustaz Fakhrul dan Bazli memuji sebutan saya. Saya selalu percaya, kita kena teroka perkara lain dalam hidup ini. Ada kala perkara yang tidak dirancang, tetapi inilah yang berlaku.

"Cuma, saya sudah dapat mengagak pasti kena kecam apabila terbabit dengan projek ini. Saya minta kalau nak hentam, buatlah dalam ruangan lain, tak perlu di bawah video selawat ini," katanya.



Sementara itu, anggota UNIC, Ustaz Fakhrul atau Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin berkata, kecaman bukan jalannya, sebaliknya mendoakan yang terbaik buat Zizi.

"Kita orang Melayu dan Islam ada adab. Adab dalam hal menegur dan menerima teguran, semuanya kena dengan cara berhemah. Kita tak tahu atas asbab doa, Allah angkat doa kita dan orang boleh berubah menjadi lebih baik, insya-Allah. Keluarga kita pun Allah pelihara daripada sebarang keaiban. Jadi, janganlah mengaibkan orang lain.

"Idea kolaborasi dicetuskan Zizi. Bagi UNIC, sesiapa pun artis yang ada idea baik dan memberi manfaat, kami sentiasa terbuka. Mungkin ada yang mempersoal kenapa Zizi dan bukan penyanyi lain kerana umum mengetahui cara dan gaya Zizi sebagai anak seni.

"Bagi saya dan Bazli, menghakimi orang bukan jalan terbaik. Kita harus terus mendoakan yang baik-baik. Kita pun ada anak, isteri, ibu bapa dan adik beradik. Adakah kita suka insan disayangi dihakimi? Saya percaya ramai yang tidak mahu perkara ini terjadi. Sekalipun tak suka, tak perlu menghakimi," katanya.


Katanya, dia memuji kebolehan Zizi mengalunkan selawat, qasidah dan menyampai lagu berirama padang pasir.

"Walaupun Zizi seorang penyanyi rap, kebolehannya mengalunkan lagu kerohanian dan Asia Barat cukup terserlah. Sejujurnya, kami berterima kasih kepada Zizi kerana sudi mengajak kami bekerjasama," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazza2802 16-11-2020 03:44 PM
alahaiii.. dia seksi pn kecam dia nyanyi selawat pun kecam.. abis dia nak buat apa yg x bg kena kecam?
Quote slyfynx 16-11-2020 03:45 PM
Weh MRO, thread2 anda hari ni lebih sampah dari Sepul
Quote LadyCarefree 16-11-2020 03:46 PM
Mamat aliptogeh ni yg buat tiktok dikatakan xpakai spender tu kan?
Quote netto_ 16-11-2020 04:11 PM
Bole tahan sedap jgk sore die ni. Sedap taranum
Quote awenda507 16-11-2020 04:15 PM
Sesuai lagu purnama ni dgn suara dia.
Quote URUHA 16-11-2020 04:19 PM
Rasa macam dejavu lak baca tered ni. Btw netizen ni pun bodo x leh bawak bincang. Benda yg x elok tu mmg selayaknya dikecam tapi benda baik takkan nak kecam jugak? Otak letak kat mana korang ni?
Quote unguaurora 16-11-2020 04:23 PM
So lps ni jgn la seksi2 lg.. dh tua blh fikir kan..?
Quote husna_amal 16-11-2020 04:29 PM
Didikan agama cukup dan pandai mengaji tapi tu lah dia hanyut dengan dunia hiburan. Semoga ada kesempatan berubah lebih baik.
Quote mieymiey 16-11-2020 04:32 PM
CARI-MRO baru keluar gua ker??

Tapi gambar tudung biru tu, memang sengaja nak sembulkan tetek silikon kan?
Quote Mamason 16-11-2020 04:35 PM
Sedap suaranya.... Memang dah bertudung ke?
Quote Belibis 16-11-2020 05:49 PM
Sooooo..bila ko pernah jadi guru mengaji,ko dah ada lesen utk menyeksi macam dah takde hari?
Quote ReginaGeorge 16-11-2020 06:43 PM
Apa persamaan zz dgn cheta? Siapa tahu?
Quote asamfish 16-11-2020 06:49 PM
nazza2802 replied at 16-11-2020 03:44 PM
alahaiii.. dia seksi pn kecam dia nyanyi selawat pun kecam.. abis dia nak buat apa yg x bg kena keca ...

kan...koserrr la heh org2 yang nak jadi polis agama ni


Quote Tinot7 16-11-2020 08:23 PM
Iols rasa dia mmg sesuai dgn genre mcm ni.

[youtube]uKM-FCLgsjo[/youtube]

[youtube]bzDpFil94pY[/youtube]

Baidewei, bubis dia mmg silikon ke?
Quote TomyamPuteh 16-11-2020 08:26 PM
Aku dh tgk video tu. Sedap suara zizi. So soothing..
Quote helicornia 16-11-2020 08:37 PM
ilmu dgn amal dua benda berbeza. sbb tu ada ust tinggi ilmu agama pun meliwat/merogol.klu tk silap nabi lebih suka kita wpun ilmu sikit tp kita tetap beramal. betul kan i klu silap
Quote helicornia 16-11-2020 08:37 PM
Mamason: Sedap suaranya.... Memang dah bertudung ke?

takde makna dia bertudung mama.ni sebab nyanyi bertaranum je
Quote September14 17-11-2020 11:22 AM
Dia ni boleh naik tp jgn seksi baju nampak lurah bagai.. netizens bkn suka weiii
Quote imanjannah 17-11-2020 11:27 AM
suka sangat duet dia ngan unic tu, sedappnya lahai

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.066821 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top